Saturday, 14 September 2013

A Journey to the East : Tamparuli

Assalamualaikum,.cerita hari kedua di Sabah..

Pukul 7.00 pagi, kami check-out dari apartment. Malam ni, mengikut itinerary, menginap di Kundasang pulak. Mel sudah menunggu dengan Toyota Rushnya. Langsung ke Warisan Plaza untuk menunggu bos dan budak-budak Sabah office. Selesai breakfast, bergerak ke Kundasang, yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.
  
On the way to Kundasang, kita akan melalui kawasan Tamparuli. Yang popular dengan lagu Jambatan Tamparuli, lagu rakyat negeri Sabah. Singgah di sini dulu..Rumah Terbalik..kena adjust minda..terbalikkan semula di dalam otak..


Nak masuk ke dalam rumah ni, bayarannya RM10.00, tapi tidak dibenarkan ambil gambar, nanti didenda RM1,000/-. Untuk berjalan-jalan di halaman rumah, bayarannya cuma RM5.00. 

tour guide
Ketuk gong sebelum masuk, tanda ketibaan ahli rombongan..pelan rumah ni simple saja, cuma ada ruang tamu bersambung dengan ruang dapur, satu balcony, satu master bedroom dan satu bilik tidur. Semua perabot, perkakas terbalik, kecuali tiga benda. Cuba teka benda apa? teka-teki..benda2 tu ialah air-cond, kipas dan CCTV..untuk kegunaan harian..

bahagian belakang

tandas
garden

car porch
pandangan sisi

Selepas bertandang ke Rumah Terbalik, kami singgah di Pekan Tamparuli. Kena menyeberangi jambatan konkrit ni..di sebelah kiri atas, itulah Jambatan Tamparuli, jambatan gantung..

seriau..takde dinding jambatan ni..
 
di permulaan Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli

Pekan Tamparuli ni kecik saja, pekan koboi. Mengikut kata Jeff yang berasal dari Kundasang, Tamparuli mendapat nama dari perkataan 'tempat lori'...dulu banyak lori balak kot kat sini..Dan menurutnya lagi, sistem barter (sistem tukar barang) masih lagi diamalkan oleh segelintir penduduk di sini..

pasar Tamparuli

pekan lama
Pekan lama
stesen bas mini
bas mini
Kehidupan di sini nampak tenang, tiada trafik jam..slow pace. Selepas membeli barang-barang untuk dibawa ke Kundasang, kami pun bergerak meninggalkan pekan Tamparuli..

Wednesday, 11 September 2013

A Journey to the East : Kota Kinabalu

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, kembali suda dari negeri di bawah bayu. Walaupun cuaca kurang mengizinkan tetapi Alhamdulillah, matlamat untuk mengeratkan silaturahim di antara staff di Headquarters KL dan Sabah branch, tetap tercapai.  Selama ni cuma mendengar suara, sekarang baru benar-benar bersua muka..Ceria bertemu kembali dengan dua orang staff KK yang pernah bekerja di HQ..bertambah gemuk kamu berdua,less stress tinggal di KK..

Trip kali ni sangat relaks sebab semuanya diuruskan oleh boss dan juga Sabah office.  Dan yang paling bestnya, keseluruhan trip - flight tickets, accommodation, transportation, entrance fees and foods, di sponsor oleh boss, thank you, Mr CKT. Flight tickets sangat murah..RM136 return, Malaysian Airlines, under Economy Promo Fare Family Benefits..

Trip 4H3M ni bermula hari Jumaat, 6 September hingga hari Isnin, 9 September 2013. Ahli jemaah cuma empat orang saja yang gi flight pukul 12.55 noon. Boss & family dan seorang colleague berasal dari Sabah dah fly awal-awal pukul 9.20 pagi.  

Untuk ke KLIA, saya dan dua orang colleague perempuan berpakatan rakyat untuk naik ERL, maklumlah tak pernah naik lagi ERL. Nak merasa naik pengangkutan awam tercanggih di seantero Malaya ni, hehe... Tempat perjumpaan di Terminal Bersepadu Selatan, memandangkan mereka berdua tinggal di kawasan Cheras. Saya pula naik LRT dari Sentul Timur ke Sri Petaling, turun di stesen Bandar Tasik Selatan.

Terminal Bersepadu Selatan

First time ni menjejakkan kaki di TBS. Sementara menunggu yang lain tiba, snap-snap gambar di TBS. Not bad, macam-macam ada..

ke ERL
KTM komuter
Bas express ke Selatan Semenanjung
restoran-restoran

Bila dah cukup corum, beli tiket ke KLIA. Memandangkan naik di TBS, terpaksalah naik yang KLIA Transit. Tambang RM26.50. Pukul 11.15 pagi, baru naik train..berdebar juga takut lambat, tapi ni cuma domestic flight..takde lah risau sangat..lagipun dah buat web check-in, cuma nak check-in bag saja..Alhamdulillah, semuanya selamat..

Boeing 737-800

Yang best naik MAS ni, ada inflight entertainment dan meals + free flow drinks. Air Asia pun ada, tapi kena bayar, itu biasalah...

Selamat mendarat di KKIA setelah dua jam di udara.

Alhamdulillah, sampai jua akhirnya
take your bag
Officemate orang Sabah, Mel datang menjemput di airport dan terus ke office KK di Warisan Plaza untuk mengambil kunci bilik. Boss muncul bersama anak perempuannya. Setelah berkenal-kenalan dan bercerita-cerita, kami langsung berjalan kaki ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali Pasar Filipina. Tak jauh dari Warisan Plaza. Boss jadi tour guide sebab dia selalu ke Sabah sebab isteri dia orang Sabah.

Warisan Plaza - banyak spa, reflexology, massage centre
Pasar Kraftangan @ Filipina Market
Filipina Market ni memang terkenal dengan perhiasan dari mutiara - segala jenis kerongsang, butang baju melayu, segala jenis rantai tangan, leher dan lain-lain kraftangan Sabah. Memang rambang mata. Bersesak-sesak sebab ramai sungguh pelanggan, kebanyakannya pelancong dari Semenanjung. Saya cuma beli dua kerongsang mutiara kiriman office mate, kurang berminat kerongsang mutiara ni..

dalam Filipina Market
Kemudian ke gerai menjual rumpai laut, kuih cincin dan amplang. On the way, ada gerai-gerai makanan..nampak lobster, udang, ketam, ikan bakar...nyum, nyum..tapi dah nak dinner di tempat lain, terpaksa lupakan saja..ambik gambar, buat kenangan..

nyum,nyum..
suasana di gerai menjual kuih cincin, amplang & rumpai laut

berdiskusi untuk membeli rumpai laut -  yang hijau, purple, kuning

Selesai membeli dengan berkotak-kotak bagai, kembali ke office dan tinggal barang-barang hasil tangkapan hari pertama di office. Kemudian, berkonvoi tiga kereta ke Windbell Seafood Restaurant di Tanjung Aru untuk dinner. Branch Manager sudah tunggu di depan restaurant. Steamboat style dinner..

the place
menjamu selera
Selesai makan, hujan pun turun mencurah-curah...terpaksa cancel untuk ke Perdana Park, nak tengok water musical show..terus check-in di Promenade Apartment, Api-Api Centre..


Api-Api Centre
the entrance to the block
Duduk di studio apartment, gambar bilik lupa nak ambik. Tak menarik sangat lagipun, Perabot, TV jenis lama, tapi Alhamdulillah, dapatlah tempat berteduh, lagipun free, hehe, Lepas mandi, iron baju and try to sleep. Yang dua orang lagi, layan Hindi movie..end of Day 1.