Ahad, 27 Oktober 2024..
Hari baru, hari terakhir di Kunming, China. Sepatutnya hari ni kami ke Shilin Stone Forest. Tiket keretapi pergi-balik dah dibeli tapi sebelum tidur semalam, rasa malas pula nak pergi bersesak-sesak di hari minggu..so, cancel itinerary ke Shilin, hari ni aktiviti cuma jalan-jalan di dalam bandar sahaja..
Shilin Stone Forest merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Kunming. Lokasinya 90km ke selatan Kunming city...
Shilin Stone Forest (source: wikipedia)
Sebelum keluar, prepare breakfast,
makan roti dengan canned tuna..Alhamdulillah..
Keluar dari hotel, melintas jalan, berjalan ke arah Nancheng Lu
mesti kenal artis lelaki tu kan...hehe..
Masuk Nancheng Lu ni sebab nak pi satu masjid disini
dari luar memang takde tanda2 macam masjid, tawakal je masuk
dalam map, nama masjid ni ialah Masjid Yixigong
bila nak keluar, ternampak seorang wanita Muslim
yang tengah duduk berniaga
Berdiri di simpang jalan, panggil Didi, nak pergi ke satu lagi masjid dan
kawasan dataran yang ada Jinma Biji Archway
Masjid yang hendak dituju bernama Masjid Yongning
Dah selesai snap2 gambar masjid, melintas jalan besar
menuju ke satu dataran yang luas
Jinma Biji Square yang ada dua archway (gerbang)
Masjid Yongning - view dari dataran
Jinma Biji Square ialah central area of Kunming City. Disini ada dua gerbang -
Golden Horse & Jade Rooster Archway
juga dikenali sebagai Jinma Biji Archway
Built in China’s Ming Dynasty, it has history of more than 400 years.
Right on the central axis of old Kunming city, it is located in the
center of downtown Kunming.
Disebelah timur, ada Golden Horse Archway
Mengikut riwayat, Jinma dan Biji itu ialah nama dua gunung yang terletak di Kunming. Ada satu lagi archway - Zhong-ai Archway yang terletak di utara. Ketiga-tiga archway ni membentuk triangular shape.
Nak mencari lokasi Zhong-ai Archway, kami pun berjalan mengikut arah ini. Masa ni tak tahu lagi orientation..utara-selatan..
ikut lorong ini..rupanya menuju ke arah selatan
sabun daripada bunga dan dedaunan
Singgah kedai jual sabun ni. Beli sabun buat souvenir
peniaga tu pandai mengayat, bagi diskaun, bagi free gift
daripada nak beli sabun je, terbeli teh bulat2, kopi 3-in-1
Teh yang dibeli, dapat harga 100yuan..
sedap tehnya...
Oklah, cukuplah sudah membeli..masa untuk bergerak..tanya kat peniaga tu..kat mana ''Zhong-ai fang"..dia tunjuk ke arah dua archway tu
dan suruh jalan ke depan lagi..ooo..maknanya..belah sana arah utara
kami pun berpatah balik ke arah dua archway..ada banyak gerai belah sini..
gula keras pelbagai bentuk
Melintas jalan besar ni. berjalan menuju ke utara, mencari Zhong-ai Archway
Gate of Loyalty and Love - an attribute to Saiyid Ajall Shams Al-Din Umar
a famous Muslim politician @ gabenor pertama Yunnan District
bersambung...