Tuesday, 20 December 2016

China : Xi'an - Gao Courtyard House

Salam to all readers...semakin hampir ke penghujung travelog..

Dah habis jalan-jalan cari masjid di bahagian utara Muslim Quarter, decided balik ke hotel, tak jadi sarapan sebab dah kenyang makan roti percuma..terus lunch je..

Masuk je Beiyuanmen dari Xiyang Shi, nampak ramai orang dok keluar masuk satu pintu di bangunan di sebelah kanan jalan. Curiosity killed the cat, pi jengok kat dalam..ooo..ini rupanya..Gao Courtyard House. 

Sebenarnya masa buat itinerary, dah cancel nak gi sini sebab bila baca review macam tak best je. Sepanjang di Xi'an tak teringat langsung kat rumah ni, tapi dah terjumpa, lagipun masih ada masa lagi, terjah je lah... 

Berusia lebih kurang 400 tahun, rumah ni ialah rumah tradisional yang terbaik pemuliharaannya di Xi'an Former residence kepada Gao Yuseong, seorang pembesar dan scholar di zaman Dinasti Ming. Ada 86 bilik, cuma 56 saja yang dibuka kepada umum.

 view dari Beiyuanmen, dok lalu lalang depan ni
tak perasan langsung, asyik tengok makanan je..hihi..

jom masuk

 entrance fee, ada wayang kulit, ada opera cina

beli yang 30yuan sebab nak tengok wayang kulit cina
 

 masuk pintu kiri untuk ke shadow show

 shadow show di tingkat bawah bangunan ni

 wayang kulit, tak faham pung..hihi..
kisah pengembaraan empat sahabat, cerita rakyat cina
sekejap je, lebih kurang 10 minit

Habis je wayang kulit, masa untuk ronda-ronda rumah lama yang cantik ni, penuh dengan ukiran. 
 ukiran bermotif bunga

 cute - ladies & gentlemen

baju nenek moyang

jom ke muzium
menarik senibina nya

 ada banyak guest room untuk scholar

 pakaian scholar
 terpikat dengan senibina rumah ni

 fesyen 'high collar'

Gao's grand courtyard
 
 pokok tu pun dah tua
 bilik tidur

 candelier cina

 photoshoot di sini memang marvellous

Menarik sekali, highly recommended for those interested in buildings..enjoy the Dynasty Ming architecture to the heart's content.

Dah habis melawat rumah agam yang cantik ni, bergerak keluar menuju ke hotel. On the way, beli kuih pulut macam kuih lopes, nama tak tau..

 sedap..harus dicoba..
  
Dah pukul 12.00 tengahari, masa untuk check out, bergerak turun ke reception.  Tanya kat reception, nak booking teksi ke airport. Pukul 5.00 petang baru nak gerak ke airport, flight pukul 12.15 malam

Reception macam hampeh, tak faham English. Alhamdulillah, ada ambik question card SS (tapi tak buat cantik2 mcm SS, cuma print atas A4 paper je),  tunjuk kat reception, baru le depa faham...letihh..

Pada masa yang sama, ada pompuan cina muda dengan mak dia, nak check out juga, reception tu suruh pompuan tu terangkan pada kami kat mana nak ambik teksi ke airport.

Pompuan muda tu pun explain lah, kena ambik teksi kat depan Mcdonalds. Dia ajak keluar, tunjuk arah bangunan mcdonalds, takde lah jauh sangat...oklah..xie xie. Lepas simpan beg di luggage room, bergerak keluar..merambu lagi..final shopping...

Bersambung.. 

Sunday, 18 December 2016

China : Xi'an - Masjid Dapiyuan dan Xiaopiyuan

Assalamualaikum....

Sambung jalan-jalan di Muslim Quarter sebelah utara...

