Sunday 12 February 2023

Melawat muzium di luar negara

Salam semua..

Dapat idea buat entry ni masa baca entry 'Lima (5) Sebab Kenapa Anda Perlu Mengunjungi Muzium' di blog Sdr Fairus Mamat...

Selalunya kalau buat itinerary travel ke luar negara, jarang sangat masukkan lawatan ke muzium sebagai aktiviti utama. Melainkan muzium tu memang femes dan semua orang nak pergi melawat. Tapi bila belek-belek photo-photo travel, rupanya banyak juga muzium yang dilawati...hehe..

Jom tengok muzium apa yang pernah dilawati ketika travel di luar negara. 

1) Palace Museum (Forbidden City) - Beijing, China

Tempat wajib pergi di Beijing. Tak lengkap lawatan ke Beijing tanpa singgah di Forbidden City. Istana penginapan & pentadbiran Dinasti Ming dan Qing, dari tahun 1402 hingga 1924.

Besar giler kawasan istana ni, 178 ekar, ada 980 bangunan. Aktiviti utama cuma jalan-jalan, tengok bangunan lama, sambil baca info.

Bangunan istana utama
terkenang Hang Tuah datang ke istana ni melawat maharaja Dinasti Ming

 

ukiran di dinding bangunan
 
Terpesona dengan Forbidden City ni, warnanya yang merah, megah meriah, istana kayu yang terbesar di dunia.
 
 
2) The Terracotta Warriors and Horses Museum - Xi'an, China
 
Tempat wajib pergi kalau berwisata ke Xi'an, China. Ada 3 bangunan muzium. Terracotta army ni ialah patung-patung askar yang ditempatkan di bangunan bawah tanah sebagai lambang 'immortality' Emperor Qin Shi Huang, maharaja pertama Dinasti Qin, dinasti pertama negara China.

deretan terracotta warriors
 
mengikut kajian, setiap terracotta army ni berbeza 
mimik muka, gaya rambut dan pakaian
 
pasu & bekas makanan
 
kerja-kerja mengorek

Muzium yang menarik, ada juga memaparkan kerja-kerja mengorek, baik pulih, konservasi dan assemble patung-patung dan lain-lain penemuan.
 
 
3) Daming Palace Heritage Museum - Xi'an, China

Muzium yang memaparkan kegemilangan Dinasti Tang di Chang'an (nama lama untuk Xi'an). Kawasannya luas yakamat..termasuk sekali dengan kawasan Daming Palace Heritage Park...

Danfeng Gate (South Gate)

bangunan muzium
 
kawasan miniature
 
Interior muzium ni sangat cantik, dengan lampu berbentuk tanglung
dan pameran dalam kabinet kaca
 
menarik sekali
 
pesentation yang kemas
 
 
perjumpaan pembesar-pembesar Dinasti Tang

 
Lain-lain muzium di Xi'an ialah muzium kecil di Masjid Besar Xi'an dan Gao Courtyard house di Muslim Quarters.
 
muzium kecil di Masjid Besar Xi'an
 
Gao Courtyard house
 

 
Itulah saja lawatan ke muzium di China, negara tua yang mempunyai sejarah beribu kurun lamanya..baru pergi 2 tempat..

Nanti kita sambung muzium di negara lain pula..

16 comments:

  1. Menarik sekali reka letak muzium di sana.

    ReplyDelete
  2. muzium ni tempat wajib pergi klu ke luar negara sbb boleh belajar mcm2 pasal budaya dan sejarah negara tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya nak elak gi muzium...tapi ada muzium yg best..

      Delete
  3. Teringat Tamadun Hwang Ho....

    ReplyDelete
  4. SA pun ada gambar2 melawat muzium di beberapa tempat di luar negara...nak cari balik gambar tu yang seksa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau up entry best tu...baca pengalaman traveler lain..

      Delete
  5. muzium mmg patut dilawati kan segalanya tentang sejarah tersimpan di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...kekdg malas lak nak baca2...hihi..

      Delete
  6. Saya teringin nak tengok depan mata Terracotta army tu, belum berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada perancangan InshaaAllah, jadi...China dah buka border...

      Delete
  7. Dah lama teringin nak pi Xian belum ada rezeki lagi. Insya Allah mudahan ada rezeki pi sana. Menarik askar Terrakota tu

    ReplyDelete
  8. Saya minat juga melawat muzium cuma kadang-kadang tidak ambil gambar sebab polisk atau malas. Ya kadang-kadang asyik baca info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, dlm muzium ralit baca info...ambik gambar ni utk kenangan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!