Tuesday, 14 October 2014

Japan : Day 5 - Kyoto : Fushimi Inari & Kiyomizu-Gojo

Day 5 :  Rabu, 17 September 2014

Hari ni check-out hotel untuk meneruskan perjalanan ke Kyoto. Teruja sebab Kyoto ialah satu destinasi yang menarik. Pernah jadi ibunegara Jepun dan tempat tinggal Maharaja Jepun dari tahun 794 hingga 1868, ada historical value pada bandar ni...

Dari Shin-Osaka, naik shinkansen pukul 7.26 pagi dan pukul 7.40 pagi dah sampai di Kyoto stationKeluar dari exit shinkansen, nampak Hachijo exit, Alhamdulillah, nak ke hostel kami pun ikut exit ni juga, so simpan beg di locker yang ada di luar Central Exit.

Dah settle semua, masuk balik ke Kyoto station untuk ke destinasi pertama kami di Kyoto iaitu Fushimi Inari-taisha.  Untuk pengembaraan di Kyoto hari ni, kami bermula dari selatan bergerak ke utara.
Kyoto station
Untuk ke Fushimi Inari, ambil local train Nara line, yang mana covered by JR pass. Turun di Inari station, satu exit saja, dari jauh dah nampak. Dekat bebenor dengan stesen.  Masuk adalah percuma.

the entrance
Tujuan utama ke sini nak lihat tori gates yang famous, yang beribu-ribu..


Fushimi Inari-taisha Shrine ialah rumah ibadat untuk mereka yang beragama Shinto, agama rasmi negara Jepun. Temples pula untuk agama Buddha.



Kena lalu tepi bangunan shrines ni untuk ke tori gates di kawasan berbukit di bahagian belakang.
di permulaan
di akhir garisan
Kami berjalan sampai di sini saja di permulaan Senbon Torii (beribu-ribu torii gates).
di permulaan Senbon Torii
Alhamdulillah, masa kami di sini, tak berapa ramai lagi pelancong yang ada.

  
Snap gambar sepuas hati, lepas tu bergerak balik ke stesen. Sampai saja di stesen, menderu-deru pelancong yang datang. Memang famous tempat ni.

Inari station
Dari Inari station, naik train yang menuju ke Kyoto station, tetapi kami turun di stesen Tofukuji, satu stesen saja dari stesen Inari. Dari sini, naik train Keihan Main Line ke stesen Kiyomizu-Gojo. Naik train ni boleh guna ICOCA card. Destinasi kedua hari ni ialah kawasan Kiyomizu-zaka/Gojo-zaka.

Sampai di stesen Kiyomizu-Gojo, keluar Exit 3 yang ada tulis Kiyomizu-dera, sampai  je di atas, ada bas stop di tepi jalan besar. Nak ambil bas di sini ke Gojo-zaka bus stop. Tunggu punya tunggu, bas tak muncul-muncul. Makcik di bas stop tu suruh kami jalan kaki saja..jauh juga nak berjalan..tapi jalanlah juga perlahan-lahan sambil kepala asyik toleh ke belakang, tengok bas ada ke tidak.

laluan pejalan kaki dan penunggang basikal
Gojo Guesthouse
penunjuk arah
Akhirnya, sampai juga di simpang Gojo-dori dan Gojo-zaka, landmarknya, kedai batu nisan ni..

kedai batu nisan dan binaan kubur Jepun
Melintas jalan depan kedai ni, dah sampai di Gojo-zaka. Destinasi seterusnya, nak ke Kiyomizu-dera temple..di Gojo-zaka, ada satu simpang ke kanan, namanya Chawan-zaka..dalam map, nampak dekat kalau nak ke Kiyomizu-dera, kami pun ikut Chawan-zaka..perghh..kena mendaki..

dah separuh perjalanan di Chawan-zaka
Di sepanjang Chawan-zaka, ada banyak kedai-kedai souvenirs, cafe-cafe...banyak juga rombongan budak-budak sekolah yang sama-sama mendaki..

