Wednesday, 12 March 2025

Kunming, China : Zhong-ai Gate | Parkson Kunming | Lunch @ Shuncheng

Berjalan ke arah utara, menyeberang jalan besar....dari jauh dah nampak Zhong-ai Gate atau Archway of Loyalty and Love...

Gate of Loyalty and Love

 Disini ialah the centre of Kunming city..

 

mark the centre
 
The Zhongai Archway or Archway of Loyalty and Love was solemnly standing in the downtown. It was built in early Yuan Dynasty (1280) in memory of Saiyid Ajall Shams Al-Din Umar (1211-1279), a famous Muslim politician of the early Yuan Dynasty, for his excellent administration and his great contribution to the social development and the pacification among the ethnic groups when he was in the office of the governor of Yunnan Province - Yunnanexploration
 
pandangan hadapan
 
 
strong Chinese vibes

Dekat Zhong-ai Gate ni, ada shopping mall Parkson...wahh, seronok tengok produk Malaysia..kat Malaysia, Parkson dah semakin sikit...

ada pelancaaran event depan Parkson
 
Parkson Kunming
 
Kami pun masuk Parkson, nak cari toilet sebenarnya..sambil tu
ronda-ronda window shopping..
 
menarik pula tembikai dijual sekali dengan sudu
senang nak makan
 
kesian buah kelapa dibrand dengan ni
 
tiba di ruangan cendawan..perghh..banyak betul jenis cendawan
 
cendawan-cendawan Yunnan
 
dari Parkson, kami ambil teksi ke area Masjid Shuncheng 
nak makan tengahari
 
teksi berhenti di Jingguo Jie, lorong di tepi Masjid Shuncheng
 
Masuk kawasan masjid, keluar ikut pintu utama
menuju ke kawasan kedai, kali ni nak makan nasi campur
 
Revisit gambar kedai-kedai di area Shuncheng
 
kedai nasi campur di hujung kiri, di tengah kedai daging grill
yang depan tu kedai jual daging
 
nasi campur...sedap juga lauk-pauknya
 
Selepas makan nasi, pi kedai yang jual grill-grill ni
 
 makan daging & tahu grill pula, teringin...haha..
terakhir sebelum balik Malaysia
 
Dah habis makan, shopping barang halal di kedai runcit
beli mee segera untuk makan di airport 

Balik ke hotel naik metro di Wuyi Road station
 
 
 Dongfeng Square metro station ada 2 line - Line 2 & 3
 
cantik stesennya
 
Berjalan balik ke hotel, ternampak bangunan ni
menarik sebab di sudut bangunan ni ialah akuarium
 
cantik...ralit tengok sambil tunggu nak melintas
 
sambung aktiviti di petang hari pula

Tuesday, 11 March 2025

Kunming, China : Ziarah 2 Masjid | Jinma Biji Square

Ahad, 27 Oktober 2024..
 
Hari baru, hari terakhir di Kunming, China. Sepatutnya hari ni kami ke Shilin Stone Forest.  Tiket keretapi pergi-balik dah dibeli tapi sebelum tidur semalam, rasa malas pula nak pergi bersesak-sesak di hari minggu..so, cancel itinerary ke Shilin, hari ni aktiviti cuma jalan-jalan di dalam bandar sahaja..

Shilin Stone Forest merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Kunming. Lokasinya 90km ke selatan Kunming city...
 
Shilin Stone Forest (source: wikipedia)
 
Sebelum keluar, prepare breakfast, 
makan roti dengan canned tuna..Alhamdulillah..
 
sarapan pagi ni..Alhamdulillah..
 
Keluar dari hotel, melintas jalan, berjalan ke arah Nancheng Lu 
 
Nancheng Lu..sapa peminat drama cina
mesti kenal artis lelaki tu kan...hehe..
 
Masuk Nancheng Lu ni sebab nak pi satu masjid disini
 
gerai kecik jual makanan halal
 
dari luar memang takde tanda2 macam masjid, tawakal je masuk
 
nampak kalimah 'Laillahaillallah' 
dalam map, nama masjid ni ialah Masjid Yixigong
 
bila nak keluar, ternampak seorang wanita Muslim 
yang tengah duduk berniaga
 
ada gerai makan di dua-dua belah entrance ni
 
Berdiri di simpang jalan, panggil Didi, nak pergi ke satu lagi masjid dan
kawasan dataran yang ada Jinma Biji Archway 

