Wednesday, 21 June 2023

Muncul pula haiwan ni...

 Masa tengah driving di DUKE, tetiba nampak ada haiwan kecil di cermin kereta..

suspens betul, nak kata cicak, takde rupa cicak

 ke species cicak yang tak pernah jumpa

ada corak-corak di badannya 
(sambil drive, sambil jeling-jeling, sambil snap)
 
menjeling-menjeling..ku menjeling..
geli geleman juga..

adoii..dia buat akrobatik pulak

 apalah nasib binatang ni, ku tak tahu, tetiba hilang je

sib baik bukan ular macam dalam video yg viral tu..ahaks!

Tuesday, 20 June 2023

Sate Padang @ Takana Juo

Haritu tengok tik-fok, depa makan sate padang di Kampung Baru. Sebelum tu, baca entry Ujie makan sate padang di Medan. teringin pulak..so kita pun riki-riki kat google map. Rupanya banyak kedai jual sate padang di kawasan Kampung Baru.

Pilih yang dekat pasar Chow Kit, di Jalan Raja Alang. Nama gerainya Takana Juo.  Popular nama Takana Juo ni..Sate padang juga dikenali dengan nama Sate Minang.

Berjualan guna gerobak kayu
 
hari biasa ada sate daging, ayam dan perut
weekend ada tambahan sate kambing
 
 tokey tengah bakar sate

sate! sate!
 
 Order 10 cucuk sate campur, 3 perut, 4 ayam, 3 daging dan 1 nasi impit. Sate perut jenis perut tembusu, bukan perut yang putih macam tuala (babat)
Boleh pilih nak kuah padang atau kuah kacang, boleh campur juga
 
dah nak makan sate padang, kenalah pilih kuahnya yang asli
sate padang asli, dibubuh bawang goreng atasnya
 
kuahnya diperbuat daripada tepung, ada rasa pedas
boleh tahan juga pedasnya
saiz dagingnya sedang-sedang saja
 
oklah rasanya
 
Harga semua RM11.00, maknanya RM1.00 satu cucuk, nasi impit RM1.00
 
nanti kita try sate padang di kedai yang lain pula, InsyaaAllah

Monday, 19 June 2023

Lain rasanya pergi Supermarket T20..

Hari Ahad lepas, teman ke Bangsar Shopping Centre (BSC). Sepanjang duduk di KL ni, adalah sekali kot jejak kaki di sini...not my playground, shopping complex golongan T20, golongan kayangan..


Teman ke sini sebab ada appointment untuk facial, katanya teman dapat free voucher. Tapi biasalah, ada udang disebalik batu. Bila dah sampai sana, scan kulit muka, staff tu mulalah suggest itu ini. Tengok harga, paling murah facial disini ialah RM500 (ini yang percuma tu)..huhu. Dah dengar cadangan semua, teman pun setujulah top-up RM100 untuk ambil facial yang lain. Bolehlah, still affordable..cukuplah sekali..

restoran di main entrance

Dah habis buat facial, kita ronda-ronda. Kedai-kedai di sini lain macam, jarang jumpa di shopping complex yang lain. Adalah 2-3 yang pernah nampak seperti restoran Dome, MPH, Chef Wan & Godiva. Sampai di supermarket BSC Fine Foods.

Di ruang legar depan supermarket ni ada booth jualan, kita tengok-tengok je...

booth coklat Royce, jenama dari Jepun
dan Castania, butik kekacang 

booth Tlur, tropical caviar

booth bakery Kenny Hill's Bakers
 
booth Baaji's jual kurma premium, baklava & coklat 
cantik-cantik bekasnya
 
Ok, jom kita ronda-ronda tengok barang bahagian dalam pula. Supermarket ni nampak kemas dan teratur. Setiap section, dilabel dengan tulisan besar.
 
pelbagai jenis keju
 
keju-keju
 
 Yang best pergi supermarket elit ni, akan jumpa pelbagai jenama barang-barang
mungkin sebab pelanggan mereka mostly expatriate, foreigner, barang-barang pun lain macam, pelbagai jenis jenama teh, rambang mata nak pilih

pelbagai jenis teh
 
teh lagi
 
kerepek tempeh pun lawa je

makanan kesihatan ..moringa, turmeric powder
 

buah nenas tersusun kemas kat atas tu
 
bersambung dengan bahagian bakery & cafe

ramai yang lepak-lepak di cafe

roti & buns

cookies in jars
dibelakang tu ada kek cempedak

St Michel French Madeleines
Made in France katanya
Pure butter, 100% CRC Certified French Wheat
Cage-Free Eggs, Halal Certified


 Tempting tengok buns, kita pun pilih-pilih for late breakfast
 
 
Banquet D'or Apple, Sardine Puff, Madeleine Citrus
Hazelnut Latte - total RM33.10
sedap semuanya

Sekali-sekala bolehlah, hanging out di retail mall di kawasan elit
till then, stay healthy!