Monday, 20 October 2014

Japan : Day 5 - Kyoto: Mengintai Geisha

Assalamualaikum..salam pagi Isnin yang ceria..

Sambung kisah di Kyoto. Masih lagi di hari kelima. Selesai melawat Kyoto Imperial Palace, terus je menuju ke Inuigomon gate, tempat masuk tadi. Tapi bila tengok map kat bawah ni, baru perasan boleh je keluar mana-mana gate di sebelah timur untuk pergi ke Rose Cafe. Masa buat itinerary, tak terfikir nak keluar belah timur...blurr sikit..
lokasi Nijo Castle, Kyoto Imperial Palace dan Rose Cafe
Dah tak larat nak jalan, akhirnya, tahan teksi depan Inuigomon, tunjuk map, Alhamdulillah, perjalanan lancar, teksi berhenti di tepi jalan besar - Kawaramachi-dori.


Rose Cafe ni lokasinya mengadap Kawaramachi-dori. Sebab tak tahu, sebaik saja melintas jalan, terus ke lorong tepi bangunan, jalan sampai ke sungai, tengok takde restoran pun, patah balik. Bila berjalan di kaki lima, baru nampak restoran ni.
   




Tagline Rose Cafe - 'the only halal restaurant in Kyoto'..betullah kot, takde yang lain. Restoran ni besar sikit dari restoran-restoran yang pernah kami masuk, selesa dan moden deco. Kami order nasi dan lauk daging..

Deko dalam restoran
lunch today
Alhamdulillah, rasa puas dapat makan nasi. OK juga masakannya. Harga makanan ni 900 yen. Anggaplah ia sembilan ringgit je..haha. Selesai makan, bergerak ke utara, beberapa langkah saja dari Rose Cafe, akan nampak signboard ni di sebelah kanan.


lorong ke Islamic Cultural Centre
Islamic Cultural Centre ni letaknya di satu lorong kecil yang dipanggil Miyagakicho. Memang kecil, signboard nama lorong ni pun takde, mungkin belah lain, ada..wallahua'lam.

Lorong Miyagakicho
Jalan terus, sampai ke bangunan macam apartment ni, yang ada verandah.

 
Akan nampak pejabat Islamic Cultural Centre di sebelah kanan.

main entrance ke Islamic Cultural Centre
Masuk je ke pejabat, ada dua orang yang sedang bekerja, seorang lelaki Indonesia dan seorang perempuan bertudung, orang Jepun. Bila beritahu yang kami nak tumpang solat, lelaki Indonesia tu beritahu yang ruang solat di tingkat bawah (basement) sedang diubahsuai. Kemudian, dia suruh kami solat di ruang solat sementara di bahagian belakang. Alhamdulillah, selesa juga, ada air-cond.

ruang solat sementara
Selesai solat, bersembang-sembang dengan staff lelaki Indonesia, dia beritahu yang mereka sedang mencari tapak untuk membina masjid di Kyoto..Alhamdulillah.  Ada kotak derma disediakan, so siapa-siapa yang singgah disini, bolehlah menderma untuk membina masjid di Kyoto.

Solat sudah, makan pun sudah. Kami pun meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke train station Jingumarutamachi.

Kamo River

Kamo River
Kena melintas Kamo River ni untuk ke train station. Sampai di station, ambil train ke selatan dan turun di Gion-Shijo station. Destinasi kami seterusnya ke kawasan Gion untuk mengintai geisha pergi kerja..hehe..ambitious. Trademark geisha sudah semestinya - make-up yang putih melepak (muka putih, tangan putih) dan berkimono warna 'menjerit'.

"Geisha (or geiko in Kyoto dialect) are professional entertainers who attend guests during meals, banquets and other occasions. They are trained in various traditional Japanese arts, such as dance and music, as well as in the art of communication. Their role is to make guests feel at ease with conversation, drinking games and dance performances"
 
Walaupun jauh di sudut hati, sebagai Muslim dan juga sebagai perempuan, rasa kesian juga dengan geisha ni, tapi disebabkan mereka ni icon negara Jepun, takde kat negara lain, kena pergi tengok. Tak semua tempat di Jepun ni, boleh tengok geisha, cuma di Kyoto dan Kanazawa saja yang masih ada geisha.

