Tuesday, 28 November 2023

Beriadah di Taman Metropolitan Batu

Assalamualaikum..

Hari Ahad baru ni kawan ajak beriadah di Taman Metropolitan Batu dekat Batu Muda. Selama duduk KL, tak pernah jejak taman rekreasi ni...best rupanya...hujan pada Sabtu malam, Alhamdulillah, pagi Ahadnya suasana sangat segar..

pepohon hijau
 
indah sungguh panorama
 
 dahan dan dedaunan
 
the don'ts

pejabat kecil jabatan landskap & taman DBKL
teringat kdrama 'Destined With You', heroine bekerja
di jabatan landskap & taman city council
 
kumpulan taichi qiqong
 
 
tasik dia kecil je, tapi nice
 
takleh memancing
 
Naik ke atas, ke kawasan pentas, ooo..ada yang buat program solidariti untuk Palestin...bagusnya..
 
deklamasi sajak...terharu dengar sajaknya..
 
bagus adik ni..pimpin baca doa 'Qunut Nazilah'
 
Kemudian ada cop tangan, tanda solidariti
 
 
ramai yang join
 
yeayy...dah penuh
 
edaran buah tembikai potong
 
Palestine will be free, we will not go down

 
Doa berterusan untuk saudara-saudara kita di Palestin..
 

Monday, 27 November 2023

Turkiye 2023 | Nizam Pide - Tünel

Merhaba..entry terakhir untuk hari Ahad, 15.10.23..

Selepas tapau kebab di Nevizade, berjalan pula ke kedai Nizam Pide, tak jauh dari Nevizade. Nak light dinner di sini..

Sebelum ke Turkiye, anak saudara habis khatam episod Istanbul youtuber RARE TV. Depa makan di Nizam Pide, so dia pun nak juga coba makanan di sini..katanya sedap..

Katanya nak makan pide, tetiba order piza pula.
Nampak ada sutlac (rice pudding). Semua nak makan sutlac
 
sutlac..sedap, tak manis sangat, disini harga 40TL je
murahlah dari di Cappadocia yang harga sampai 100TL
 
sutlac with sprite botol kaca
 
menunggu lama untuk piza, habis dah makan sutlac
 
oklah, sedap juga pizanya
 
Dah habis makan, berjalan semula ke Istiklal Street.
 
Karadeniz Pide Salonu, kedai depan Nizam Pide
 
besar betul roti kat bawah tu
 
hit the road again
 
suka pula tengok classic tram ni

ada kedai Watsons
 
tram berhenti di stesen Tunel
 
Untuk ambil tram di stesen Karakoy, kena naik furnicular F2 di stesen Tunel.
Furnicular F2 ialah underground yang kedua tertua di dunia selepas London Underground..nampak klasik stesen nya. Furnicular ni dibuka pada Januari 1875
 
stesen furnicular F2 dibawah bangunan ni
 
dalam stesen furnicular F2
 
Jika furnicular F1, kita naik bukit, kali ni kita turun bukit pula.
Dari Beyoglu ke Karakoy
 
nampak senget dah
 
sejarah furnicular F2 
 
furnicular F2
 
stesen Tunel di Karakoy

Dari stesen Tunel, ada laluan bawah tanah ke stesen tram Karakoy. Sampai di stesen Karakoy, kaki dah rasa lembik, ntah berapa kilo berjalan hari ini..
 
Tram ke Sultanahmet padat dan sendat dengan penumpang. Alhamdulillah, dapat juga masuk tram dan selamat sampai dihotel..

suasana depan hotel
 
 Tengok kedai kebab sebelah hotel meriah dengan customer
  
ada makcik buat roti secara live

mouth-watering kebabs

 
Sampai di hotel, makan kebab yang tapau dari Nevizade
solat and then zzzz

Sunday, 26 November 2023

Turkiye 2023 | Istiklal Caddesi - Nevizade Sokak

 Sambung jalan-jalan, menyusuri Istiklal Street..
 
Tetiba kedengaran bunyi loceng, rupanya tram ni nak lalu

vintage red tram
trademark Istiklal Street
 
melihat-lihat bangunan lama, arkiteksur Neo-classical, early Turkish
 
 
 Mencari lorong-lorong (passage) yang ada disini, nak ambik gambar je

Avrupa Pasaji
 
Tiba di Cicek Pasaji, yang ni target utama datang sini..
 
 
Semua dah jadi restoran dalam ni, penuh dengan kerusi meja kiri kanan
tinggal lorong kecik je untuk jalan..walaupun ramai customer..
tak peduli..snap je photo..
 
shot idamanku
 
 Çiçek Pasaji (Turkish: Flower Passage), originally called the Cité de Péra, is a famous historic passage (galleria or arcade) on İstiklal Avenue. A covered arcade with rows of historic cafes, winehouses and restaurants, it connects İstiklal Avenue with Sahne Street and has a side entrance opening onto the Balık Pazarı (Fish Market). Following the Russian Revolution of 1917, a number of impoverished noble Russian women, including a baroness, opened flower shops here.  By the 1940s the building was mostly occupied by flower shops, hence the present Turkish name Çiçek Pasajı (Flower Passage)
 
 
 neo-classical arkiteksur
 
Keluar ikut pintu tepi ke Balik Pazari (Fish Market) di Nevizade Sokak (lorong). Tetiba ada pasar ikan kat tengah-tengah bandar
tapi yang ni kat area belakang-belakang dari Istiklal Street
 
banyak kedai menjual ikan, boleh beli ikan, 
then suruh depa masak, ada banyak restoran juga disini
 
jalan-jalan di lorong ni pula, nak cari kedai Nizam Pide, pengaruh youtuber 'RARETV'..anak saudara le ni..nak makan pide 
 
Selain ikan, ada juga jual buah-buahan dan sayur-sayuran
 
beli buah mulberry di sini
 
buah tin fresh

 Singgah di kedai ni, Nevizade Kokorec & Midye Tava
 
 
nampak sedap kebab disini, nampak fresh, penjual tu bagi rasa ikan kecik ni
 
ikan kecik salut tepung ni namanya hamsi
ada musim, bulan Oktober dia ada
 
midye dolma, yang ni dah pernah makan
midye tava ialah snek isi kepah, dicucuk macam sate
 
isi ikan untuk kebab ikan
kebab ikan ada 2 jenis - balik ekmek dan durum balik
balik ekmek guna roti tebal, drum balik ialah wrap ikan
guna roti nipis yang macam orang tu pegang
 
kami order 2 durum balik dan 1 durum hamsi
sedapp giler kome..kena try dua-dua ni kalau gi Turkiye...
teringat-ingat sampai sekarang...
 
Oklah, sambung next entry ya, dah panjang ni..