Monday, 13 September 2021

Nasi Briyani Kukus Abang Buncit

Assalamualaikum, semoga sihat walafiat..

Dua hari melepek kat rumah. Layan drama. Tengok berita, orang ramai ke sana ke sini, berpiknik, jalan jem..

Kisah nasi beriani kukus yang sedap. Nasi Briyani Kukus Abang Buncit. Selalu briyani depa bagi acar rampai atau acar mentah (jelatah) tapi yang ni ada air asam...boleh buat ketagih katanya..

Gerai depan mini UTC Sentul
 
Pertama kali beli nasi briyani ayam. Sedap rasanya. Second time beli, lauk kambing pula..perghh..enak banget..
 
nasi beriani guna beras basmathi (beras panjang)
sedap dimakan begitu saja
 
yang bawang2 tu lah air asamnya
secoet je, tak sempat nak ketagih...hehe..
 
gulai beriani kambing yang marvelles
harga lauk kambing RM12.90 rasanya
ayam RM8.90, ada lauk daging juga

 Memang sedap, cuma air asam tu je sikit sangat. 
teringin lah pulak..hehe..

Thursday, 9 September 2021

Drama Korea bertemakan "Makanan"

Annyeonghaseyo....

Review 4 drama Korea bertemakan makanan. Drama lama, mungkin ada yang pernah ditonton.

Lunch Box (2015)


Drama pendek, 3 episod ni ialah joint-venture diantara produksi Korea Selatan dan Indonesia. Memperkenalkan makanan halal. Cerita mengenai Yong, seorang pemuda Korea yang jatuh cinta dengan Yulia, seorang pelajar Indonesia di University Sogang. Yong bekerja sebagai tukang masak di restoran bapa dia.

Untuk menarik perhatian Yulia, setiap hari Yong buat lunch box untuk Yulia. Dia letak lunch box dalam locker Yulia tapi Yulia tak makan pun lunch box tu. Yong kecewa tengok lunch box tak terusik.

Suatu hari, Yong ternampak Yulia membeli bahan mentah di sebuah kedai runcit. Tukang kedai beritau Yong yang Yulia beli barangan halal. Yong pun mula beli barangan halal.

Sejak hari tu, Yong buat lunch box halal untuk Yulia. Tapi Yulia masih tak makan lunch box Yong. Di akhir episod, dengan pertolongan tukang kedai, Yong masak pelbagai makanan halal dan buat jamuan di universiti Yulia.

jamuan di universiti

makanan halal yang dimasak oleh Yong dan tukang kedai
kenal sate je, ada rendang juga..hehe..

Pelakon utama ialah Kim Ji Soo, aktor yang dikaitkan dengan kes buli semasa dia shooting drama River Where The Moon Rises. Watak Yulia dilakonkan oleh Amelia Tantono, terer dia cakap korea.


Let's Eat (2013, 2015 & 2018)

Drama ni ada 3 season dan pelakon utama ialah aktor Yoon Doo-joon yang membawa watak sebagai ejen insuran dan food blogger bernama Gu Dae-young. 

Setiap Season, lokasi, heroin dan jenis rumah Dae-young berlainan. Plot drama yang menarik, ada part suspense dan kelakar. Biasalah kan, ramai yang nak mengelak dengan ejen insuran, bila jumpa je mesti nak cerita tentang pakej insuran. Tapi Dae-young banyak cerita tentang makanan.

Part makan-makan yang best, yang buat meleleh air liur. Nak pulak Dae-young bagi penerangan, memang drooling. Heroine untuk Season 3 pun foodie, dia pun not bad bagi penerangan tentang makanan, Dae-young anggap dia sebagai mentor..

Season 1 - lokasi di Seoul, rumah jenis studio apartment


Drama bermula dengan kes kematian seorang perempuan muda yang tinggal seorang diri di rumah selang 2 pintu dari rumah Dae-young. Kebetulan pula Dae-young baru usha perempuan tu untuk beli insuran dan ada copy sample borang yang ada tandatangan Dae-young.

Rumah tersebut kemudiannya disewa oleh seorang perempuan muda yang baru nak merasa hidup berdikari dan tinggal seorang diri. Heroine ialah jiran sebelah rumah Dae-young yang bekerja sebagai setiausaha di syarikat peguam. Seorang yang sangat suspicious dengan Dae-young, seorang foodie tapi tak boleh makan seorang diri di tempat awam dan follower blog Dae-young.

Macam-macam hal berlaku di kawasan perumahan, di pejabat heroine diselang-seli dengan acara makan-makan.

Season 2 - lokasi di Sejong City, rumah jenis walk-up apartment 3-tingkat

Sejong City ialah kawasan pentadbiran baru di Korea Selatan, ala-ala Putrajaya. Banyak pejabat kerajaan berpindah ke sini. Drama bermula dengan Dae-young mencari rumah sewa di Sejong City. Dia pergi ke pejabat ejen hartanah. 

Ahjumma yang jadi estate agent tu kelakar. Dia juga pemilik bangunan apartment 3-tingkat, Sejong Villa tapi dia cuma sewakan 3 buah apartment je iaitu sebuah rumah di tingkat bawah yang disewa oleh seorang nenek dan rumah Dae-young dan rumah seorang penulis wanita (heroine), dua-dua di tingkat satu. Rupanya ada misteri kenapa ahjumma tu tak sewakan apartment di tingkat 2..