Menurut maklumat, geisha di Kyoto bekerja di ochaya (teahouse) di deretan machiya di sepanjang Hanami-koji. Directionnya mudah je, keluar Exit 6 di Gion-Shijo station, ambil kanan, jalan terus je. 

dari Gion Shijo station ke Hanami-koji
Semasa di Jingumarutamachi station, cari-cari map, tak jumpa. Ingat-ingat lupa je map ni. Dah keluar Exit 6, tapi terambil belah kiri. Siap lintas jalan Shijo-dori, berjalan ke kiri, melintas Kamo River, kemudian ikut orang ramai masuk satu lorong kecil, di kiri-kanan lorong tu penuh dengan kedai-kedai makan.

ala..cutenya..diletak depan restoran
Kawasan ni cantik juga..ada terusan kecil dan ada restoran-restoran di tepi terusan..menarik..

terusan dan restoran
Jalan-jalan, enjoy the view kemudian keluar ke jalan besar Shijo-dori, lepak depan Takashiyama. Ada beberapa anak muda sama-sama lepak-lepak di situ. Tanya mereka, mereka pun tak tahu tapi tolong google dalam handphone masing-masing. Laa..rupanya jalan terus ke kanan, apalagi, terus mengorak langkah, waktu tu rasa dah lewat, geisha pun dah pergi kerja..tapi nak pergi juga..mencuba nasib..

ke Hanami-koji
dah sampai
Dah sampai di Hanamikoji. Masuk je lorong ni, perghh..ramainya manusia..kebanyakannya pelancong, dengan kamera masing-masing. Ternampak satu group orang Malaysia di sebelah sana lorong..just acknowledge each other..senyum dari jauh..

deretan machiya
Machiya (町屋/町家?) are traditional wooden townhouses found throughout Japan and typified in the historical capital of Kyoto. The typical Kyoto machiya is a long wooden home with narrow street frontage, earthen walls and baked tile roofs. The front of the building traditionally served as a retail or shop space, generally having sliding or folding shutter.


signboard lorong


my sister dengan penyambut tetamu teahouse

Walaupun tak dapat ambil gambar geisha, dapat tangkap gambar dengan penyambut tetamu teahouse ni pun jadilah..buat kenangan..

Dah habis ronda di sini, berjalan kaki ke barat untuk ke stesen Shijo untuk ambil subway ke Kyoto Station. Rasa macam dah tegang urat kaki, decided naik teksi je..jauh juga nak jalan. Hari ni tiga kali naik teksi..belasah je..lepas ni berjimat-cermat.

Sampai di Kyoto station, ambil beg dan berjalan kaki ke tempat penginapan..Piece Hostel. Dua malam jadi budak hostel di Kyoto, first time ni. Tapi kami ambil private room with twin bunk bed, but shared bathroom. Booked via booking.com, dapat RM405 untuk dua malam. Breakfast disediakan.

Piece Hostel
Pilihan pertama, Hana Hostel sebab ingat nak try Japanese private room, yang ada tikar tatami tu, nak feeling-feeling jadi O-shin tapi dah penuh pula time ni. Sedangkan masa booking, lagi enam bulan nak fly, hostel dah penuh..

Disebabkan nak duduk Piece Hostel juga, tukar itinerary, pergi Osaka dulu, baru ke Kyoto, sebab time ni je, ada kosong private room. Hostel ni baru beroperasi, bangunan moden. Environment memang best. Yang paling penting, hostel ni sangat dekat dengan Kyoto station, jalan kaki saja.


Piece Hostel
Registration smooth and easy, cuma kena buat bayaran sebab booking.com tak credit bayaran. Ada lif. Buka je pintu bilik, waduhh..kecilnya..orangnya besar, begnya besar..kenalah adjust sana-sini..lemas juga macam ni..

Hotel room

tangga ke katil atas..sempitnya
Dalam bilik ada TV flat screen, ada hair dryer dan ada sinki, Ok jugalah. Depan lif, ada rak, boleh ambil selipar dan extra bantal.

Lepas freshen-up, tak larat nak duduk dalam bilik, decided keluar, jalan-jalan di Kyoto station. Mula-mula nak beli tiket romantic train sebab nak pergi Arashiyama esok hari tapi rasa malas pula nak naik train ni, tak jadi beli. Kemudian nak ke observation deck di rooftop. Tapi rasa macam malas pula, tak jadi juga. Lastly, jalan-jalan mengikut langkah kaki, sambil snap-snap gambar apa yang menarik.

