Wednesday, 10 September 2025

German Egg Tart

 Setiap kali ke Sogo, mesti singgah outlet Wonderful Cake House

ada di tkt LG dan tkt 7

yang ni di tkt 7
 
beli German egg tart, 
masa ni ada discount sempena hari merdeka, harga RM8.30
kalau tak harga biasa RM9.90, sebiji RM3.30

yummy, pastry dia sedap
 

yang egg tart biasa 2 biji RM4.50
 
selain egg tart, ada jual kek2 yang lain
pernah beli butter chocolate cake..enak sih..
kek2 dia not bad, sedap..berbaloi beli.. 
 

Tuesday, 9 September 2025

I love you, you love me, Mixue ice cream & tea

 Mixue outlet baru buka di kawasan rumah
ramai pelanggan, termasuklah teman 
teman suka beli teh & lemonade 
 
logo yang dah dikenali ramai
 
brown sugar milk tea 
 
peach jasmine tea
 
kiwi black tea
 
peach black tea

 harga fruit tea ialah RM6.00. 
Lemonade dah beli 2 kali, harga RM3.00
 
oklah, itu je nak cerita. takde idea nak tulis apa 

Sunday, 7 September 2025

Sambal Sarimah

 Salam hari minggu..
Cuti hari Isnin 1.9.25, adik bongsu ajak gi ziarah kubur arwah ayah 
di Raudhatul Sakinah di tepi Duke Highway
 
Selepas ziarah kubur, misi mencari makan
Singgah di Restoran Sambal Sarimah di Taman Samudera 
yang terkenal dengan pelbagai jenis sambal 
 
the venue
 
ada ayam gepuk juga
 
kedai belum buka, pekerja tengah hidang lauk-pauk
tapi sambal semua dah siap 
 
pelbagai jenis sambal
 
jom tengok sambal apa yang ada
 
depan : sambal bilis kantan 
dibelakang : ibu sambal (sambal kosong) & sambal bilis petai
dibelakang lagi : rendang daging 
 
depan : sambal udang & sambal tempoyak petai
belakang : sambal hijau ikan masin & sambal jering
 
harga sambal disini dikira ikut sudu & senduk
di antara RM2.00 - RM3.50 sesudu
rendang pula RM15 sesenduk
sambal udang dikira per ekor 
 
terung ikan bilis, dibelakang tempoyak daun kayu petai
 
disebabkan masih awal, tak banyak lauk-pauk lagi
 
gulai dan masak lemak
 
nasi putih, sambal jawa, sesudu sambal hijau petai, sepotong terung sambal
dan gulai keting (tunjang)..Alhamdulillah..breakfast + lunch..
 
harga semua untuk 5 orang makan + air = RM70.00
reasonable juga...the foods, bolehlah..so-so je..