Thursday 21 February 2019

Dua majlis di bulan Februari

Dua majlis. Company's events.

Pertama - Sambutan Tahun Baru Cina. Bila ada majlis ni, mesti ada tarian singa. Baru meriah.


The lions are coming

office tour

 close-up, walaupun tahu org kt dalam, tetap rasa gerun..hihi

comel je budak kecik ni, generasi pelapis

battle of the lions, bilalah nak lompat ambik angpau & salad tu

seekor dah tumbang, dok mengeram

Acara makan-makan seperti biasa, malas nak ambik gambar.
.
Event kedua - Sidang media di Royal Selangor Golf Club. Untuk melancarkan Property  Market Review 2018/2019. Seminar dah buat bulan November tahun lepas, Property Market post GE-14.


Office tower @ Tun Razak Exchange (TRX)

nampak mcm dah siap..oo..nama dia Exchange106

Ok, ke event kita

 pre-event

Q & A session

post-event


Diantara pertanyaan daripada press ialah mengenai lot Bumiputra. Patutkah lot Bumiputra di release selepas tak terjual, tiada pembeli, selepas 6 bulan seperti diumumkan oleh kerajaan negeri Perak, wahh..negeri teman.

Kerajaan Perak kini membenarkan pemaju perumahan memohon pelepasan kuota Bumiputera, selepas hartanah itu gagal dijual dalam 6 bulan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Tempoh yang disingkatkan dari 2 tahun kepada 6 bulan itu bertujuan meringankan beban pemaju yang perlu menanggung kos kerosakan dan penyenggaraan rumah tidak terjual.
 
“Selepas 6 bulan proses jualan oleh LPHP, pemaju boleh memohon pelepasan 50% kuota Bumiputera dengan syarat mereka telah mencapai 30% pembinaan fizikal serta 60% lot bukan Bumiputera telah dijual.

“Permohonan pelepasan ke-2 untuk baki lot Bumiputera 50% lagi hanya boleh dibuat setelah pembinaan fizikal mencapai 80% dan 90% lot bukan Bumiputera habis dijual,” katanya dalam sidang media mengenai penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak di sini, hari ini.

Faizal berkata, denda atau levi 2 kali ganda daripada levi sedia ada akan dikenakan ke atas pemaju yang menjual lot Bumiputera sebelum kelulusan pihak berkuasa negeri -sumber: fmtnews

Tanah ialah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Rumah berstatus Bumiputra lot, Rizab Melayu,  tiada masalah untuk dijual di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Mungkin mismatch of design, prices and location menjadi faktor penyebab sesuatu rumah tu tak laku. Satu saranan supaya pemaju boleh offer kaedah sewa beli (rent-to-own) untuk rumah-rumah yang tak terjual (overhang properties).

Dua majlis. Satu meriah, satu lagi diskusi yang serius.

24 comments:

  1. Wah! siap jemput masuk office ya lion tu.
    Mrs. A tak takut sukat engok lion dance ni hehehheee....

    Harga rumah mahal sangat tu yang Bumiputra tak mampu nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari luar dah bersiap nak masuk office..hihi..bila dekat2 tu mcm gerun gak tengok muka lion..siap goyang2..

      rumah landed mmg mahal sekrg ni..nk siapkan deposit 10% pun perit..

      Delete
  2. dulu masa bdk2 kita tak panggil lion
    kita panggil naga ...dah besar baru tahu,
    nama dia lion dance hihihi...

    ReplyDelete
  3. Comelnyaaa singa masuk ofis. ofis kita dulu takda. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu orang masuk ofis, tetiba singa yg masuk..hihi..

      Delete
  4. MERIAH SEKALI LION DANCES NI..SETUJU DGN NOHAS PEMAJU JUAL SECARA SEWA BELI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah..semua org teruja walaupun setiap tahun ada..sewabeli ni byk kerja, nak monitor setiap bulan, sbb tu pemaju x berminat kot..

      Delete
  5. Replies
    1. setiap tahun ada..utk meriahkan majlis..

      Delete
  6. bunyi gendang tarian singa tu yang buat takut.. kuat sangat sampai jantung pun berdegup laju. Tapi mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bunyi gendang tu kuat sangat..tapi best tgk singa berlawan..hihi..

      Delete
  7. Cheq selalu bayangkan penari-penari tarian singa tu ceria-ceria belaka orangnya 😄

    Diskusi rumah tak terjual tu memang serius betul kan huhuuu..betoi juga kesian pada pemaju nak kena tanggung beban kos lama-lama..😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk nampak muka..tapi dapat rasa, letih gak membongkok mcm tu...

      diskusi yg serius..harga rumah mahal benor, mismatch antara harga rumah dan gaji..

      Delete
  8. Hahaha.. part lion tu memang tak dinafikan.. walaupun tahu ada orang tapi tetap ada rasa takut.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin rentak muzik iringan tu mcm seram sikit..

      Delete
  9. Raya cina thn ni..tak sempat nak tgk lion dance..kurang sikit rasa kemeriahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ada lion dance,rasa meriah suasana..

      Delete
  10. xpenah tengok lion dance depan2. padahal dok penang banyak je events blh tngok.
    hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat penang mesti byk lion dance..gerun gak dgr bunyi drum dia..

      Delete
  11. tak ada pun lion dance.. cuma tgk di company sebelah ofis jelah..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!