Monday, 17 August 2015

Sua Sue Kemoning...Istimewa Raja..

Stress, banyak kerja, nak bercuti, semuanya kena dibereskan. Layan lagu ni....hihihi....memng kelakar adegan ni, DoReMi jumpa jin cakap loghat utara..datuk Hercules..
.
"Sua sue kemoning..istimewa raja"......apa istimewa raja? tinggal dalam istana?

Jom review Hotel Istana..hotel 5-bintang 505 bilik di Jalan Raja Chulan..pernah sekali menginap di sini, ada seminar..



Interior hotel ni ialah tradisional Melayu..

Reception area

Songket Lounge
                                         Taman Sari restaurant

                                             taman Melaka

Urban & Sports Bar restaurant

Trishna - north India cuisine

Iyashi - Japanese restaurant

Grand Mahkota ballroom
Sampoton Spa and Gymnasium
Club Lounge
Guestroom

Ramai betul pelancong Timur Tengah yang duduk di sini..tapi tengok pegang botol arak..mungkin mereka ni non-Muslim...husnulzon..

Tuesday, 11 August 2015

Jamuan Raya sana-sini

Assalamualaikum...banyak gi open house? Alhamdulillah, almost every weekend..bukan saja open house, open kedai, open hall, open office, macam-macam venue ada. Selagi belum habis bulan Syawal, selagi tu kita beraya kan, bersilaturahim, makan-makan, sembang-sembang.

Corat-coret jamuan Aidilfitri di sana-sini. Lupakan hal-hal politik, ini jamuan hari raya PAS Kawasan Batu pada malam 1 Ogos di Dewan Dato' Fadhil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar. 

Tak sempat hadir jamuan hari raya PKR Cabang Batu yang dibuat di sebelah petang di hari yang sama di Sekolah Tahfiz Al-Furqan, Kpg Padang Balang.


Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua sudi hadir. Sungguh segak berbaju Melayu merah tua, bersongkok lagi. YB Tian Chua ni memang sporting orangnya dan fasih berbahasa Melayu.

 
Gambar-gambar dari whatsApp group
 
Menu hidangan - nasi putih/beriani, kari kambing, ayam masak merah, lemang & rendang, nasi impit & kuah kacang, bihun sup, bihun goreng, nuggets/sosej & buah tembikai. Alhamdulillah..
-----------------------------------------------------------
Ini pula 'open restaurant'..jamuan hari raya Restoran Dapur Sarawak di Jalan Sarikei, bukan di Sarawak, tapi di kotaraya KL. Lokasinya berhadapan dengan Hospital KPJ Tawakal, berhampiran dengan Restoran Haslam.


Makanan yang dihidangkan - mee kolok, mee bandung/mee belacan, nasi kaler hijau (hujan panas kot), rendang ayam & daging, mee/kueyteow goreng, cucur udang, rojak, nasi impit & kuah kacang dan ABC.

 
panas2 - memasak cucur udang & kueyteow/mee goreng

Alhamdulillah..syukran kepada tuanpunya restoran, semoga bertambah maju dan bertambah rezeki. Pernah sekali makan di sini selepas balik dari Kuching tahun lepas, mencari nasi arok ikan terubuk masin (kes kempunan..tak sempat makan nasi ni semasa di Kuching)..tapi takde dijual..huhu..

-----------------------------------------------------
Ni pula jamuan Hari Raya di pejabat pada hari Isnin 10 Ogos..decoration simple je tahun ni..masing-masing sibuk..

 
 deko deko..lemang mesti ada..

 a pot on the stove...kuah lodeh...panas-panas

 food galore
Hujung minggu ni, hari Sabtu dan Ahad, ada lagi jemputan open house..penutup bulan Syawal..In shaa Allah, gantung periuk lagi..Alhamdulillah...

Friday, 7 August 2015

Rumah Sinar Salam

Assalamualaikum...Salam Jumaat..

Rumah Sinar Salam..pertama kali menjejakkan kaki di sini tahun 2010 untuk program di bawah NGO Perkim cawangan Sentul Timur. Sudah lama tidak berprogram di sini.

Rumah Sinar Salam memberi perlindungan kepada wanita-wanita penagih dadah, penghidap HIV dan pekerja seks yang ingin kembali ke pangkal jalan, memberi kaunseling, khidmat nasihat dan kemahiran hidup untuk memulakan fasa baru kehidupan mereka.

Dengan bantuan kewangan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Rumah Sinar Salam (mengambil sempena nama Yayasan Salam sebagai penaungnya serta memberi bantuan kepakaran dan pengurusan) membuka pintu pada 1 Dis 2007 khusus untuk wanita yang memerlukan bantuan pemulihan ini.

No. 6A, Tkt 1, Lorong Haji Taib 3, KL

Berprogram bersama Ustazah Norhafizah Musa



Bersama Ustazah Murshidah untuk kelas pengajian tengahari



Kelas Iqra'


Solat Zohor berjemaah dan tazkirah ringkas

Bersama dengan penghuni Rumah Sinar Salam semasa Kelas Iqra' mengundang rasa pilu di hati, bertatih mereka belajar dari Iqra' 1, kagum dengan semangat mereka. Alhamdulillah, semoga mereka terus istiqomah. 

Kisah lampau mereka lupakan, buka lembaran baru dalam kehidupan..bumi mana yg tidak ditimpa hujan..kita semua hambaNya yang lemah..