jamu mata..harga?? yang saiz kecik USD3,250..saiz besar USD4,100..
hmm..dalam mimpi je lah..
entry santai, stress break..xoxo..
jamu mata..harga?? yang saiz kecik USD3,250..saiz besar USD4,100..
hmm..dalam mimpi je lah..
entry santai, stress break..xoxo..
Assalamualaikum, semua...
Writer's block lately. Takde idea nak tulis apa. oklah, kita review kdrama Search yang baru habis ditonton, genre military thriller..yang bikin jantung copot-copot.. suspense nya drama ni...daebak, awesome sungguh..
Sinopsis
Lokasi drama mainly di kawasan Demilitarized Zone (DMZ) di sempadan negara Korea Utara dan Korea Selatan. Drama bermula dengan operasi tentera Korea Selatan yang diketuai oleh Kapten Jo di sektor 21 DMZ pada tahun 1997. Mereka bertembung dengan seorang penyelidik nuklear wanita Korea Utara dan bayi perempuan dia, yang nak berpaling tadah ke Korea Selatan.
Wanita tersebut sempat menyerahkan bayi dia kepada tentera Korea Selatan. Tetiba datang sekumpulan tentera Korea Utara, mengugut penyelidik wanita tersebut. Kedua-dua belah tentera acu senapang ke arah satu sama lain. Situasi yang sangat tegang. Tiba-tiba ada seorang tentera melepaskan tembakan, diakhirnya, nampak macam semua terbunuh. tapi sebenarnya 5 orang askar terselamat, 4 dari Korea Selatan, seorang dari Korea Utara yang jadi culprit pembawa radioaktif dan juga bayi perempuan korea utara tu.
Kembali ke tahun 2020, seorang tentera, Corporal Oh hilang di kawasan DMZ. Search team diwujudkan untuk mencari Corporal Oh. Bila mayat Corporal Oh dijumpai dan dibawa ke makmal, mayat tersebut kembali hidup, jadi mutant menyerang Son Ye Rim, salah seorang anggota Search team. Search team kemudian kembali ke hutan untuk menangkap 'host' pembawa virus mutant dan cerita sebenar insiden tahun 1997 terbongkar bila camcorder dijumpai.
Alhamdulillah, hari Isnin haritu dapat bungkusan misteri daripada Santai Ilmu Publication..surprise, surprise..
Alhamdulillah, dapat senaskah buku karya sulung blogger Syazni Rahim yang berjudul 'Terkaitnya Kita'..nama penanya Syaz Eym...sedap gak..hehe..
Buku yang memaparkan koleksi cerpen-cerpen garapan beliau yang sangat menarik. Sebabnya?
Sebabnya setiap cerpen tu berkait diantara satu sama lain..daebakk..sesuai dengan tajuk buku ini - terkaitnya kita. Cerpen yang buat anda tersenyum dan ketawa sendirian..
"Percayalah, sesungguhnya semua kisah-kisah hidup ini ada perkaitannya. Sama ada kita percaya atau pun tak saja"
Terfikir juga macamana ya buat cerpen berkait-kait macam ni. Mungkin buat site map dulu, buat lakaran, kemudian cari idea untuk kisah setiap yang terlibat...
To Syazni, terima kasih, syukran, for the awesome gift. Tahniah!! keep up the good work in writing fiction and non-fiction. We all support you. Let's celebrate..
Kalau readers nak order buku ni, boleh ke blog penulis www.syaznirahim.com atau klik link ni-wasap.my/60192984616/Nak_beli_terkaitnyaKita
Happy reading..