yakult delivery. Kiyomizu-dera dah nampak di hujung sana
Dah sampai di hujung Chawan-zaka, tengok-tengok nak ke Kiyomizu-dera, kena mendaki lagi..malas pulak nak pergi, terus cancel..berpatah-balik..memang exercise betul pagi ni..

berjalan menuruni bukit
Sampai di hujung Chawan-zaka, pusing kanan, mendaki pula Gojo-zaka. Mencabar betul pagi ni.

simpang Gojo-zaka dan Kiyomizu-zaka. Nampak di hujungnya Kiyomizu-dera
Sampai di simpang Gojo-zaka dan Kiyomizu-zaka, singgah dulu kedai ais-krim, beli ais-krim green tea..treat untuk diri sendiri..haha. Kelihatan ramai pelancong dan rombongan kanak-kanak sekolah di simpang ni..


Another view
kedai-kedai di sepanjang Kiyomizu-zaka

Berehat sebentar, dah habis makan ais-krim, meneruskan perjalanan ke utara melalui Sannen-zaka. Kali ni turun bukit pula, lega..

di permulaan Sannen-zaka
kedai-kedai di sepanjang Sannen-zaka

 Bersambung pula dengan Ninen-zaka..


ke Ninen-zaka
kedai-kedai di sepanjang Ninen-zaka
di hujung Ninen-zaka
laluan ke Yasaka Shrine
Ada banyak shrines dan temples di kawasan Higashiyama ni..Kodaiji Temple, Yasaka Shrine, Choin temple dan juga Maruyama Park.

teksi sudah menunggu
Decided tak nak pergi semua tu, naik teksi yang dah sedia menunggu seperti dalam gambar di atas, ke Higashiyama station untuk ambil Tozai subway ke Nijojo-mae station dan destinasi seterusnya ialah Nijo Castle.

18 comments:

  1. Salam. Hee mengembalikan nostalgia dan memori saya ke Kyoto juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...selamat mengimbau kenangan lama..

      Delete
  2. antik kedai-kedai di sepanjang Sannen-zaka ni.... cam ternampak2 je Oshin berlari2 anak... hehehhe... Cantiklah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang antik..ada juga seorang dua yang berbaju kimono...feeling2 zaman mcm zaman dulu2..

      Delete
  3. andainya ada rezeki ke sana. pasti saya akan godek2 balik entri akak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, semoga impian anda menjadi kenyataan..

      Delete
  4. nampak bersih pekan di sini dgn view yg cntik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bandar2 di Jepun, memang bersih2....seronok tengok, kalaulah Malaysia mcm ni, kan best..

      Delete
  5. bestnyer tempat nie, tenang jer : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tenang..takde bunyi hon, driver2 pun beri keutamaan pd pejalan kaki...berhemah betul driver2 disana..

      Delete
  6. Brp KM berjalan kaki mendaki bukit, bila tgk ke belakang, sayup2 je. Pengalaman yg x boleh dilupakan, kalau kat KL ni nk berjalan mcm tu, mimpi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. morning walk..kt KL pun jalan juga, survey kedai kat Jln TAR..hehe..

      Delete
  7. Makin seronok pulak kakak mengikuti tour ke Japan ni
    Gate itu memang menariklah... susunan dia tu yg attractive..

    ReplyDelete
    Replies
    1. torii gates tu memang disusun rapat2 utk jadi atap bagi pejalan kaki..nampak menarik pula dgn colournya yg terang benderang..

      Delete
  8. Fushimi Inari Jinja!! One day when I visit Kyoto, I will definitely jalan2 sini! XD
    and... definitely tak nak ikut package percutian dah macam pi Tokyo aritu huhuu... I will make use of JR pass and locker, macam yg sis buat ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, definitely..a must visit place in Kyoto...travel sendiri2 ni best cuma penat sikit lah (byk jg sebenarnya..hehe), but still manageable..

      Delete
  9. suka dgn jepun bab kebersihan ... kat kl , sampah bersepah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kagum dgn suasana bersih di Jepun...lambang budaya dan mentaliti rakyatnya..tak pasti KL boleh jd mcm tu jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!