Monday, 7 October 2019

Koci Labu

Koci labu, anyone?

Kuih koci - kuih tradisional yang enak zaman berzaman. Selalu nya diperbuat dari tepung pulut dan ada yang campur pulut hitam. Yang ni kuih koci labu, pertama kali makan.

 koci labu

Sedap koci labu ni. Kuih koci Cik Siah. Suka kuih koci yang ada lelemak santan macam ni.

pagi tadi pi ambik di sini

Kawan ofis order 100 biji, 3 orang yang order. Saya pi ambik di Taman Dato Senu, dekat je dengan rumah.

order juga koci pulut hitam, pun sedap juga
dua-dua kuih ni harga 50 sen sebiji

Sunday, 6 October 2019

Melawat Rumah Degil

Salam hari minggu..

Semalam teman pergi melawat 'rumah degil' di Balai Seni Lukis Negara.

 Rumah Degil di perkarangan Balai Seni Lukis Negara

Rumah Degil ni merupakan rumah tradisional Melayu yang asalnya terletak di No. 41 Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Dipanggil Rumah Pusaka Chow Kit, rumah ini dibina pada tahun 1926 oleh Haji Jaafar Sutan Sinombar yang juga dikenali sebagai Sutan Mengatas.

 rumah pusaka chow kit di tempat asalnya, diapit oleh bangunan kedai
asal-usul kenapa digelar 'rumah degil' - sumber NST 

Tanah rumah pusaka ini telah dijual oleh tuannya. Pembelinya telah membuka dan menyimpan rumah asal ini. Ianya dipasang semula di perkarangan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak.


Rumah ini adalah struktur tradisional rumah Melayu yang terakhir dimana ia mempunyai kaitan dengan pengasas Kuala Lumpur dari keturunan Mandailing iaitu Sutan Puasa. Sutan Mengatas merupakan anak saudara kepada Sutan Puasa.


Rumah kayu tradisional ini dibina pada ketinggian 3 meter (9 kaki) daripada aras tanah. Dahulunya tiang sokongannya dibina menggunakan batu batu tanah liat buatan tempatan. Pendekatan senibina adalah rumah tradisional Melayu berbumbung potong Perak dengan pengaruh senibina moden. Struktur rumah ibu yang berukuran kira-kira 104.5 meter persegi (1,124 kaki persegi) dibina menggunakan kayu bagi kebanyakan komponen strukturnya.
 

rumah kecil dibelakang

bahagian dalam rumah


Sangat bagus usaha Jabatan Warisan Negara untuk mengekalkan rumah-rumah tradisional untuk tatapan generasi akan datang.


Semoga terus kekal mengharungi zaman

Thursday, 3 October 2019

Lunch hari ini..

Hari ni rasa malas nak keluar time makan tengahari...so pakat-pakat dengan ofismate, order kat food panda..


Kebab dari stuff'd 

walaupun kecik je, tapi mengenyangkan..Alhamdulillah

Terperasan ada peribahasa di pelekat - peribahasa orang Maori. Pertama kali dengar. Orang Maori ni penduduk asli negara New Zealand.

Turn your face to the sun and the shadows fall behind you
- Maori Proverb

ok, itu je nak cerita..hehe.