Salam semua..
Dapat idea buat entry ni masa baca entry 'Lima (5) Sebab Kenapa Anda Perlu Mengunjungi Muzium' di blog Sdr Fairus Mamat...
Selalunya kalau buat itinerary travel ke luar negara, jarang sangat masukkan lawatan ke muzium sebagai aktiviti utama. Melainkan muzium tu memang femes dan semua orang nak pergi melawat. Tapi bila belek-belek photo-photo travel, rupanya banyak juga muzium yang dilawati...hehe..
Jom tengok muzium apa yang pernah dilawati ketika travel di luar negara.
1) Palace Museum (Forbidden City) - Beijing, China
Tempat wajib pergi di Beijing. Tak lengkap lawatan ke Beijing tanpa singgah di Forbidden City. Istana penginapan & pentadbiran Dinasti Ming dan Qing, dari tahun 1402 hingga 1924.
Besar giler kawasan istana ni, 178 ekar, ada 980 bangunan. Aktiviti utama cuma jalan-jalan, tengok bangunan lama, sambil baca info.
Bangunan istana utama
terkenang Hang Tuah datang ke istana ni melawat maharaja Dinasti Ming

ukiran di dinding bangunan
Terpesona dengan Forbidden City ni, warnanya yang merah, megah meriah, istana kayu yang terbesar di dunia.
2) The Terracotta Warriors and Horses Museum - Xi'an, China
Tempat wajib pergi kalau berwisata ke Xi'an, China. Ada 3 bangunan muzium. Terracotta army ni ialah patung-patung askar yang ditempatkan di bangunan bawah tanah sebagai lambang 'immortality' Emperor Qin Shi Huang, maharaja pertama Dinasti Qin, dinasti pertama negara China.
deretan terracotta warriors
mengikut kajian, setiap terracotta army ni berbeza mimik muka, gaya rambut dan pakaian
Muzium yang menarik, ada juga memaparkan kerja-kerja mengorek, baik pulih, konservasi dan assemble patung-patung dan lain-lain penemuan.
3) Daming Palace Heritage Museum - Xi'an, China
Muzium yang memaparkan kegemilangan Dinasti Tang di Chang'an (nama lama untuk Xi'an). Kawasannya luas yakamat..termasuk sekali dengan kawasan Daming Palace Heritage Park...
Danfeng Gate (South Gate)
bangunan muzium
Interior muzium ni sangat cantik, dengan lampu berbentuk tanglung
dan pameran dalam kabinet kaca
perjumpaan pembesar-pembesar Dinasti Tang
Lain-lain muzium di Xi'an ialah muzium kecil di Masjid Besar Xi'an dan Gao Courtyard house di Muslim Quarters.
muzium kecil di Masjid Besar Xi'an
Itulah saja lawatan ke muzium di China, negara tua yang mempunyai sejarah beribu kurun lamanya..baru pergi 2 tempat..
Nanti kita sambung muzium di negara lain pula..