Sunday, 25 September 2022

Day 2 : Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu..

Hari kedua di Kota Bharu, tempat pertama dituju sudah tentulah Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak depan hotel je. Cari sarapan sambil cari apa yang menarik untuk dibawa pulang.

Pertama kali jejak kaki disini. Walaupun dah tiga kali ke KB, tak pernah sampai di sini.

suasana jalan depan hotel pukul 8.20 pagi
Menara jam tu landmark hotel ni
 
ada dua belangkas
 
disumbang oleh orang Jepun
 
Pasar Besar Siti Khadijah
 
Masjid Baro'ah di tepi Pasar Besar Siti Khadijah
 
burung merpati depan masjid
 
Jom masuk pasar. Sambil jalan-jalan cari makan, kita snap-snap gambo.
 
 

gambo wajib...tanda dah sampai di sini..

Umat manusia punyalah ramai, bersesak-seak di tingkat satu, tempat makan dan di bahagian jual barang-barang kering..ramai pelancong, yang sibuk snap-snap photo.
 
Gerai nasi campur, banyak lauk-pauk nya..
 
 
geram tengok udang dan sotong besaq
 
udang menggunung
 
Jalan-jalan cari tempat kosong. Nak try local food.
 
style makan depan gerai
 
Alhamdulillah, disini ada tempat kosong
setimbun taugeh & timun
 
gerai Rose Laksa...laksa Penang pun ada dijual
 
 
sarapan laksam..oklah rasanya..sedap..
peniaga ni cakap dia buat kuah masin, yang lain kuah manis
 
laksam dengan cili belacan, ada sebongkah belacan
ambik sikit je, takde lah tuang semangkuk tu..hehe..
 
minuman keluaran tempatan...tertarik dgn perisa Amerika Aiskrim Soda
almost setiap gerai ada jual air botol ni
 
Cuma kakak dan saya je yang makan. Mak nak beli nasi campur.
 
beli nasi di sini

Saya rasa tak sedap badan. Terus balik hotel. Kakak teman mak beli-belah, window shopping kedai kain dan pakaian.
 
keadaan trafik pada pukul 10.20 pagi, sesak..
 
 
Kakak dan mak pun balik hotel. Semua lepak dalam bilik hotel..hehe.
 
Kakak beli nasi tumpang untuk lunch.
 
 

ada lauk daging, ikan dan udang. Nasinya macam nasi impit.
 
 
Lepas makan tenghari dan solat, keluar semula, jalan-jalan..

Friday, 23 September 2022

Jalan-jalan ke Kota Bharu - Day 1

Assalamualaikum..

Hari Jumaat lepas, cuti sempena Hari Malaysia, kami terbang ke Kota Bharu, Kelantan. Cuti-cuti Malaysia selama 4 hari 3 malam.

Pertama kali naik kapal terbang sejak PKP tahun Mac 2020...huhu..flight petang pukul 5, dari KLIA2..

 
hai, lama tak bersua
 
tempat yang dirindui, tiberrr..

Sekarang ni semua DIY, cetak boarding pass dan luggage tag. Download app Air Asia dan scan kod QR di mesin khas yang ada banyak di sini. Kelam-kelibut juga, pertama kali guna. Dah settle cetak, beg drop pun kena buat sendiri.

sib baik ada petugas yang tunjuk ajar
 
 

gerak dulu, see you in KB
 
Dah settle bag-drop, jom masuk, first ambik gambo ni dulu..hehe..

 
lama tak tengok..kesiannya..haha..

Flight ke Kota Bharu lebih kurang 1jam. Cuaca ok, Alhamdulillah, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
 
 
Dah ambik beg semua, nak ambik grab ke hotel. Tetiba, hotel pulak takde dalam senarai grab. Kena pulak cari teksi. dah dekat pukul 7, kaunter teksi dah tutup. Kena cari sendiri teksi kat luar. Alhamdulillah, ada satu teksi, charge RM30 ke hotel.
 
Kami book hotel KB Street Boutique Hotel di Jalan Parit Dalam, depan pasar Siti Khadijah. Kat tengah-tengah bandar KB.
 
KB Street Boutique Hotel, bersebelahan dengan Kamdar
 
rumah kedai dijadikan hotel, takde lif ya
 
pintu masuk, hotelnya di tingkat satu
 
Jom tengok suasana dalam hotel
 
common lounge, tempat makan, ada mesin coway, peti ais
kopi, teh, gula, pinggan mangkuk, sudu garpu, cawan2
pintu no. 104 tu ialah bilik hotel kami
 
Hotel ni cuma provide light breakfast - kuih muih je, teh kopi kena bancuh sendiri
bagus juga, boleh breakfast makanan tempatan di pasar

kuih-muih untuk breakfast
 
Jom tengok bilik hotel pula. 
 
Kami book city view suite, triple room thru Agoda. Total RM518.40, lebih kurang RM172.80 per night, hari cuti mahal sikit. Ada satu queen bed & single bed, besar juga, Selesa. Ada disediakan sejadah, al-quran, shower cream & shampoo.

gambar bilik sebelum check out

ada TV, hairdryer, meja & kerusi
Ada disediakan seterika di satu ruang dekat common lounge
 
pemandangan dari bilik hotel di waktu malam
ada pasar malam di Jalan Parit Dalam
tapi mcam sendu sikit, gerai tak banyak


Malamnya hujan turun dengan lebatnya. Alhamduiillah, kami ada bawa bekal dari rumah untuk makan malam. Bekal spagetti bolognese, nasi putih dan sambal tumis ikan bilis. 
 
view hotel di waktu malam
 
Tapi turun juga, tengok-tengok apa yang dijual di pasar malam. Beli kuih pau, sotong mesin dan buah potong. Ada juga jual lokcing, tapi tak beli. Sotong mesin disini, yang saiz kecik harga RM5.00, murah dari tempat lain...tapi masinnya Subhanallah..tapi bila dicicah dengan sos, enak rasanya...nampaknya tak boleh dimakan begitu saja..

Sekian untuk hari pertama di Kota Bharu..

Tuesday, 20 September 2022

Jalan-jalan cari PE cantik

Hola...bertemu kembali..

jom jalan-jalan di sekitar KL, tengok PE cantik..

PE ni singkatan dari Pencawang Elektrik. Bila sebut pencawang rasa macam besor je, teringat menara pencawang dengan talian elektrik, yang tu PPU (pencawang pembahagi utama), yang ada bangunan besor tu PMU (pencawang masuk utama).

PE ni terjemahan kepada TNB substation..kotak elektrik kecik je yang selalu nampak ditepi jalan..Kat KL ni, kotak-kotak elektrik dicat dan dijadikan wadah lukisan/design..

Jom tengok yang menarik..

warna ungu @ Jalan Sri Amar
off Jalan Raja Laut
 
KL skyline @ Jalan Tun Razak/Jalan Ampang
 
corak batik & bunga kering @ Medan Tuanku

corak batik yang popular...entry lain tema yang sama Ku Lihat 'Batik & Songket'
 
till then, have a good day..