Salam Maal Hijrah 1436..semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..
Sambung kisah jalan-jalan di Kyoto. Ada beberapa tempat lagi di Kyoto, esok dah nak bergerak ke Tokyo.
Dari Saga-Arashiyama station, naik JR Sagano line ke Uzumasa station, nak pergi ke Toei Kyoto Studio Park.
Yang tak bestnya Studio Park ni, walaupun dah bayar entrance fee, nak masuk rumah-rumah Ninja ni, kena bayar lagi. Malas pula nak masuk, cuma jalan-jalan sekeliling, tengok apa yang best..
|
kawasan Ninja - Ninja Training Dojo, Ninja Mystery House & Ninja Star Dojo (souvenir shop) |
|
Nagaya-mon - Gate ke rumah Samurai |
Nampak ada gerai-gerai berjualan di kaki lima.
Mari usha apa yang bolehlah dikategorikan halalan toyyiban untuk alas perut..
|
kembali ke zaman Edo |
Ada gerai jual 'kakigori'..ABC Jepun dan juga jagung bakar..bolehlah try..
|
pelbagai perisa kakigori |
|
Matcha kakigori dengan kacang merah dan jagung bakar |
Masa ni hujan rintik-rintik, tukar tempat duduk, bawah payung. Kakigori tu OK jugalah, tak berapa manis sangat, yang tak best, aisnya dikisar kasar-kasar, jenuh juga nak menghabiskan. Jagung bakar, not bad, sedikit overdone. Alhamdulillah, rezeki, takleh nak komplen banyak..
|
suasana pekan di zaman Edo |
|
staff berkimono depan Nakamuraza Theater |
|
'gay' yg bermaksud 'pleasure'.. |
|
kedai makan |
|
kedai makan - ditepinya bangunan moden zaman Emperor Meiji |
|
tempat utk photo shoot |
|
staff bersiap-sedia untuk pertunjukan |
|
kawasan kedai-kedai souvenir |
|
Ikan-ikan diawet - display utk kedai runcit zaman Edo |
|
watch tower rest area - kanak-kanak sekolah sedang makan |
|
Castle Gate |
|
staf berpakaian zaman Edo |
|
bersiap sedia utk pertunjukan |
Pukul 1.30 tengahari, ada dua pertunjukan: the Chanbara (Samurai sword fighting) di Edo Town 3rd Avenue Square dan Ninja show di Nakamuraza Theater. Dua-dua macam best, rasa nak pergi tengok dua-dua show ni.
Disebabkan dah berada di Edo town, tengok the Chanbara dulu..ambil tempat masing-masing..
|
menunggu the Chanbara show |
|
dah start |
Pertunjukan dalam bahasa Jepun, tak faham dialog..tapi bolehlah agak sikit-sikit - kisah tiga orang pemuda berebut seorang perempuan.
Mana perempun tu? Nun, salah seorang penonton yang duduk di luar, tengah makan ais-krim, tiba-tiba jadi pelakon tambahan..
|
dah tergolek sorang |
Tak menunggu sampai habis pertunjukan the Chanbara ni, berkejar ke Nakamuraza Theater pula, untuk tengok Ninja Show, tak nak lepaskan peluang. Ingatkan show Ninja yang serius (mungkin part ni dah terlepas), masa kami sampai, dah masuk part komedi..ada pulak ninja berambut merah..
|
Ninja show - yang kiri tu berambut merah |
Tak menunggu sampai habis Ninja show tu, bergerak balik ke Uzumasa station, ikut jalan yang sama tadi..
|
JR Uzumasa station |
Di Kyoto station, berkejaran ke platform 9/10, untuk ambik keretapi ke pekan Nara. Mengejar masa sebelum hari gelap.
Bersambung di last entry for Kyoto..
saya tertarik ngan rumah extended tue.. unik...
ReplyDeletekakigori... unik nama nya heheeh..mcm kakigoreng plak...
rumah extended Jepun tu cute je..lain sikit designnya...
Deletekakigori..ais kacang Jepun...
comwl rumah extended tu, salam maal hijrah Nohas.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah to you too..memang comel..
Deletesorry comel :) oh tengok show juga ye. pengalaman yang berharga semua ni, tak senang nak lalui lagi kan.
ReplyDeletetengok dua show ni saja..pengalaman sekali seumur hidup kot..tiada yg kedua, ketiga, rasanya..
Deletebanyak lagi tempat menarik d kyoto rupanya...siap ada pertunjukan ninja lagi, best nya...
ReplyDeletedi Kyoto, byk sangat tempat menarik, belum masuk shrines and temples yg ada senibina dan taman yg menarik, dua hari tak cukup masa...dua2 show ni time yg sama, dua2 best..
DeleteWah....bestnyaaaaa....memang mengimbau zaman ninja dulu kan....
ReplyDeleteya, betul..mengimbau zaman samurai, ninja..staf pula berpakaian zaman dulu..
Deleteada gambar ninja rambut merah..?
ReplyDeletetakde gambar 'close-up'..yg sebelah kiri tu yg berambut merah..
Deletejepun dgn budayanya yg unik...
ReplyDeleteya, benar sekali..masih mengekalkan budaya timur..
Deletenak plastic shuriken (ninja star throwing blade) tu satuuu! hehehe... (ada satu 4-tip shuriken fridge magnet dok melekat kat peti ais rumah... hehee) X3
ReplyDeleteano matcha kakigori wa oishiso! (ais kacang matcha jepun tu nampak sedap!) X3
kakigori tu OK juga rasanya..penyejuk badan...tak beli shuriken ninja tu..ambik gambar saja..
DeleteHebat kesenian mereka kan.. kakak tertarik. Tempat kita belum setanding lagi.
ReplyDeleteTetiba kakak ternampak satu perempuan berbaju macam budak sekolah rendah tempat kita:)
banyak rombongan budak2 sekolah ke sini....uniform mereka mcm uniform sekolah rendah kita..warna biru tua..
DeleteSalam.... :) seronoknye...
ReplyDeleteW'salam, lama x dengar khabar...
DeleteSeronok juga melawat tempat2 mcm ni..
Idah ada tengok tempat dan show tu dalam 1 rancangan yg host dia zizan razak.... tapi tak ingat rancangan apa ek... menarik la rumah extended tu... tapi cam scary skit la nak dok bawah tu... :D
ReplyDeleteOo..program Jejak Jepun..haha..mmng nampak scary...rasa mcm tak stabil je..
Deleteberbeza sggh seni bina bangunan dna rumah2 di sana yer, but sgat indah & cantik ler !
ReplyDeleteYa, betul..mcm2 design..seronok pulak tengok..
Deleteserius menarik!tapi apa kena-mengena gay ngan ladies happiness?confuse nih
ReplyDeletebila saya google, rupa2nya 'gay' tu bermaksud 'pleasure'..Yoshiwara ialah 'red-light' district and the ladies here referred to ' the prostitutes'...hehe..susah bila one word ada byk maksud, pulak tu digunakan di tempat mcm ni, kita yg baca pun tersalah faham..
Delete