Dua majlis. Company's events.
Pertama - Sambutan Tahun Baru Cina. Bila ada majlis ni, mesti ada tarian singa. Baru meriah.
The lions are coming
office tour
close-up, walaupun tahu org kt dalam, tetap rasa gerun..hihi
comel je budak kecik ni, generasi pelapis
battle of the lions, bilalah nak lompat ambik angpau & salad tu
seekor dah tumbang, dok mengeram
Acara makan-makan seperti biasa, malas nak ambik gambar.
.
Event kedua - Sidang media di Royal Selangor Golf Club. Untuk melancarkan Property Market Review 2018/2019. Seminar dah buat bulan November tahun lepas, Property Market post GE-14.
Office tower @ Tun Razak Exchange (TRX)
nampak mcm dah siap..oo..nama dia Exchange106
Ok, ke event kita
pre-event
Q & A session
Diantara pertanyaan daripada press ialah mengenai lot Bumiputra. Patutkah lot Bumiputra di release selepas tak terjual, tiada pembeli, selepas 6 bulan seperti diumumkan oleh kerajaan negeri Perak, wahh..negeri teman.
Kerajaan Perak kini membenarkan pemaju perumahan memohon pelepasan kuota
Bumiputera, selepas hartanah itu gagal dijual dalam 6 bulan oleh
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).
Tempoh yang disingkatkan dari 2 tahun kepada 6 bulan itu bertujuan
meringankan beban pemaju yang perlu menanggung kos kerosakan dan
penyenggaraan rumah tidak terjual.
“Selepas 6 bulan proses jualan oleh LPHP, pemaju boleh memohon
pelepasan 50% kuota Bumiputera dengan syarat mereka telah mencapai 30%
pembinaan fizikal serta 60% lot bukan Bumiputera telah dijual.
“Permohonan pelepasan ke-2 untuk baki lot Bumiputera 50% lagi hanya
boleh dibuat setelah pembinaan fizikal mencapai 80% dan 90% lot bukan
Bumiputera habis dijual,” katanya dalam sidang media mengenai
penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak di sini, hari ini.
Faizal berkata, denda atau levi 2 kali ganda daripada levi sedia ada
akan dikenakan ke atas pemaju yang menjual lot Bumiputera sebelum
kelulusan pihak berkuasa negeri -sumber: fmtnews
Tanah ialah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Rumah berstatus Bumiputra lot, Rizab Melayu, tiada masalah untuk dijual di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mungkin mismatch of design, prices and location menjadi faktor penyebab sesuatu rumah tu tak laku. Satu saranan supaya pemaju boleh offer kaedah sewa beli (rent-to-own) untuk rumah-rumah yang tak terjual (overhang properties).
Dua majlis. Satu meriah, satu lagi diskusi yang serius.