Heroine tu sebenarnya kawan sekelas Dae-young masa sekolah rendah. Dae-young tak kenal dia sebab masa kecik, dia gemuk. Tapi heroine kenal Dae-young sebab dia tak boleh lupa Dae-young melawak tentang dia (masa Dae-young nak pindah sekolah) yang menyebabkan dia jadi depression dan jadi sangat obes.

Heroine ada projek dengan pejabat kerajaan dan dia suka dengan ketua projek yang semacam nerd tapi bila balik Seoul, bertukar jadi huhahuha. Dae-young pula nak dapatkan klien dari pejabat kerajaan. Kelakar kisah mereka berdua yang saling tolong-menolong.

Untuk Season ni, pelbagai jenis makanan diperkenalkan - makanan India, Thai, Mexican disamping makanan Korea.

makanan India - source dramabeans

Season 3 - lokasi di Seoul, rumah jenis townhouse 2-tingkat


Rumah hero dan heroine untuk season ni sangat menarik. Rumah townhouse, bangunan sebelah-sebelah, boleh bersembang kat koridor. Tingkat bawah rumah heroine ada cafe dan laman.

rumah townhouse hero dan heroine

Heroine ialah kawan Dae-young semasa belajar di universiti. Mereka berjumpa semula setelah 14 tahun. Season 3 ni banyak flashback kisah zaman belajar hero, heroine dan kawan-kawan mereka.  

Dalam season ni, Dae-young masih tak boleh move on dengan girlfriend dia (heroine season 2) yang mati dalam kemalangan. Heroine ada masalah keluarga - masalah kakak tiri dia yang banyak hutang, mak dia yang ada dementia. 

makan asam pedas ikan cutlass dan ikan bakar


Bagi saya, drama ni menarik, kreatiflah penulis skrip, berjaya menggabungkan kisah kehidupan, slow-burn romance, friendship dan memperkenal pelbagai jenis makanan.

Ada versi Thai juga di netflix. Versi Thai ni ikut plot Season 2. 


Midnight Diner/Late Night Restaurant (2015) 

 

Drama slice of life di sebuah restoran yang beroperasi dari pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi. Restoran ni takde menu. Tuanpunya restoran yang juga tukang masak cuba penuhi permintaan pelanggan dia. 

Macam-macam jenis pelanggan yang datang dengan pelbagai kisah kehidupan. Ada 3 pelanggan tetap yang kelakar, yang jadi pendengar, yang beri komen, beri nasihat mengenai masalah pelanggan yang datang.

Kisah sedih ialah kisah tukang silapmata yang terpaksa bawa anak perempuan dia yang masih kecil setiap kali pertunjukan sebab tiada orang nak jaga, bini dah lari. Anak dia join sama dalam pertunjukan dan disebabkan satu masalah, jatuh sakit bila bapa dia lambat nak recover dalam sesi silapmata.

Drama ni ada remake oleh produksi Jepun dan ada ditayang di netflix. Ada 2 drama, tajuknya Midnight Diner dan Midnight Diner : Tokyo Stories. Kurang suka versi Jepun, pelakon bercakap macam terjerit-jerit. 

 

How Are You Bread? (2020)

Suho (EXO) dan Lee Se-Young

Drama pendek 5 episod ni, mengisahkan seorang patisserie, Han Doo Woo  yang mencipta satu pastry istimewa setiap hari yang diberi nama How Are You bread. Menurut rumours, siapa yang makan pastri tersebut, segala keinginan akan tercapai. Disebabkan perkara tu, bakeri dia, Aurora Bakery jadi terkenal. Ramai yang berebut nak beli pastry How Are You Bread.

Heroine, Noh Mi-Rae ialah seorang penulis program tv "Top 3 Baking Kings" dan cuba mengajak Doo Woo untuk masuk program tersebut.

Sebenarnya, Doo-Woo dan Mi-Rae ada hubungan di masa lalu. Mi-Rae dah hilang ingatan tapi Doo-Woo masih mengingati Mi-Rae. Dia selalu stalk Mi-Rae yang setiap hari berbasikal ke tempat kerja dan lalu depan bakery dia.

Doo-Woo tunggu Mi-Rae ditengah jalan
Mi-Rae tu macam OKU pulak, bawa basikal roda tiga 

Dan pastry 'How Are You' bread tu sebenarnya ialah pertanyaan Doo-Woo kepada Mi-Rae.

Heroine berambut perang

Drama ni macam ada unsur-unsur supernatural sikit, dengan penolong Doo-Woo tu boleh hilangkan diri, kemudian muncul balik, boleh hilangkan ingatan Mi-Rae.

 

Diantara 4 drama ni, highly recommended ialah drama Let's Eat dan Midnight Diner. 

Happy watching..

Wednesday, 8 September 2021

Hadiah dari Uyum dan Nina

Alhamdulillah, dapat hadiah comel dari Uyum dan Nina @ anakomak..

hadiah untuk top 10 komentator bulan Ogos di blog anakomak

hadiah yang comel tu ialah.....

anti-bacterial hand gel dari Bath & Body Works

menarik flavour nya..

Citrus & Aloe dan Passionfruit & banana flower

dah try citrus & aloe..suka sangat baunya..
wangi & fruity..officemate pun suka..
 
Terima kasih Uyum & Nina..will use it well.. 

semoga happy-happy selalu 💖