Kembali bersiaran setelah tiga hari yang hectic. Ada kursus di Kemaman, Terengganu. Walaupun, Kemaman lebih dekat dengan Kuantan, tapi ambik flight ke Kuala Terengganu, sebabnya:
1) nak makan nasi minyak john
2) nak lalu jalan tepi laut
3) nak pergi pasar payang baru
4) nak lalu jambatan angkat
Alhamdulillah, semuanya dimakbul Allah swt.
So, dari airport, lalu di Jambatan Angkat (Drawbridge) ke bandar Kuala Terengganu, terus ke Restoran Seerai Wangi di Jalan Tok Lam/Lorong Haji Jamil, nak makan nasi minyak john. Alhamdulillah, pakcik grab tahu restoran ni.
Dari tahun lepas, teringin nak makan nasi minyak ni, tapi tak kesampaian sebab dah habis. Alhamdulillah, tahun ni dapat merealisasi hasrat yang tak kesampaian tu. Restoran buka, di hari cuti, di pagi hari Jumaat.
dari jauh dah nampak tulisan 'ADA'
yeayy..
rupa-rupanya nasi minyak john ialah specialty restoran ni
satu je menu sarapan pagi
dua periuk besar gulai ayam & daging
gulai ayam
gulai daging
nasi minyak john + gulai ayam & telur
harga semua RM7.00, nasi & gulai ayam = RM5.00
telur = RM1.00, teh o panas = RM1.00
The verdict: Sedap, I like. nasinya lembut, fluffy, tak berminyak walaupun nama nasi minyak, gulai ayam yang cair, tak heavy. Sesuai dimakan di waktu pagi.
yeayy..
rupa-rupanya nasi minyak john ialah specialty restoran ni
satu je menu sarapan pagi
dua periuk besar gulai ayam & daging
gulai ayam
gulai daging
nasi minyak john + gulai ayam & telur
harga semua RM7.00, nasi & gulai ayam = RM5.00
telur = RM1.00, teh o panas = RM1.00
The verdict: Sedap, I like. nasinya lembut, fluffy, tak berminyak walaupun nama nasi minyak, gulai ayam yang cair, tak heavy. Sesuai dimakan di waktu pagi.
Ramai pelanggan yang datang, tak putus-putus, nak makan nasi minyak di sini, yang bungkus. famili cina pun ada datang makan, full house. Semuanya orang local, saya sorang je yang snap-snap gambar.
Jangan lupa singgah makan nasi minyak john di sini kalau ke Kuala Terengganu.