Thursday, 25 July 2019

Kak Limah balik hostel

Ni bukan filem sequel arahan Mamat Khalid. Bukan juga cerita hantu Kak Limah...hehe..
 
Ini tajuk buku remaja. Kak Limah Balik Hostel. Kisah Sekolah Perempuan. Kisah-kisah budak baru nak up (bbnu) bersekolah, duduk asrama di sekolah perempuan. Sekolah berasrama penuh, sekolah harian.

Baca buku ni to kill love time sementara tunggu panggilan ke bilik doktor di PUSRAWI hari Selasa minggu lepas.

Dah puas belek-belek handphone, kita godek-godek rak buku yang ada dekat tepi kaunter. Ternampak buku ni...bila baca, best juga. Macam-macam pengalaman, kisah hidup di zaman sekolah. Teringat kisah hidup sendiri semasa tinggal di asrama.



Tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai cabatan di all girls school yang menjadi kenangan pahit manis bagi sesiapa sahaja yang pernah melalui zaman itu. Buku ini memberikan gambaran kisah benar di beberapa all girls school yang terkemuka di negara.
 
Banyak kisah pengalaman BBNU di sekolah yang semua pelajarnya ialah kaum hawa. Macam-macam. Jangan kata sekolah sesama jantina tiada istilah couple-couple nih!


kandungan cerita dalam buku ni

hakikat tiadanya lelaki, memberi peluang yang lebih besar untuk kami menjadi ketua dalam semua perkara dan tahap berdikari yang tinggi


Semoga buku ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada para remaja yang sedang belajar di all girls school. Ia juga boleh dijadikan panduan kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke all girls school.

Sapa yang pernah tinggal di asrama zaman sekolah menengah, mesti ada kenangan pahit manis, ssuka duka hilang barang, beratur nak masuk tandas setiap pagi, spot check, makan dalam tray....kenangan lalu..

Monday, 22 July 2019

Terbang tinggi utk melihat yg tinggi

Assalamualaikum semua..

Lama tak update..was away..

Terbang tinggi..

Untuk melihat yang tinggi..

cuma ini saja yang boleh dekat

Tak dapat dekat pada yang lebih tinggi..semuanya takdir oleh Yang Maha Tinggi..
kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah yang lebih baik

* Gunung Bromo meletus, memuntahkan laharnya pada hari Jumaat, 19 Julai 2019..diammu gunung berapi..

Friday, 12 July 2019

Kisah di Hari Minggu : Atas & Bawah

Ampunkan daku..nak buka balik cerita raya...hihi..

Ini bukan sebarangan raya, ini ialah STREET RAYA !! 

Heboh seantero whatsapp tentang event yang julung-julung kali diadakan di kotaraya metropolis nih. Anjuran gabungan masjid-masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan dengan tema "Ummah Disantuni, Nikmat Disyukuri".


Event yang diadakan pada hari Sabtu, 6 Julai 2019 di Dataran Merdeka.

Pada hari kejadian, me & mother pergi lepas Zohor, naik LRT turun di Masjid Jamek, then jalan kaki ke dataran. Umat manusia memang ramai..


dah penuh jalan

Dah sampai di Dataran Merdeka, tengok orang dah macam main ragbi, bersesak-sesak di lorong antara khemah. Khemah durian yang paling hot..dikerumuni orang ramai..


                                pukul 2.52 petang, banyak makanan dah habis
yang tinggal, nugget tengah digoreng, itupun kena beratur panjang 

Last-last, ambik bau je, bergerak balik..hahaha..pi makan nasi di lorong tepi Mydin. Sembang dengan seorang makcik dan anak-anak dia di meja sebelah, rupanya depa pun senasib juga, tak dapat makan di Street Raya. 

"Dah tertulis, rezeki kita makan nasi kat sini" kata makcik meja sebelah..Alhamdulillah.

Itu kisah hari Sabtu, Di bahagian atas, di Dataran Merdeka. Hari Ahad pergi lagi ke Dataran Merdeka. Di bahagian bawah pula. Ada jemputan kenduri di Crystal Wedding Hall, Restoran Warisan.

 pintu masuk dari tempat letak kereta

keluarga kedua-dua belah pengantin dengan tetamu
beratur, nak bergambar


Alhamdulillah, makanan sedap, tempat selesa. Tempat duduk banyak, memang boleh cater untuk tetamu yang datang ramai sekaligus. Dah makan, jom ronda-ronda kat bawah ni.


Restoran Warisan

ais krim al-haq di kedai depan restoran warisan

ais krim durian

Sedap ais krim durian D24. Gambar lama, di snap dalam bulan April tahun ni. Baru sekarang nak story.

 Sekian, kisah di hari minggu yang lalu. Dua event di tempat yang sama.