Salam semua...
1 Julai haritu, adik yang duduk Alor Setar, turun KL, ada reunion sekolah dia di Hotel Majestic. Reunion event hari Khamis, 2 Julai..
Bila dia datang rumah, suka sangat masak-masak. Petang Jumaat tu dia pergi beli barang-barang di Rosyam Mart, kat area Jakel Mall. Jom tengok apa yang dia masak pagi Sabtu..
Tujuan masak² ni, nak dibawa ke homestay. Dia dan adik bongsu booking homestay satu malam, saja nak bersantai-santai katanya sebab pagi Ahad, dia nak join brisk walk di acara Car Free Sunday Morning. Kakak dari Shah Alam pun join juga. Lengkap berkumpul adik-beradik pompuan. Family gathering, 14 orang semuanya..
Booked homestay di The Crest Jalan Sultan Ismail, belakang Hotel Renaissance..view dari bilik ialah kawasan kubur Jalan Ampang...