Di simpang Dapiyuan Street, ada satu masjid lama, Masjid Dapiyuan. Jom pi tengok..


 tembok batu berukir

 mesti ada taman

 cantik senibina cina

 dewan solat utama

 pedang antik

waktu solat

Perjalanan diteruskan lagi di sepanjang Dapiyuan Street. Ternampak gerai bertulis Yayan Fried Rice, tapi tutup pulak...huhu...rasa nak nanges tepi gerai. Ada forumer pernah makan di sini, sedap katanya...takde rezeki makan nasi goreng Yayan.

industri kecil buat roti putih keras

kilang buat roti warna coklat dan juga maruku

 roti & maruku

 singgah gerai pakcik ni nak beli kuih, nampak sedap
habislah pulak, takde rezeki

Dah sampai jalan besar, corner kiri masuk Maixian Jie, jalan lagi ke utara. Misi mencari masjid ke 10 di Muslim Quarter.


Tengok peta, ada satu lagi masjid di Xiaopiyuan Alley..jom pi cari..

pintu masuk Masjid Xiaopiyuan

cantik kawasan masjid ni

 dewan solat utama 

Alhamdulillah, dapat juga menjejaki 10 buah masjid di Muslim Quarter. Masjid-masjid yang pelbagai bentuk senibina, ada yang berkubah, ada yang tidak, ada lebih kurang sama senibinanya. Setiap bahagian Muslim Quarter, ada masjid untuk kegunaan kariahnya.

Rasanya dah habis cover seluruh Muslim Quarter, dari barat ke timur, dari selatan ke utara. Selesai dah misi jalan-jalan cari masjid, menjejaki rumah Allah di bumi Xián. Alhamduililah, mission accomplished. 

Berjalan balik ke Beiyuanmen. My sister terus balik ke hotel, saya ada satu lagi itinerary di Beiyuanmen..

Bersambung..

Friday, 16 December 2016

China : Xi'an - Rezeki di Pagi Hari

Assalamualaikum...salam Jumaat..

Hari terakhir di Xi''an...Sabtu, 12 November 2016..

Pagi-pagi dah keluar...Alhamdulillah, cuaca sangat baik, ada mentari pagi.. 

 pekerja sedang mengemas pokok-pokok bunga di taman depan hotel
lelaki sebelah tu sedang main badminton

 suka tengok depa berdua ni main badminton

Pagi ni takde itinerary khusus, berjalan je ikut langkah kaki..nak cari sarapan.. 

 menuju ke Beiyuanmen - suasana lengang

 Beiyuanmen di pagi hari - masa ni pukul 8 pagi

 gerai baru dibuka - spicy beancurd skin

 baru nampak hostel ni di Beiyuanmen
Silk Road Youth Hostel

 bangunan restoran yang cantik, lunch di sini hari ni

Masuk ke Xiyang Shi, baru meriah sikit, ramai yang dah mula berniaga 

nampak sedap..nyum, nyum..

 dodol china

 baru ternampak gegantung (bunting) ni

Tetiba ternampak ramai sungguh orang perempuan tengah menggoreng roti di tepi jalan..majlis apakah ini..

 inilah dewan kecik yang ada kematian malam Rabu hari tu
ini kenduri arwah kot

 gotong-royong menggoreng

yang diluar menggoreng, di dalam dewan menguli tepung 

 mercik minyak di atas jalan

 roti yang dah siap digoreng diletak ditepi jalan mcm ni je

 siap untuk diberikan kpd orang ramai yang lalu lalang
termasuklah kami berdua

Alhamdulillah, dapat sebijik sorang, rezeki jangan ditolak
sedap juga rotinya, ada rasa masin-masin, lemak-lemak sikit

Jom berjalan lagi, cari restoran untuk sarapan..dah sampai simpang empat Xiyang Shi dan Guangji Street, corner kanan masuk Guangji Street..

 kedai dekat simpang empat
macam sedap je, ramai yang beli - kuih bingka kot

Ingatkan nak sarapan di restoran kecik yang jual makanan celup-celup ala-ala yong tau fu, tapi tengok pagi-pagi, dia jual makanan lain...tak jadi, jalan terus..

tengah buat roti keras kaler putih

maju sungguh gerai ni, masa pergi tengok penuh sup sebesen besar
masa balik dah surut

Berjalan lagi ke utara, sambil kunyah roti percuma tadi, sampai di simpang tiga, corner kanan, masuk ke Dapiyuan Street..tengok banyak gerai-gerai di tepi jalan..

Dapiyuan Street

bas mini - macam-macam aktiviti di pagi hari

 Di simpang tadi, ternampak signage ni..

ada masjid di sini

- bersambung -