Thursday, 7 October 2021

Lunch @ Ikan Bakar Jalan Bellamy

Cerita hari semalam..

Ada kerja luar di Bukit Jalil, dari pagi sampai tengahari. Cuaca panas tapi ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..

On the way balik pejabat, singgah makan tengahari di gerai ikan bakar yang femes kat KL ni, di Jalan Bellamy, belakang Istana Negara yang lama...lamanya tak gi sini..

banyak kereta tanda ramai orang 
 
jalan-jalan cari gerai, banyak pilihan gerai

pilih gerai yang ni
 
Gerai Seri Melaka
 
Jom pilih ikan bakar, sotong pun ada

banyak pilihan ikan
 
ikan talapia merah for me, ikan kembung for my friend
nasi putih, sayur kobis & keladi masak asam rebus
 
Alhamdulillah, tinggal tulang - harga kat kertas
ikan talapia - RM15.00, kembung - RM12
 
ada live band oleh otai2 geng 60an
 
 oklah, masih lagi jadi pilihan ramai untuk makan ikan bakar di kotaraya 
Kuala Lumpur

Tuesday, 5 October 2021

Tumbuh

Hello October!!

Berjalan melintasi rumah jiran, ternampak tapak semaian ni, diatas meja dekat koridor.

Biji durian ke ni?..

macam-macam aksi semulajadi..
 
semoga membesar dengan jayanya!

Friday, 1 October 2021

Drama Review : Heart to Heart

Heart to Heart...

Drama Singapore ni layan di viu, menarik juga jalan ceritanya...

Drama berkisar tentang perniagaan, hubungan keluarga dan persahabatan.

Sinopsis

Wenguang, Xiao-na dan Gary ialah tiga sekawan semasa kecil. Semasa mereka berumur 8 tahun. Datuk Wenguang ada restoran tradisional cina yang jual dimsum yang sedap. Restoran Yue Xiang Lou namanya. 

  Restoran dimsum Yue Xiang Lou
 

Bapa Xiao-Na, Liang Gui bekerja sebagai head chef di restoran tersebut. Datuk Wenguang bagi sepenuh kepercayaan pada Liang Gui, turunkan resepi tapi Liang Gui khianat, dia jual resepi kepada orang luar sebab nak bayar hutang berjudi.

Mak Wenguang pula ada salah faham dengan suami dia, terus tinggalkan Singapore dan bawa Wenguang ke US untuk berubat. Wenguang jadi benci bapa dia sendiri. Pada masa yang sama, keluarga Gary berhijrah ke Hong Kong. 

20 tahun kemudian Wenguang kembali ke Singapore dengan tujuan nak sama-sama urus restoran Yue Xiang Lou yang sekarang ni dijaga oleh bapa dan mak tiri dia. Wenguang dan bapa dia masing-masing dapat 50% share dalam restoran tu. Wenguang ni macam jerk, bapa sendiri pun tak kenal, baru datang je, buat perangai bossy, nak tukar itu ini, tak nak berbincang dengan bapa dia..

Wenguang dengan mak tiri dia
 

Restoran Yue Xiang Lou dah tak jual dimsum sebab takde chef yang dapat buat dimsum sedap macam dulu. Tapi Wenguang tetap juga nak kembalikan semula zaman kegemilangan restoran Yue Xiang Lou..kenangan dengan datuk dia..

Wenguang dengan kenangan dia masa kecik
 

Xiao-Na bekerja sebagai tukang urut tuina (urut kesihatan cina). Liang Gui ajar Xiao-Na cara-cara buat dimsum resepi Restoran Yue Xiang Lou. Liang Gui dah tak boleh masak sebab dia kaki botol. Deria rasa dia dah tak berfungsi. Liang Gui juga dihantui rasa bersalah pada datuk Wenguang yang dia panggil Master.

Gary juga kembali ke Singapore dan buka restoran Jepun. Mereka bertiga seringkali bertembung tapi tak kenal sesama mereka. 

Berjayakah Wenguang kembalikan kegemilangan restoran Yue Xiang Lou? Kena tengok drama ni..hehe..

Bila tengok drama ni baru tahu ada urut kesihatan cina tuina. Lamanya tak berurut badan. Riki-riki di internet, ada pusat urutan tuina di KL. Rasa macam nak try juga.. 

Sebab tengok drama nilah, teringin nak makan dim sum haritu...haha..pengaruh drama..