Friday, 1 October 2021

Drama Review : Heart to Heart

Heart to Heart...

Drama Singapore ni layan di viu, menarik juga jalan ceritanya...

Drama berkisar tentang perniagaan, hubungan keluarga dan persahabatan.

Sinopsis

Wenguang, Xiao-na dan Gary ialah tiga sekawan semasa kecil. Semasa mereka berumur 8 tahun. Datuk Wenguang ada restoran tradisional cina yang jual dimsum yang sedap. Restoran Yue Xiang Lou namanya. 

  Restoran dimsum Yue Xiang Lou
 

Bapa Xiao-Na, Liang Gui bekerja sebagai head chef di restoran tersebut. Datuk Wenguang bagi sepenuh kepercayaan pada Liang Gui, turunkan resepi tapi Liang Gui khianat, dia jual resepi kepada orang luar sebab nak bayar hutang berjudi.

Mak Wenguang pula ada salah faham dengan suami dia, terus tinggalkan Singapore dan bawa Wenguang ke US untuk berubat. Wenguang jadi benci bapa dia sendiri. Pada masa yang sama, keluarga Gary berhijrah ke Hong Kong. 

20 tahun kemudian Wenguang kembali ke Singapore dengan tujuan nak sama-sama urus restoran Yue Xiang Lou yang sekarang ni dijaga oleh bapa dan mak tiri dia. Wenguang dan bapa dia masing-masing dapat 50% share dalam restoran tu. Wenguang ni macam jerk, bapa sendiri pun tak kenal, baru datang je, buat perangai bossy, nak tukar itu ini, tak nak berbincang dengan bapa dia..

Wenguang dengan mak tiri dia
 

Restoran Yue Xiang Lou dah tak jual dimsum sebab takde chef yang dapat buat dimsum sedap macam dulu. Tapi Wenguang tetap juga nak kembalikan semula zaman kegemilangan restoran Yue Xiang Lou..kenangan dengan datuk dia..

Wenguang dengan kenangan dia masa kecik
 

Xiao-Na bekerja sebagai tukang urut tuina (urut kesihatan cina). Liang Gui ajar Xiao-Na cara-cara buat dimsum resepi Restoran Yue Xiang Lou. Liang Gui dah tak boleh masak sebab dia kaki botol. Deria rasa dia dah tak berfungsi. Liang Gui juga dihantui rasa bersalah pada datuk Wenguang yang dia panggil Master.

Gary juga kembali ke Singapore dan buka restoran Jepun. Mereka bertiga seringkali bertembung tapi tak kenal sesama mereka. 

Berjayakah Wenguang kembalikan kegemilangan restoran Yue Xiang Lou? Kena tengok drama ni..hehe..

Bila tengok drama ni baru tahu ada urut kesihatan cina tuina. Lamanya tak berurut badan. Riki-riki di internet, ada pusat urutan tuina di KL. Rasa macam nak try juga.. 

Sebab tengok drama nilah, teringin nak makan dim sum haritu...haha..pengaruh drama..

26 comments:

  1. Bukan takat makan dim sum, berhijrah sana sini, kembali ke singapura pun rasa nak ikut hehe. Food and travel memang syok..

    ReplyDelete
  2. SAma nohas, shida pn lama x berurut badan..rasa nak juga pegi manjakan badan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun bisnes spa dah start, takut jg nak pi urut badan...nantilah kan, tunggu reda..

      Delete
  3. Setahun lebih dah tak berurut.. Bestnya kalau dpt urut kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sejak pkp, takut gak nak pi urut..

      Delete
  4. Memang best kalau dpt urut badan..walaupun sakit ketika diurut tp kesannya mmg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. buang toksik dlm badan..jd segar je..hilang lenguh2 semua..

      Delete
  5. Hehe saya takmo diurut. Ada pengalaman tidak seronok.
    Teringin juga hendak makan dim sum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ya ke..best berurut ni..buang angin & toksik dlm badan..
      dim sum ni all time feveret..

      Delete
  6. Ala perasan dlm viu semua best2 tp hubby kata kena bayar huhu

    ReplyDelete
  7. hebat tema yg dipilih banyak kisah kait mengait

    ReplyDelete
    Replies
    1. best jg tgk business F&B..konflik keluarga..

      Delete
  8. Nampak lama cerita ini. Cakap pasal urut badan , saya tak pernah pergi berurut sebab tengok mcm sakit je urut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni tahun 2018 rasanya..tak habis nonton lg..kalau tukang urut tu pandai, tak brp sakit badan..

      Delete
  9. Replies
    1. belum habis menonton..tengok slow-slow..

      Delete
  10. drama singapore ke ingatkan chinese drama sebab ada satu drama tu guna tajuk yang sama juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. chinese drama tu rasanya tajuk dia 'here to heart'...

      Delete
  11. Tengok dari gambar macam cerita lama. Kisah kekeluargaan macam ni best tengok kadang. Kedai makan kalau tak diwarisi rasa rugi pulak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg gambar2 tu flashback..cerita zaman sekrg..itulah bapa dia nak jual, anak nak maintain..

      Delete
  12. oh dah pernah tenguk kat 8tv setiap hari sabtu dah ahad petang. Tahun bila tak ingat. Best citer dia, yang geram tu kat gary sebab bapa dia lah punca bapa xio - na jual resepi restoren atuk dia... persahabatan yang erat boleh terputus kerana cinta dan juga kerana jeles tapi ending dia pun bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ada siar di tv malaysia...belum habis menonton..tengok slow2..hehe..

      Delete
  13. Saya pula rasa macam nak makan dimsum lepasa baca entry ini.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nampak sedap je depa makan dimsum..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!