Monday, 30 October 2023

Turkiye 2023 | Karakoy Balik Pazari-Galata Bridge-Eminonu Meydani

Merhaba..sambung kembali trip ke Turkiye..

Hari kedua - Selasa 10.10.2023

Selepas sarapan di hotel, berjalan ke stesen tram Sirkeci, nak ke stesen Karakoy di seberang Galata Bridge.

stesen tram Sirkeci, naik tram arah Kabatas
 
tram ke Karakoy
 
tram lalu diatas Galata Bridge
Jambatan diantara Selat Bosphorus dan Golden Horn
 
dah sampai di stesen Karakoy
 
Tujuan utama ke sini ialah nak cari kebab ikan yang paling sedap di Istanbul..haha..ni semua pengaruh youtuber 'RARE TV'. Jom kita cari, lokasinya depan Karakoy balik pazari (pasar ikan). 'Balik' dalam bahasa Turki ialah 'ikan'.
 
penjual simit ada dimana-mana
simit ialah makanan kebangsaan negara Turkiye
 

Lintas jalan, corner kiri..dah jumpa Karakoy balik pazari...banyak burung-burung camar berterbangan..
 
burung camar berterbangan di jeti Karakoy
 
burung-burung camar berterbangan
 
tak tau species apa
 
senarai nama ikan - yang tahu cuma hamsi dan somon
kedai seafood ni disebelah pasar ikan
 

Yang dicari tak jumpa. Peniaga kebab ikan tu rupanya berniaga diwaktu petang.

view Golden Horn from Karakoy
 
Hasrat tak kesampaian, jomlah bergerak balik, melihat pemancing-pemancing ikan di Galata Bridge. 
 
Galata Bridge. Jambatan ni 2-tingkat.
Dibahagian bawah ada restoran-restoran seafood
 
banyak juga ikan 
 
 
hasil pancingan
 
pemandangan di Golden Horn
 
ramai pemancing
 
view kawasan Karakoy dan Galata
 
restoran seafood di tingkat bawah Galata Bridge
 
bot menjual kebab ikan (balik ekmek) di Eminonu

Eminonu Meydani
 
Bergerak turun ke Eminonu Meydani, kelihatan banyak gerai-gerai menjual kebab ikan 'balik ekmek'. Kebab ikan yang guna roti (ekmek).


gerai-gerai 'balik ekmek'
 
Yang legend di Eminonu ialah balik ekmek dan minuman air jeruk (tursucu)
 
gerai menjual minuman air jeruk
 
jalan-jalan terjumpa outlet jual tiket Bosphorus cruise. Terus decide nak gi cruise. Cruise selama 1.5 jam.
 
harga tiket cruise 150 TL (RM26)
cruise start pukul 11.00 pagi
 
bot tradisional jual balik ekmek
masjid dibelakang ialah Yeni Camii
 
- bersambung -

Saturday, 28 October 2023

Martabak Manis Tetangga Kita

Break sebentar dari cerita trip Turkiye...

kita layan aktiviti makan-makan martabak manis Tetangga Kita...kalau di Malaysia dipanggil apam balik...

 

Pertama kali dengar murtabak ni dalam blog Ako..Ret ada beli. Mulanya pelik juga namanya, rupanya produk dari negara seberang..

Terjumpa outlet ni semasa jalan-jalan di Hartamas Shopping Centre, jom kita try..


 Ada yang manis, ada inti savoury juga. Ada nipis, ada tebal

Ada inti Ramly burger


flavour baru - ada inti takoyaki juga


order martabak Skippy Peanut Butter dan Jam, jenis tebal, harga RM22

tambah service tax jadi RM23.30

baru keluar dari acuan

dah siap

begini hasilnya

bolehlah, sedap juga

lebih ringan daripada apam balik 
dan lebih bersarang, lebih berrongga-rongga

 cukuplah sekali beli, nak merasa..

Friday, 27 October 2023

Turkiye 2023 | Baklava dan Lokum (Turkish Delight)

Merhaba....

Negara Turkiye memang terkenal dengan manisan baklava dan lokum (Turkish Delight)..

Semasa jalan-jalan dari hotel ke Hocapasa dan Eminonu, lalu depan banyak kedai yang menjual baklava, lokum dan manisan-manisan lain seperti tatlici, katmer...  

Suka tengok depa susun manisan-manisan ni, cantik, berwarna-warni..a feast to the eyes..macam-macam design.. 

Jom jamu mato...

 Tatlici di kedai Safa

 ada juga diabetik lokum

Yang ni dekat Hafez Mustafa 

Yang ni kedai on the way ke hotel dari Eminonu

baklava di MADO, kedai dibawah hotel

 


meleleh ailio tengok manisan-manisan semua..

sentiasa ramai orang di kedai-kedai manisan ni