Assalamualaikum..bertemu di weekend lagi..memang busy menjelang tahun baru..
oklah, part terakhir 'jalan-jalan di Kuching'..the highlight of our trip..lawatan ke Kampung Budaya Sarawak @ Sarawak Cultural Village. Lokasinya di kaki Gunung Santubong..lebih kurang 20 minit dari bandar Kuching..
Popular di kalangan pelancong asing kerana Rainforest World Music Festival yang diadakan di sini pada bulan Julai setiap tahun.
Kena ada passport untuk masuk ke sini..inilah pasportnya..jangan lupa cop ye..
Ini pasport untuk pelawat yang bukan orang Sarawak, for Sarawakian, pasport warna merah..entrance fee ialah RM60.00 untuk orang dewasa, ditanggung oleh bos...Alhamdulillah. Pasport ni menarik, selain ada layout plan Kampung Budaya ni, ada juga penerangan ringkas mengenai kaum-kaum yang ada di Sarawak dan juga tarian-tarian mereka..
Masa kami sampai, hari hujan..masuk dulu di kedai souvenir ni, beli baju hujan..
Masa kami sampai, hari hujan..masuk dulu di kedai souvenir ni, beli baju hujan..
Memulakan perjalanan menjejaki rumah-rumah pelbagai kaum di Sarawak..kita ke kanan dulu..
![]() |
the pavilion |
Sampai di rumah pertama..Rumah Bidayuh, tapi ini bukanlah rumah utama, yang ni dipanggil barok...
Mari masuk...
suasana di dalam barok
Di belakang barok ni, baru ada rumah panjang orang Bidayuh..
moh, panjat tangga rumah panjang..tinggi rumahnya..
disajikan dgn tarian selamat datang kaum Bidayuh
suasana dalam rumah panjang - sesi cop pasport, ada jual kuih tiboduk (lepat pulut)
jualan barangan perhiasan drpd manik
OK, bergerak ke rumah seterusnya..Rumah Iban.
diraikan dengan tarian selamat datang
tak larat nak tengok mamat dua orang tu, seksi betul..hihi..
ada jualan barangan manik |
costume utk disewa for photoshoot |
bilik untuk disewa |
Di rumah panjang kaum Iban dan Bidayuh, ada bilik-bilik untuk disewa untuk lebih 'feel', selalunya full house ketika Rainforest Music Festival.
Bergerak lagi..kali ni ke function house..tiada apa disini, aktiviti mencari toilet..
function house
Next, the interesting one..Rumah Penan..
simple life
"Penan shelters are quickly constructed to last for a few weeks or months. They are sited near a good stand of wild sago trees, the Penan's staple food; after this has been used up, the family moves on. Another Penan specialty is the manufacture and accurate use of blowpipes"
Disini boleh cuba aktiviti menyumpit, kena bayar RM1.00 untuk tiga kali sumpitan..
Disini boleh cuba aktiviti menyumpit, kena bayar RM1.00 untuk tiga kali sumpitan..
Ada hadiah menarik, kalau berjaya kena pada sasaran. Apakah hadiahnya??..jeng..jeng..penginapan satu malam di Rumah Penan original. Ada bran?? hihi..just kidding..
Tiga jenis rumah sudah dilawati, dah kumpul tiga 'village stamps'..
Ada empat lagi rumah yang belum pergi dan juga persembahan kebudayaan..bersambung di next entry lah ye..