Sunday, 20 July 2025

Pizza Sungai Klang x Asian Kuih

Salam hujung minggu..

Semalam ada kerja di Shah Alam. Teringat satu port makan menarik di Kampung Padang Jawa, di tepi Sungai Klang katanya. Dah dekat, jomlah kita check it out..ikut waze, ikut jalan dalam..sesat jugalah sebab tak berapa yakin nak masuk lorong..hehe..lorong dah lah kecik, lepas tu pula lalu depan rumah orang..Alhamdulillah, sampai juga akhirnya...

the venue - cafe yang belah kanan, yang kiri ada outlet jual kopi
ada parking lot depan cafe ni, masa ni pukul 1.30 tengahari, paneh lit-lit
 
pandangan sisi
 
jalan ke belakang, nak pi tengok Sungai Klang
 
Sungai Klang - biru air sungainya
surprisingly cantik view Sungai Klang di kawasan ni 
 
Oklah, jom kita ke cafe..
 
 

logo siap ada gambar buaya..hehe..
 
Jom order...order di kaunter di belakang..
  
order dan bayar di sini 
 
nama pun pizza sungai klang, mestilah ada pizza kan..pizza dimasak dalam oven guna kayu api..jom order pizza- order beef pepperoni - RM18
 
Ada makanan lain dan dessert juga..
 
order lempeng bawang - 3 keping RM10 
 
jumlah semua : RM28/-
 
minuman pula, air coway je, FOC. Kalau nak kopi, boleh order di sebelah...
jom tunggu makanan siap...sambil snap-snap view cafe..
 
  
 mesin coway, boleh ambik air sesuka hati
 
barang-barang antik & vintage
 
Lempeng bawang sampai dulu..
 
lempeng bawang cicah sambal bilis cili hijau
sedap lempengnya..cuma sambalnya pedess..
 
beef pepperoni pizza...sedap, not bad
jenis tak kedekut cheese..suka!! tak kering..
 
menu makan tengahari hari ni..
 
tak habis makan piza, kita tapau bawa balik..
 
jom ke sebelah pula, tengok apa yang ada..
 
 
ingatkan ada jual kuih-muih di sini, rupanya kena order dulu via instagram
kena order banyak, at least satu dulang..kata abam yang jual kopi ni..
 
order hazelnut kopi - RM10
 
ok, gerak balik..
 

untuk makan malam pula.. 

Alhamdulillah...walaupun sejuk, tetap sedap..
 
Bolehlah nak repeat..  

Thursday, 10 July 2025

Capybara, Labubu, My Melody, Kuromi

Kisah santai di petang hari...ada satu hari tu, jalan-jalan di Petaling Street..

Breakfast Spot dah bertukar lokasi ke sini 
 
cantik dekorasi luar dalam restoran ni
 
jalan lagi menuju ke Jalan Petaling
singgah di kedai jual plushie yang viral ni
kedai dia kecik je, tapi barangnya banyak 
 
capybara & labubu
 
capybara
 
labubu pelbagai warna
 
pelbagai produk labubu
 
labubu lagi
 
Kuromi..kawaiii...
 
My Melody and Cinnamoroll
 
comel2 semuanya..

Tuesday, 8 July 2025

Majlis Korban 2025

Assalamualaikum...rentetan daripada entry semalam..

2 hari pi kedai mamak Al-Malik sebab nak order sarapan untuk majlis korban pada hari Ahad, 8 Jun 2025. Baru nak up gambar² majlis korban di hari tasyrik Hari Raya AidilAdha. Bulan Zulhijjah sudah berlalu, dah masuk tahun baru, tapi takpelah kan, nak abadikan di sini untuk kenangan di masa depan..

Saya kena urus bahagian sarapan..so order jelah dari kedai mamak ni, nasi goreng dan mee goreng 30 bungkus semuanya..kena hantar ke tempat penyembelihan di Batu 9, Jalan Gombak..tak jadi hal, musim cuti jalan lengang, tambahan pula di awal pagi..

Selepas hantar sarapan, balik ke dewan, untuk acara rewang, buat persiapan untuk memasak makan tengahari/kenduri...

tempat bela lembu & kambing
disini juga tempat penyembelihan korban

 

sembelih lembu & kambing di sini
 
Di sini para muslimin je yang bertugas melapah
 
di sini, daging dilapah besar²
 
kemudian dibawa ke dewan 
 
daging di bawa ke Taman Koperasi Polis Fasa 2

Muslimin sambung melapah dan memotong daging di sini pula
 
sambung memotong
 
 kaum wanita turut membantu
 
selesai sudah, tunggu untuk ditimbang
 
memasak daging black pepper
 
Menu kali ni daging black pepper dan sup daging yang dimasak on the spot
kari kambing takde, sebab chef nya pergi haji 
yang lain, sup kambing, ayam goreng kunyit
nasi putih dimasak awal, ada yang volunteer nak masakkan
ada sambal belacan dan ulam-ulaman
 
Alhamdulillah, majlis berjalan lancar 
makanan sedap, ada lebih boleh tapau...