Hari kedua di Kota Bharu, tempat pertama dituju sudah tentulah Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak depan hotel je. Cari sarapan sambil cari apa yang menarik untuk dibawa pulang.
Pertama kali jejak kaki disini. Walaupun dah tiga kali ke KB, tak pernah sampai di sini.
suasana jalan depan hotel pukul 8.20 pagi
Menara jam tu landmark hotel ni
Jom masuk pasar. Sambil jalan-jalan cari makan, kita snap-snap gambo.
gambo wajib...tanda dah sampai di sini..
Umat manusia punyalah ramai, bersesak-seak di tingkat satu, tempat makan dan di bahagian jual barang-barang kering..ramai pelancong, yang sibuk snap-snap photo.
Gerai nasi campur, banyak lauk-pauk nya..
geram tengok udang dan sotong besaq
Jalan-jalan cari tempat kosong. Nak try local food.
setimbun taugeh & timun
peniaga ni cakap dia buat kuah masin, yang lain kuah manis
ambik sikit je, takde lah tuang semangkuk tu..hehe..
almost setiap gerai ada jual air botol ni
Cuma kakak dan saya je yang makan. Mak nak beli nasi campur.
Saya rasa tak sedap badan. Terus balik hotel. Kakak teman mak beli-belah, window shopping kedai kain dan pakaian.
Kakak dan mak pun balik hotel. Semua lepak dalam bilik hotel..hehe.
Kakak beli nasi tumpang untuk lunch.
Lepas makan tenghari dan solat, keluar semula, jalan-jalan..
Dah berapa kali ke KB, miss nak ke PSK ni sebab sesak. Suka makan mee celup kat situ dan kuih-muih tradisi Kelantan.
ReplyDeletehari cuti, weekend mmg sesak..nak cari tempat duduk pun susah...ada nampak mee celup perut, pelbagai jenis kuih tradisi..rambang mata..
DeleteTempat makan best, kat pasar ni. Macam-macam ada. Kueh pun banyak kat bawah tu. Naik atas, beli serunding, macam-macam jenis ada. Bestnya, duduk hotel dekat pasar. Senang, boleh jalan je.
ReplyDeletebetul, banyak pilhan makanan, nasi campur pun ada pepagi...ada 2-3 hotel yg dekat pasar, memang mudah nak gi pasar..
DeleteDah lama tak pergi pasar Siti Khadijah. Itu pun kali pertama
ReplyDeleteakk pun kali pertama pergi..
Deletesusah nak cari parkir dkt pasar siti khadijah tu jd sy pun jarang2 ke sana. Masa remaja dulu selalu la juga gi. Masa tu naik bas SKMK je.
ReplyDeletetengok ramai yg parking dkt rumah2 kedai, then jalan kaki ke pasar...yg depan pasar mmg sentiasa penuh parkir nya...stesen bas dekat..
DeleteSuka shopping makanan kat sini. Sedap-sedap dan rare, tak jumpa di KL
ReplyDeletebetul, banyak makanan & kuih-muih yg jarang jumpa di KL..
DeleteTempat wajib kan kesini kalau dtg klate. Rinduu nk mkn mihun sup atas tu. Tempat feberet boss kite
ReplyDeletetempat tumpuan pelancong, bersesak kt atas...ada nampak gerai sup perut, tapi x singgah..
Deletesibuk sangat nampak di situ pernah lalu saja
ReplyDeletehari minggu, sabtu & ahad, jalan sesak, dlm pasar pun sesak..
Deleteambo oghe kelate sendiri lamo dah tak gi pasar besar ni hehe..
ReplyDeletelagipun setiap daerah ada cawangan stelit pasar gini...lamo x make kuih nga laksam atas pasar hehe..
lebih mudah gi pasar yg dekat dgn umah...bila dtg KB, kita gi pasar ni..
DeleteLast ke PBK 4 tahun lepas. Dulu dah sesak..sekarang super sesak..redho jer la kak..
ReplyDeletemerancakkan ekonomi..hehe..tourists + local..
DeleteSesak trafiknya tu. Kalau bawa kereta mau susah cari parkir.
ReplyDeleteMewah taugeh kat laksam tu.
parkir banyak kat area rumah kedai...ramai pelanggan, tak putus2..
DeleteDah lama tak pegi ke Pasar Siti Khadijah ni. Byk betul perubahan.
ReplyDeletebaru pertama kali jejak kaki ke sini...
DeleteSA pernah pi sekali tapi masa tu remaja lagi...memang x masuk la..jiwa remaja kan..la ni rasa nak pi plak...nak explore...
ReplyDeleteorg2 muda jarang nak ronda2 pasar..hehe..mak2 yg ramai..
DeleteAlahai... rindunya nak pasar Siti Khadijah. Terakhir pergi bulan Disember 2019, terus meronda ke Hatyai. Yang seronoknya di Kelantan ni, pagi-pagi sudah makan nasi kerabu!
ReplyDeletenasi kerabu, nasi dagang, nasi putih dgn macam 2 jenis lauk ada pepagi...peniaga pepagi dah masak banyak..
Deletepasar siti khadijah mmg tmpt tumpuan kalo org dtg visit kelantan...mkn atas kedai tu mmg mcm2 pilihan..paling suka mee celup sup perut
ReplyDeleteada nampak kedai mee celup..tapi nak cari yg makanan tradisi kelantan...cari laksam, nasi kerabu...
Deletetu diaa.. udang tu.. mcm2 ada kat pasar sk
ReplyDeletegeram je tengok udang beso...sotong besar harga RM30 - 35 seekor..
Deletemenarik air tu. rasanya hanya jual di KB tak ada negeri lain.
ReplyDeletetak pernah nampak kat negeri2 lain...dikilang di kelantan..
DeleteTu dia.. udang dengan sotong dia.. meriah..
ReplyDeletebesar2..nak ambik pun seriau...kena tanya harga dulu...hehe..
Delete