Thursday, 5 January 2023

Drama Korea : Revenge of Others (2022)

 Annyeonghaseyo...review drama korea..Revenge of Others...

12 episod je..just nice..

Banyak betul drama Korea tentang kisah buli di sekolah, seronok benor deme buat drama kes buli. Tapi drama ni menarik, tightly-written plot, sukar nak teka siapakah penjahat yang tolak Park Won Seok dari tingkap bilik makmal. 

Drama mengisahkan heroine Ok Chang Mi, seorang pelajar di Busan datang ke Seoul mencari kembar dia, Park Won Seok yang tidak dengar khabar berita sejak kali terakhir mereka bersembang melalui video call. 

Chang Mi juga ialah ahli sukan menembak mewakili daerah dia. Bila mengetahui yang Park Won Seok dah mati terjatuh bangunan sekolah dan polis pula tutup kes sebagai kes bunuh diri, Chang Mi tak puas hati. Dia ambil keputusan untuk transfer ke sekolah Park Won Seok untuk menyiasat sendiri kes kematian Park Won Seok.

motor Soo Heon kena curi & pencuri jual ke ChangMi

Di Seoul, Chang Mi berselingkuh dengan hero, Ji Soo Heon, pelajar yang berdikari mencari duit hospital mak dia. Soo Heon pandai martial art, buat kerja part time di gymnasium dan bowling alley. Chang Mi banyak beri masalah kepada Soo Heon tapi Soo Heon mcm ada soft spot kat Chang Mi. Banyak kali Chang Mi kena buli di sekolah tapi Soo Heon tolong dia.

 Soo Heon suruh Chang Mi tinggal di rumah dia bila 
Chang Mi kena halau dari motel sebab kes bawah umur

Di episod² awal, Chang Mi dapat tahu Soo Heon juga sakit, ada tumor otak. Doktor pun tak professional langsung, ada ke cakap hal peribadi pesakit dekat kawasan awam (yelah nak dijadikan drama)..haha...

Bila Soo Heon dapat tahu sebab musabab Chang Mi pindah sekolah, mereka berdua menyiasat kes kematian kembar Chang Mi.

Muncul pula karakter dua pelajar ni, Gi O Sung dan Baek Jae Beom. Jae Beom baru sedar dari koma dan O Sung ialah kawan baik dia (anak ketua polis bhg CID). Geram je dengan O Sung, mentang-mentang le Jae Beom tu hilang ingatan, suka² hati je bagi misleading information...sampaikan Jae Beom ingat dia gay..haha..

Banyak karakter dalam drama ni, sebab tu drama ni moving, tak bosan. Dengan budak pompuan rambut putih, adik tiri O Sung yang minat kat Soo Heon. Kisah dua orang budak kena buli dan Soo Heon diupah untuk pukul budak yang membuli...gross sungguh cara dia bantai budak tu, sampai terkehel, tak boleh jalan. Banyak adegan ganas dalam drama ni..

tali kasut warna merah bahan bukti

Guessing game semua salah...haha..last² split personality menjadi punca....tapi ending macam tak real...tak kan lah satu sekolah dok cover hero...

Pertama kali tengok hero (Park Solomon) dan heroine (Shin Ye Eun) berlakon, not bad lah...cast yang lain pun pertama kali juga, kecuali bapak O Sung..

Recommended for viewing...bukanlah menyokong kes buli tapi ambil pengajaran..jangan biarkan kes buli berleluasa...fight for justice..

Wednesday, 4 January 2023

Biskut sudah, aiskrim pun sudah, try wafer pula..

yeayy..wafer brand Oreo....

 
sedap..

dikilang di Indonesia, lemak jenuh tu apa ya
lemak tepu kot..harga RM5.50..

wafer jenis ni pula, wafer roll inti coklat, ada juga inti vanila

ralit makan, know-know dah habis
harga RM4.50

dah pelbagai produk Oreo di pasaran

Pertama kali pergi GM Klang

Assalamualaikum, aktiviti di hari cuti isnin, 2.1.2023..

Berjalan ke rumah kakak di Kota Kemuning, nak ziarah anak saudara yang baru balik dari umrah. Dia pergi sorang, ikut group kawan-kawan mak dia. Alhamdulillah, dah tak batuk. Gi bulan 12,  musim sejuk di Mekah & Madinah..

gula-gula arab
 
Kakak saya belum balik dari sekolah, dia pi kemas bilik koperasi. Balik je, dia ajak pi GM Klang. Saya tak pernah gi tempat ni, GM chow kit pernah gi sekali. Short-cut ikut Jalan Kebun ke KESAS, takyah bayar tol.

besaqnya...terasa bagai di seberang..
pusat grosir, pak yawan sentro

GM Klang ialah tempat kedai borong macam Kenanga Wholesale. Memang ralit tengok barang-barang di sini...macam-macam ada...daripada pakaian, perhiasan diri, perhiasan rumah, makanan, alat elektrik, boleh kata semuanya..segala mak nenek..

kedai brooch
 
jalan lagi
 
rambang mato
 
tingkat bawah kedai makanan & restoran
 
hasil tangkapan
 
tak larat nak jalan, balik rumah, lepak mamak
 
tea time cum dinner kononnya lah
 
Sampai rumah pukul 9.00 malam. Pukul 12, perut berkeroncong, lapaq, tadi makan roti canai sekeping..
 
Buka peti ais,  Alhamdulilah, ada nasi dan ayam goreng sos korea masak semalam.. 
 
ayam goreng korea
 
guna sos Adabi
 
 
jadiklah, berkelentung-kelentang tengah-tengah malam buta,
goreng nasis top up dengan ayam..
 
Alhamdulillah, a very, very late dinner..