Wednesday, October 15, 2014

Japan : Day 5 - Kyoto : Nijo Castle

Assalamualaikum...

Perjalanan di Kyoto diteruskan lagi dengan menaiki Tozai subway dari stesen Higashiyama ke Nijojo-mae dengan satu tujuan..ke Nijo-jo (Nijo Castle), a UNESCO World Heritage Site.

Nijo-jo mula dibina dalam tahun 1603 untuk dijadikan sebagai kediaman rasmi kepada Shogun Tokugawa yang pertama. Tapi ianya telah disiapkan oleh Shogun Tokugawa yang ketiga, pada tahun 1626. Ada binaan di sini diambil dari Fushimi Castle yang dibina semasa zaman Momoyama (1573-1614). Nijo Castle merupakan salah satu contoh terbaik untuk culture Edo dan Momoyama di Jepun.

Bayaran masuk ialah 600yen. Jom kita tengok bangunan yang dah berusia 400 tahun ni.


banyak rombongan sekolah
Masuk melalui main gate, Higashiote-mon 

Kawasan Nijo Castle dibahagi pada empat bahagian: 1) Ninomaru Palace, 2) Ninomaru Garden, 3) Honmaru Palace dan 4) Seiryu-en Garden. Tapi masa kami pergi, Honmaru Palace dan Ninomaru Garden ditutup untuk orang ramai.

site layout of Nijo Castle
Masuk je main gate tu, dah terasa keadaan tanah yang berpasir, berbatu kerikil. Tak best betul, bila berjalan, akan menghasilkan bunyi berdesir. Satu strategi ni, untuk keselamatan.

Kemudian, lalu pula inner gate, Kara-mon, yang gah ni, banyak betul ukirannya..

cute je budak kecik dua orang tu

Nun di depan sana, tersergam indah Ninomaru Palace. 
 
Ninomaru Palace
"The Ninomaru Palace is characterized by the elegant, yet simple shoin-zukuri architectural style, which was favoured by the warrior class. It consists of many linked sections. It has 33 rooms and over 800 tatami mats."
Pelan bangunan Ninomaru Palace
Nak masuk ke palace ni, kena buka kasut dan dilarang ambil gambar di dalam bangunan. Maka, berjalanlah kita di koridor istana mengikut arah anak panah seperti dalam pamphlet.

Memang cantik siling-siling dan wall paintings dalam istana kayu ni, tapi sayang tak boleh ambil gambar. Bila pijak je lantai, ada keluar bunyi, macam rumah-rumah kayu lama. Dalam pamphlet tu sebut lantai ni dipanggil 'Nightingale floor', memang sengaja dibina sebegitu..untuk keselamatan juga kot..maklumlah rumah untuk shogun..

Di dalam the Grand Room (Ohirama Ichi-no-ma), ada ditunjukkan peristiwa dimana Shogun Tokugawa yang ke-15 menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Emperor dan sekaligus menamatkan kuasa tentera (shogun) yang dah memerintah Jepun selama 270 tahun.

peristiwa penyerahan kuasa Shogun. Kelihatan siling dan wall painting yang cantik
Sebab tu dalam website ada ditulis, Nijo Castle ni bukan saja menyaksikan jatuh dan bangunnya Tokugawa clan, tetapi juga menyaksikan satu sejarah penting bagi negara Jepun.

Dah habis berjalan mengelilingi bangunan ni, boleh ke bahagian utara, ke Seiry-en Garden atau ke 400th Anniversary Gallery untuk melihat wall painting yang original. Nak masuk gallery, kena bayar separate entrance fee.

Memandangkan kami tak pergi kedua-dua tempat tu, kita snap-snap gambar sajalah.

Ninomaru Palace yang bercantum-cantum





Bergerak balik ke Nijojo-mae station, untuk ke satu lagi tempat bersejarah di Kyoto. Tak jauh dari Nijo Castle. Bersambung..

28 comments:

  1. Mereka jaga estetika sejarah mereka betul-betul. Walau gambar tak bagi ambil melihat jejak plan arrow tu puas juga menapak kakak rasa. Luas dan panjang.

    Kakak suka tengok gambar bangunannya dan pokok yg daunnya bagai disusun-susun - cantik sangat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pjg bangunan ni..bercantum 6 bgn..pokok Japanese cypress yg daunnya tersusun..species pokok pine

      Delete
  2. cantik istana shogun sekali pandang seakan senibina Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul..ada ciri2 rumah melayu..

      Delete
  3. banyak castle dekat kyoto ni, pastu landskap mesti cantik abis. dengan pokok-pokok ala-ala bonsai gitu, memang snap gambar jela memanjang...tak sempat cover castle ni masa pegi ritu, tak dan, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..Kyoto destinasi yg menarik..banyak castle, banyak temples & shrines

      pokok2 ala bonsai..Japanese cypress, memang cantik utk landskap..

      Delete
  4. Ohsem sangatlah! Eh sis, pic yang last kali tu amik guna function pan-camera ka? Atau sis stitch 3 pictures pakai photo editing software? Menariklah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna function 'sweep panorama'..tapi colour dia turned out tak brp menarik, dah mcm zaman 70'an..hehe..

      Delete
    2. oh ya betul baru teringat term tu, "sweep panorama"... pernah try beberapa kali kat hp sony tapi asyik fail la pulak, asyik disuruh "pan more slowly", tapi dah buat slow mcm siput pun still tak lepas... huhuu :(

      Delete
    3. kena try banyak kali lah nampaknya..sampai berjaya..huhu..

      Delete
  5. Replies
    1. Pokok Japanese cypress mcm pokok bonsai..

      Delete
  6. teringin nak tgk dalamnya . kecantikan lukisan dan syililng . nap la dia x bagi snap ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ada gambar2 dalam bangunan, mungkin tak ramai pelancong nak gi tengok..

      Delete
  7. nijo castle...huhuh...sini pun JM x datang sbb travel partner tak suka masuk castle2 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, kalau repeat Japan, bolehlah singgah di sini...di Kyoto, byk sangat tempat menarik, tak puas jalan-jalan di sini..

      Delete
  8. Replies
    1. OKlah..melihat bangunan lama...

      Delete
    2. boleh belajar sejarah sana kan..

      Delete
    3. ya, betul..Nijo Castle dan Kyoto Imperial Palace..dua2 menyimpan sejarah lama Jepun..cuma di Nijo Castle takde tour guide yg bagi explanation mcm di Kyoto Imperial Palace..highly recommended for both sites..

      Delete
  9. Salam, nak tanya, berapa lama spend masa kat Nijo Castle ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..kt dlm Ninomaru Palace tu sekejap je, just jalan2 pusing bangunan, less than 30min..kalau nk baca2 info, lg lama..kendian ambik2 gambo kat luar je..rasanya lbh kurang 1 jam..kalau melawat semua kwsn, lagi lama..

      Delete
    2. I see. Thanks. Nak tanya lagi, mana lagi worth to visit between Nijo Castle & Imperial Palace? Sbb bawak parent. Dorang cam tak mampu je nak lawat dua-dua sekali. Ke based on ur experience, kitorang boleh je 'serang' dua-dua?

      Delete
    3. Kalau boleh 'serang' dua2 sbb dua2 bangunan unik..Imperial Palace kena ikut route yg dh ditetapkn, takleh nk patah2 balik sbb security ketat, jauh jg nk pusing kwsn dia..Nijo Castle boleh ikut kita nk gi ke tak, free n easy..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...