Wednesday, 25 December 2019

Restoran Pakistan - Najia's

Hola, semua. Cuti hari ni tapi kena kerja juga..break sekejap, update blog..
 
Haritu di Solaris Mon't Kiara, lepas hantar report, jalan-jalan cari makan (lunchtime). Tak banyak pilihan restoran halal. Nampak satu restoran Pakistan depan Cold Storage. Jom kita singgah. 

Najia's, namanya. Najia's Pakistani Tawa & Grill. The real Pakistani restaurant, dengan dekorasinya, entertainmentnya. "Tawa" tu ialah kuali leper yang depa selalu guna untuk buat capati.
 

Menarik restorannya. Dekorasi heavily-influenced by Pakistani vibe.

banyak betul dekorasi di dinding yang berwarna-warni

 comel je


ingatkan ceramic, rupanya bukan

Jane Bond 008
kawasan yang lebih serius

ahli politik kot

Ok, makanan sudah tiba.Kita makan dulu


set lunch - keema beriani (beriani daging) dan teh ais limau
RM16++, sedap, recommended
 
makan sudah, jom lah balik ofis. on the way ke kaunter, sempat snap bahagian depan pula.

suka tengok hiasan macam jubin ni

c
cute jer benda-benda kecik ni

suka lukisan skyline ni - Lahore

 Karachi & Islamabad

Sepanjang berada dalam restoran ni, tv di depan terpasang dengan program nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Pakistan. Sedap juga susunan muziknya. Bila tengok dekat-dekat, ada sarikata, rupa-rupanya lagu-lagu ketuhanan, memuji Allah, Rasulullah saw..MasyaAllah..

    program muzikal

Overall, oklah, kalau berada di kawasan ni bolehlah singgah makan.

Monday, 23 December 2019

Tiga di satu tempat

Assalamualaikum semua..

Kisah di hari Ahad, 15 Disember 2019. Lokasi di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Kisah kehidupan. Cerita suka duka. Sedih, gembira. 

Tiga majlis di tempat yang sama.

1. Majlis ilmu- sempena Maulidur Rasul "Mengenangmu Ya Rasulullah" - peristiwa Isra' Mikraj

Dalam keadaan bergelut dengan beban kerja yang menghimpit di pejabat, kena urus satu program bersama masjid. Alhamdulillah, Alhamdulillah, dengan penciptaan whatsapp, semuanya dapat diuruskan dengan jayanya.




2.  Kematian seorang jiran

Tiba di masjid, tengok ramai orang berkumpul depan bilik mandi jenazah wanita. Ada beberapa muslimat surau yang saya kenal. Rupanya ada jiran saya meninggal dunia pagi tadi.


3. Majlis Akad nikah

Selepas solat zohor, ada satu lagi majlis yang akan berlangsung - majlis akad nikah.


Begitulah kehidupan..ada yang gembira, menerima ahli keluarga baru, ada yang bersedih pemergian orang tersayang...

Friday, 13 December 2019

Random Photo #2

 Salam Jumaat semua.

Random photo #2, kesibukan melanda, Alhamdulillah rezeki hujung tahun..

 yang kanan untuk umat Islam Malaysia, dah tukar dari wadiah ke wakalah
yang sinun untuk Bumiputra

menara jam di Jalan Tun Razak

clown di Matta Fair bulan Mac
nampak dia tukar baju, sorang diri je, tetiba boleh berdiri macam ni

first time dine-in di Sushi King, sup tauhu & cendawan

Brickfields,KL


nasi lemak daun pisang @ kuala kangsar


sedap, banyak isinya, ada telur dadar

bunga christmas

Patin tempoyak @ Swiss Cafe, Menara MIDF

 new year, new car??..nayy..

Till then, have a nice day..