Hari Ahad lepas, teman ke Bangsar Shopping Centre (BSC). Sepanjang duduk di KL ni, adalah sekali kot jejak kaki di sini...not my playground, shopping complex golongan T20, golongan kayangan..
Teman ke sini sebab ada appointment untuk facial, katanya teman dapat free voucher. Tapi biasalah, ada udang disebalik batu. Bila dah sampai sana, scan kulit muka, staff tu mulalah suggest itu ini. Tengok harga, paling murah facial disini ialah RM500 (ini yang percuma tu)..huhu. Dah dengar cadangan semua, teman pun setujulah top-up RM100 untuk ambil facial yang lain. Bolehlah, still affordable..cukuplah sekali..
restoran di main entrance
Dah habis buat facial, kita ronda-ronda. Kedai-kedai di sini lain macam, jarang jumpa di shopping complex yang lain. Adalah 2-3 yang pernah nampak seperti restoran Dome, MPH, Chef Wan & Godiva. Sampai di supermarket BSC Fine Foods.
Di ruang legar depan supermarket ni ada booth jualan, kita tengok-tengok je...
booth coklat Royce, jenama dari Jepun
dan Castania, butik kekacang
booth Tlur, tropical caviar
booth bakery Kenny Hill's Bakers
booth Baaji's jual kurma premium, baklava & coklat cantik-cantik bekasnya
Ok, jom kita ronda-ronda tengok barang bahagian dalam pula. Supermarket ni nampak kemas dan teratur. Setiap section, dilabel dengan tulisan besar.
pelbagai jenis keju
keju-keju
Yang best pergi supermarket elit ni, akan jumpa pelbagai jenama barang-barang
mungkin sebab pelanggan mereka mostly expatriate, foreigner, barang-barang pun lain macam, pelbagai jenis jenama teh, rambang mata nak pilih
kerepek tempeh pun lawa je
makanan kesihatan ..moringa, turmeric powder
buah nenas tersusun kemas kat atas tu
bersambung dengan bahagian bakery & cafe
ramai yang lepak-lepak di cafe
roti & buns
cookies in jars dibelakang tu ada kek cempedak
St Michel French Madeleines
Made in France katanya
Pure butter, 100% CRC Certified French Wheat
Cage-Free Eggs, Halal Certified
Tempting tengok buns, kita pun pilih-pilih for late breakfast
Banquet D'or Apple, Sardine Puff, Madeleine Citrus
Hazelnut Latte - total RM33.10
sedap semuanya
Sekali-sekala bolehlah, hanging out di retail mall di kawasan elit
till then, stay healthy!
BSC memang tempat golongan expat membeli-belah. Golongan T20 Malaysia pun jarang2 masuk situ hehe. Sekali-sekala cuci mata bolehla..
ReplyDeleteramai jg malaysian kat sini, penuh jugalah restoran Dome & Robertson..
DeleteAdusssss!
ReplyDeleteFacial paling murah pun RM500. Memang level kayangan langit ke tujuh ni hihihiii.
guna produk organic dari Australia..buka kedai di kwsn elit mcm ni bolehlah survive...
Deletehhahahha masuk BSC bila ada bos banjer je hahaha.. klu x, memang x jejak.. becinta nak masuk area bangsar tu :D
ReplyDeleteoo..best lah bos blanjer...kalau dari Sentul, ok je, ikut Damansara...
DeleteHehe beli rotipun harga boleh tahan.
ReplyDeleteYa seronok sekali-sekala cuci mata.
sesekali pergi...lepas ni boleh lepak kat MPH..
DeleteSekali-sekala masuk, apa salahnya. Seronok tengok barang² yang tak ada di supermarket biasa.
ReplyDeletejamu mata...mana yg berkenan, yg mampu milik bolehlah beli...buat raso-raso..
Deletepaling suka cookies dalam jar...juga varian keju mbul kak nohas...kayaknya macam macam rasa ada di sana...senang tengok supermarket pas ada waktu santai
ReplyDeletesoft cookies dalam jars nampak yummy....supermarket ni memang asyik sekali..
DeleteMakcik punye topup rm100 pon xleh cover byr sewa kedai facial tuuhh 😅😅
ReplyDeletekita pelanggan random je, depa dah ada list pelanggan tetap...
DeleteKalau hari Sabtu, mungkin terserempaklah kita Nohas. Padahal tak kenal muka pun 😄
ReplyDeleteSaya pun haritu pertama kali ke BSC. Semuanya woww, termasuk suraunya.
Sempat gak shopping buah dan sayuran di pasaraya untuk bawak balik rumah PP.
oo..ya ke..tak check pula suraunya...nantilah jalan-jalan ke sini lagi...hehe..
DeleteSy lg lah x pernah ke sini... hehehe.... mahal jugak tu facial termurah rm500
ReplyDeleteterkejut jg tengok harga facial kat sini...tapi produk dia ok..
Deletearea bangsar mmg kawasan kayangan...lama tk ke BSC...oh dh ada cafe chef wan juga sini
ReplyDeletebaru jg cawangan chef wan di sini..
DeleteSt Michel French Madeleines tu sedap. saya suka
ReplyDeletesedap, lembut je..
DeleteSaya tergodatengok aneka pilihan teh tu.. Pergh!! Macam-macam..
ReplyDeleterambang mata...macam2 brand...yg tak pernah jumpa pun ada..
Delete