Sunday, 26 January 2025

27 Rejab : Memperingati Peristiwa Agung - Israk Mikraj

 Assalamualaikum..Salam 27 Rejab 1446H..


Perjalanan Israk dan Mikraj Rasullullah SAW memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mematuhi perintah Allah SWT dalam kehidupan kerana azab Allah SWT amat pedih bagi mereka yang menderhaka kepadaNya.

Friday, 24 January 2025

Lijiang, China : Cantiknya Lijiang Old Town (Part 1)

 Meronda Lijiang Old Town.

Kawasan ni banyak lorong-lorong kecil, sungai-sungai dan jambatan batu
dihiasi dengan pokok-pokok bunga, pokok-pokok hijau
 
 

Jalan besar depan hotel

tenang je, tak ramai orang, masa ni pukul 3.30 petang
 
Kawasan hotel sedikit off dari kawasan komersil utama sebab tu tak ramai pelancong lalu-lalang 
di sini..kawasan ni lebih tenang..banyak juga kedai dan hotel di sepanjang jalan 

jengok ke dalam kawasan hotel ni, suka tengok banyak pokok bunga
 
cantikkkk
 
Masuk ke kawasan komersil yang havoc dan ramai pelancong
 

entrance ke lorong
 
Tujuan kami nak ke arah utara, nak ke market square (Sifang Square) dan Big Waterwheel yang jadi landmark Old Town Lijiang. Jom jalan lagi sambil tu snap gambar-gambar kedai yang cantik di sepanjang jalan
 
small market square

local with pakaian etnik Naxi

cantik kawasan ni

tourist pakai baju etnik
 
Di sini boleh sewa baju tradisional etnik untuk photoshoot
siap dengan make up dan headgear..keren banget!!
 
Ok jumpa signage ni

moh ke kanan
 
Xinyi Street ni ada kedai di kiri-kanan 
 
kedai dim sum daripada radish

ubi yakon buat dim sum

kedai souvenir - tanglung, poskad, buku
 
Ikut signboard, tersesat entah kemana, tapi ok je
jumpa tempat cantik, jumpa sungai dan jambatan
sungai kecik
 
kawasan cantik dan popular di sini
pokok-pokok bunga di tepi sungai

anak sungai 
 
lawa betul tempat ni
 
 
tourist melaram dengan baju etnik
 

kawasan yang banyak bunga

Dah puas snap2 gambar disini, jom sambung jalan...nak ke Sifang Square..

depa panggil 'Square Market'

 
Sifang Square
 
Dah sampai di Sifang Square, lepak2 dulu di sini, menghilang lelah
kemudian sambung berjalan, nak pi cari Giant Waterwheels..
 
 bersambung..

Thursday, 23 January 2025

Lijiang, China : Mencari Hotel di Old Town

Nihao...jom sambung kisah travel di Lijiang pula...

Di sini kami tinggal di Old Town, seperti kebanyakan pelancong yang datang ke Lijiang.

Lijiang Old Town, is a well-preserved ancient town for Naxi ethnic group. Old Town of Lijiang was listed as UNESCO World Heritage Site in 1997, including Dayan Old Town, Shuhe Old Town and Baisha Old Town. The architecture in the whole town is a little different than most parts of China as it reflects the local Naxi style. Lijiang Old Town features wide cobbled streets ambling over stone bridges and waterwheel-driven canals and lined with shops, small family-run hotels and hostels, cafes and bars.

Hotel kami di Dayan Old Town. Disebabkan kawasannya luas dan berbukit, kami pilih hotel berdekatan dengan jalan utama dan South Gate. Teksi dari stesen keretapi Lijiang berhenti depan South Gate. Tambang teksi standard 30 yuan.

Bermulalah acara tarik beg menuju ke jalan masuk ke arah hotel. Jauh jugalah kena menapak, jalan pula jenis batu..

jalan menuju ke hotel
 
Tak larat dah nak tarik beg, kita nego dengan pakcik2 porter yang tengah lepak, dekat simpang jalan, menunggu pelanggan. Tunjuk alamat hotel, dia macam blur. Lepas tu, ada driver teksi wanita minta tengok alamat. Dia pun cakap2 dengan pakcik porter. Pakcik porter angguk2, lepas tu suruh kami letak beg dalam kenderaan dia.
 
inilah porter & kenderaan dia. kenderaan ni beroda tiga
ada yang kena kayuh, ada yang motosikal 
 
Porter kami ni dia berjalan kaki untuk keep up dengan kami berdua. Tapi dia jalan laju juga. Yang kami ni, siap snap2 gambar di sepanjang jalan. Sampai tertinggal jauh di belakang.
 
cantik dan bersih kawasannya
 
masuk lorong ni
 
jalan belah sini pula, ada kedai2 di kiri kanan jalan
 
Akhirnya sampai di Wanju Inn, porter tu dengan confidentnya tunjuk inilah hotelnya. Kecik je hotelnya..macam rumah..jengok di reception area, takde orang
yang ada seekor anjing comel, berbulu lebat, melepek atas lantai

reception area
 
ada makhluk ni je, sib baik dia tak menyalak
comel gilak
 
kami pun duduk menunggu, sambil tu telefon hotel, cakap dah sampai
dia pulak tak reti cakap english..tak faham, takpelah tunggu lagi

suasana hotel
 
Lama juga menunggu, siap telefon Trip.com, mengadu takde orang..hihi..bila tengok gambar hotel, rasa macam lain je, macam dah salah hotel, cepat2 keluar, tarik beg menuju ke jalan masuk tadi, check kat google map, jadi pening..
 
Terjumpa sorang abam porter, tanya dia, bila dia telefon hotel, rupanya tepi jalan besar je, takyah masuk lorong pun..Alhamdulillah..owner tunggu depan hotel, dia bayar duit porter..
 
inilah Wanju Inn yang kami booked
berapa byk Wanju Inn daaa..
 
Hotel yang kami booked namanya Wanju Holiday Courtyard (Lijiang Mufu branch)..
 
jalan masuk ke hotel

reception area
 
hotel 2-tingkat, courtyard house dulunya
 
bilik kami di tingkat satu
 
seating area di corridor..kemasan kayu yang cantik..
 
Jom tengok bilik, besar juga biliknya..puas hati..
 
tilam dan bantal yang empuk, bilik pun kemasan kayu
 
ada seating area untuk minum teh
serbuk teh disediakan 

bilik air serba moden, tandas automatik

tuala semua jenis fiber, tuala muka, tuala mandi
dah macam kertas je..jenis pakai buang..tak puas guna..
 
ada disediakan cerek, air botol..
 
Kami tinggal 3 malam di hotel ni. Jumlah yang kena bayar sepatutnya RM1,055.55, tapi ada diskaun, so jumlah yang kena bayar RM474.99..Alhamdulillah..
 
tak ramai guest kat hotel ni, bilik2 kosong depa tak kunci
so kita intai-intai bilik suite
 
suite room...besar..

 
Dah check-in hotel, tak sabor nak ronda-ronda Old Town yang cantik..
 
bersambung..