Masjid yang hendak dituju bernama Masjid Yongning
 
Masjid Yongning
 
peniaga-peniaga di Masjid Yongning
 
entrance ke Masjid Yongning
 
Masjid Yongning
 
Dah selesai snap2 gambar masjid, melintas jalan besar
menuju ke satu dataran yang luas
Jinma Biji Square yang ada dua archway (gerbang) 

Jinma Biji Square
 
 
Masjid Yongning - view dari dataran
 
Dua archways di Jinma Biji Square
 
Jinma Biji Square ialah central area of Kunming City. Disini ada dua gerbang - 
Golden Horse & Jade Rooster Archway
juga dikenali sebagai Jinma Biji Archway
 
Built in China’s Ming Dynasty, it has history of more than 400 years. Right on the central axis of old Kunming city, it is located in the center of downtown Kunming.
 
Jade Rooster Archway
- disebelah barat
 
ada lukisan ayam jantan, juga dikenali sebagai Biji Archway
 
Disebelah timur, ada Golden Horse Archway 

Golden Horse Archway juga dikenali sebagai Jinma Archway
 
Mengikut riwayat, Jinma dan Biji itu ialah nama dua gunung yang terletak di Kunming. Ada satu lagi archway - Zhong-ai Archway yang terletak di utara. Ketiga-tiga archway ni membentuk triangular shape.
 
Nak mencari lokasi Zhong-ai Archway, kami pun berjalan mengikut arah ini. Masa ni tak tahu lagi orientation..utara-selatan..
 
ikut lorong ini..rupanya menuju ke arah selatan
 
masuk lorong ni, ada banyak kedai jual souvenir
 
restoran halal
 
nampak sabun-sabun ni, cantik le pulak
sabun daripada bunga dan dedaunan
 
Singgah kedai jual sabun ni. Beli sabun buat souvenir
peniaga tu pandai mengayat, bagi diskaun, bagi free gift
daripada nak beli sabun je, terbeli teh bulat2, kopi 3-in-1
 
banyak sungguh barang...bikin ngiler..
 
kopi dari Jamaica

Teh yang dibeli, dapat harga 100yuan..
 
sedap tehnya...

Oklah, cukuplah sudah membeli..masa untuk bergerak..tanya kat peniaga tu..kat mana ''Zhong-ai fang"..dia tunjuk ke arah dua archway tu 
dan suruh jalan ke depan lagi..ooo..maknanya..belah sana arah utara
 
kami pun berpatah balik ke arah dua archway..ada banyak gerai belah sini..
 
teringin nak beli benda ni..selalu nampak dalam drama cina
gula keras pelbagai bentuk
 
deretan gerai-gerai
 
view di jalan besar
 
Melintas jalan besar ni. berjalan menuju ke utara, mencari Zhong-ai Archway
Gate of Loyalty and Love - an attribute to Saiyid Ajall Shams Al-Din Umar 
a famous Muslim politician @ gabenor pertama Yunnan District
 
bersambung...

Saturday, 8 March 2025

Kunming, China : Mixian (Laksa Cina) | Old Street | Kunming Skyline

Malam minggu di Kunming City....

Meneruskan perjalanan, mengikut kaki melangkah, sampai di sini...Zhengyi Lu..pedestrian street juga...

Zhengyi Lu
 
Tengok ada restoran halal di belakang ni, kami pun singgah, tengok apa yang dijual
 
Ada jual Mixian, masakan specialty daerah Yunnan 
sejenis mee sup, mee nya diperbuat dari tepung beras 
ada juga dijual daging skewer...order dua ni..
 
condiment untuk mixian..kuah sup kena ambik sendiri
dari dalam periuk besar tu..ada chili oil dan perencah yang lain dalam 4 mangkuk tu
 
dalam kedai
 
Mixian..rasa macam laksa sbb diperbuat dari tepung beras
 
dah habis makan, sambung berjalan di Zhengyi Lu
mencari old street.. 

Zhengyi Lu kawasan pejalan kaki

bangunan klasik di waktu malam
 
 
 kedai Hey Tea
 
satu lagi bangunan klasik yang femes di old street
 
kedai-kedai di old street
 

bangunan chalice di waktu malam
 
 hotel di bangunan chalice
 
Untuk balik ke hotel, naik metro di Wuyi Road station ke Dongfeng Square station
berjalan kaki dari metro station ke hotel, melihat skyline Kunming city
 
suka tengok visual gajah di bangunan-bangunan ni
selain bertukar-tukar warna, gajah-gajah ni bergerak, berlari..
 
 
 sekian, malam minggu di Kunming city..