Merhaba..sambung kembali trip ke Turkiye..
Hari kedua - Selasa 10.10.2023
Selepas sarapan di hotel, berjalan ke stesen tram Sirkeci, nak ke stesen Karakoy di seberang Galata Bridge.
stesen tram Sirkeci, naik tram arah Kabatas
Jambatan diantara Selat Bosphorus dan Golden Horn
Tujuan utama ke sini ialah nak cari kebab ikan yang paling sedap di Istanbul..haha..ni semua pengaruh youtuber 'RARE TV'. Jom kita cari, lokasinya depan Karakoy balik pazari (pasar ikan). 'Balik' dalam bahasa Turki ialah 'ikan'.
Lintas jalan, corner kiri..dah jumpa Karakoy balik pazari...banyak burung-burung camar berterbangan..
burung camar berterbangan di jeti Karakoy
kedai seafood ni disebelah pasar ikan
Yang dicari tak jumpa. Peniaga kebab ikan tu rupanya berniaga diwaktu petang.
view Golden Horn from Karakoy
Hasrat tak kesampaian, jomlah bergerak balik, melihat pemancing-pemancing ikan di Galata Bridge.
Dibahagian bawah ada restoran-restoran seafood
hasil pancingan
ramai pemancing
Bergerak turun ke Eminonu Meydani, kelihatan banyak gerai-gerai menjual kebab ikan 'balik ekmek'. Kebab ikan yang guna roti (ekmek).
Yang legend di Eminonu ialah balik ekmek dan minuman air jeruk (tursucu)
gerai menjual minuman air jeruk
jalan-jalan terjumpa outlet jual tiket Bosphorus cruise. Terus decide nak gi cruise. Cruise selama 1.5 jam.
cruise start pukul 11.00 pagi
masjid dibelakang ialah Yeni Camii
- bersambung -
Tak try mancing ke.. Ikan kalau dijual sebelah kawasan air mcm ni mesti fresh2 kan.. Kene sewa rumah yg boleh masak la utk makan puas2 seafood kat sana..
ReplyDeletetak try pun...hehe...ikan-ikan nampak fresh...betul, kalau boleh masak2 boleh beli seafood kat sini...
DeleteOh okay roti simit... setiap negara pasti ada roti traditional mereka.. Kan.. Mcm mana rasa nya?
ReplyDeleteWalau ramai org ..burung camar.. Dan ramai org berniaga.. Tapi nampak keadaan persekitran bersih sgt2..:D
roti simit tu rasa tawar...adalah sikit rasa lemak2 bijan..kalau di kwsn tourist, depa jual yang ada inti nutella atau cheese...di tempat local, byk yg jual original simit...
Deleteroti simit erk..rasanya macam mana...cantik pemandangan laut dan langit membiru..
ReplyDeleteroti simit ori rasa tawar...ada yg inti nutella atau cheese...
DeleteCantiknya negara orang. Dalam tram dia luas. Kalau sana banyak burung camar berterbangan, kat tempat kita, banyak gagak. Hehe.... seronok pakcik tu dapat banyak ikan, boleh buat lauk. Jambatan pun ada 2 tingkat. Macam best je, banyak tempat makan.
ReplyDeletecamar berterbangan di tepi laut...ramai pemancing yg dpt byk ikan...byk kedai seafood kt tingkat bwh jambatan...
Deletenampak bersih dan meriah. di jamtana bo;eh memancing seronok pula nampak suasana tu
ReplyDeletebetul, meriah di kedua-dua belah jambatan, ramai yg memancing..
Delete