Monday 27 November 2023

Turkiye 2023 | Nizam Pide - Tünel

Merhaba..entry terakhir untuk hari Ahad, 15.10.23..

Selepas tapau kebab di Nevizade, berjalan pula ke kedai Nizam Pide, tak jauh dari Nevizade. Nak light dinner di sini..

Sebelum ke Turkiye, anak saudara habis khatam episod Istanbul youtuber RARE TV. Depa makan di Nizam Pide, so dia pun nak juga coba makanan di sini..katanya sedap..

Katanya nak makan pide, tetiba order piza pula.
Nampak ada sutlac (rice pudding). Semua nak makan sutlac
 
sutlac..sedap, tak manis sangat, disini harga 40TL je
murahlah dari di Cappadocia yang harga sampai 100TL
 
sutlac with sprite botol kaca
 
menunggu lama untuk piza, habis dah makan sutlac
 
oklah, sedap juga pizanya
 
Dah habis makan, berjalan semula ke Istiklal Street.
 
Karadeniz Pide Salonu, kedai depan Nizam Pide
 
besar betul roti kat bawah tu
 
hit the road again
 
suka pula tengok classic tram ni

ada kedai Watsons
 
tram berhenti di stesen Tunel
 
Untuk ambil tram di stesen Karakoy, kena naik furnicular F2 di stesen Tunel.
Furnicular F2 ialah underground yang kedua tertua di dunia selepas London Underground..nampak klasik stesen nya. Furnicular ni dibuka pada Januari 1875
 
stesen furnicular F2 dibawah bangunan ni
 
dalam stesen furnicular F2
 
Jika furnicular F1, kita naik bukit, kali ni kita turun bukit pula.
Dari Beyoglu ke Karakoy
 
nampak senget dah
 
sejarah furnicular F2 
 
furnicular F2
 
stesen Tunel di Karakoy

Dari stesen Tunel, ada laluan bawah tanah ke stesen tram Karakoy. Sampai di stesen Karakoy, kaki dah rasa lembik, ntah berapa kilo berjalan hari ini..
 
Tram ke Sultanahmet padat dan sendat dengan penumpang. Alhamdulillah, dapat juga masuk tram dan selamat sampai dihotel..

suasana depan hotel
 
 Tengok kedai kebab sebelah hotel meriah dengan customer
  
ada makcik buat roti secara live

mouth-watering kebabs

 
Sampai di hotel, makan kebab yang tapau dari Nevizade
solat and then zzzz

14 comments:

  1. unik nampaknya rice pudding tu..skali tgk mcm egg tart

    ReplyDelete
    Replies
    1. Egg tart ada shell, sedap & rangup...rice pudding xde..lmbut sgt texture nya..

      Delete
  2. Banyak jalan kaki yea kak...kalau naik teksi banyak pulak belanjanya yea dak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt sini jln jem sana-sini, tgh city pula car free..masa baru sampai dah kena jln jauh heret beg, sbb jln tutup..huhu..

      Delete
  3. Jalan-jalan kaki baharulah puas ronda cuci mata kan...
    Lain spelling KebaP mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, boleh tgk byk benda..mereka guna huruf 'p'..

      Delete
  4. Cantik tgk classic train dgn bangunan kat sana.. Unik ada seni tersendiri.. Sutlac tu puding nasi ke.. Nampak sedap sgt.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senibina campur²...betul, puding nasi tapi x terasa nasi..byk buh susu..

      Delete
  5. Bila cuaca sejuk nak berjalan berkilo2meter pun tak rasa penat sangat. Sedap nampaknya kebap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kurang rasa letih tapi kaki yg x kuat..betul, sedap kebab kt sini..

      Delete
  6. Bagus ni mesti banyak kilo turun ni sebab banyak berjalan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari² berjln berkilo²..terasa slim sikit..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!