Kyoto Tower
pelbagai pilihan pai
Jumpai outlet Godiva, beli ais-krim..perghh..nikmatnya makan ice-cream Godiva yang marvellous..sampai gambar pun lupa nak snap..murah juga harganya..480 yen..lebih kurang RM15 je.

Balik ke hostel..masuk bilik, ambil maggi dan tupperware, turun ke dapur dan tuang air panas. Yang best duduk hostel ni, boleh masak-masak, facilities lengkap. Tiba-tiba ada seorang perempuan China tegur kami. Rupa-rupanya orang Malaysia. Dia datang tiga pasangan, masa ni cuti sekolah, anak-anak tinggal. Masa tengah bersembang, semua ahli group dia datang, apalagi, conquer satu meja besar, bersembang dalam bahasa Melayu. Topik perbincangan - sudah tentu tentang travel di Jepun ni, our route, tempat menarik. Mereka dah pergi Arashiyama pagi tadi, beria-ria suruh kami naik Romantic train tu..bestlah, pemandangan cantiklah..terpengaruh juga akhirnya..hihi..

Mereka dah nak bergerak ke Osaka esok pagi, orang hostel tu bungkuskan roti dan buns sebab mereka check-out awal pagi, tak sempat nak breakfast. Breakfast start pukul 8.00 pagi.

Dah pukul 12++, mereka pun minta diri nak packing beg dan kami pun bergerak ke bilik, Alhamdulillah, katilnya sangat best, tilam dan bantal yg empuk..lena sampai ke pagi..

17 comments:

  1. Seronok itulah yg dpt kakak katakan. Pemandangan cantik yg tak boleh dinafikan.
    Penat jalan naik teksi, tapi puasnya dlm hati kan..
    Geisha ni masih buat kerja macam dedulu lagi ke? Kesian pulak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena berjalan jauh juga...geisha sekarang mostly jadi penghibur di majlis2 tertutup..menari tarian traditional, bermain alat muzik, teman bersembang2, bermain games..pernah baca satu artikel 'geisha penghibur hati suami, mengguris hati isteri'..perghh..

      Delete
  2. Bersih betul sungai kat Jepun ni. Kat tengah-tengah bandar pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungai depa jadi tempat rekreasi, memang bersih dari sampah-sarap..

      Delete
  3. Lamaaaaaa saya merenung gambar pai-pai tu... eeei gatal juga awak ni ya nohas! gi mengintai-ngintai geisha bagai.... hahahahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menyelerakan pai-pai tu walaupun hanya tiruan saja..nampak mcm betul je..

      dah tak jumpa geisha kt jalan, intai-intai di sebalik tirai ochaya..hehe...

      Delete
  4. Arnab2 porcelain comel (macam porcelain) yang dok sibuk tumbuk beras buat kuih mochi kat luar kedai makan tu, kalau kat tempat kita tu, tak sampai 3 hari boleh hilang dah tu, tak pun kena pecah... huhuu...

    Hehe... sis, dah buat style letak smiley untuk cover identiti orang yang tertentu... boleh geng lah kita ya sis kekeke~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 benda mereka letak depan kedai..tapi still elok lagi..

      letak smiley, kena cover sikit, nanti kena sound kena my sister...hehe..

      Delete
  5. dua kali enter sini baru hbs baca...menarik sekali paparannya..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Semua tempat nampak bersih dan kemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..di Jepun, kebanyakan tempatnya bersih..

      Delete
  7. teruja sangat tengok permandang cantik, syukur ada masjid akan dibina..staff indo ye keja situ.., cute pula tangga ke katil tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, akan ada masjid di Kyoto nanti...tangga tu cute sangat, semput nak naik, asyik bergesel dgn suis air-cond je..hehe

      Delete
  8. gambar yang diambil cantik cantik. jelas and terbaik hihi.. CT belum teringin memasukkan jepun dalam list travel sebab tak rasa mampu nak jalan ke sana lagi :P tak apa CT bace dulu entry entry uols semua hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran..In shaa Allah, ada rezeki, akan sampai juga di Jepun, sooner or later..

      Delete
  9. Laaa x pasan Kyoto ada kedai halal Rose Cafe...
    jenuh gak masa kitrg kat kyoto nk cr makan... last2 rs nya kitrg makan makanan yg bawa dari msia je.. lupa da... hahahaha

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!