Selepas melawat Nijo Castle, dari Nijojo-mae station,
naik subway ke Karasuma-Oike station, turun di sini, ambil pula subway
Karasuma line ke Imadegawa station..nak pergi satu lagi tempat
bersejarah di Kyoto iaitu Kyoto Imperial Palace (Kyoto Gosho). Kyoto Gosho ni pernah jadi tempat tinggal Maharaja Jepun dari tahun 1331 hingga ibu negara Jepun dipindahkan ke Tokyo pada tahun 1869. Hari ni sesi melawat istana lama..
Keluar exit 6, melintas jalan Karasuma-dori dan berjalan ke kanan menuju ke entrance yang dipanggil Inui-gomon Gate.
|
Inui-gomon Gate |
Nak melawat istana ni, kena register di Imperial Household Agency Office dan kena ikut guided tour yang disediakan oleh pihak istana. Masuk adalah percuma. Imperial Palace tidak dibuka untuk awam tapi kawasan taman yang luas diluarnya untuk kegunaan orang awam beriadah, bersiar-siar.
Masa untuk English guided tour ialah pukul 10.00 pagi dan 2.00 petang. Japanese tour pukul 3.00 petang. Masa kami sampai di pejabat, pukul 12 lebih, office tutup untuk makan tengahari dan dibuka semula pukul 1.00 petang.Sebenarnya boleh juga register online dalam website Imperial Palace, lagi mudah sebenarnya.
Takde apa nak buat, jalan-jalan snap gambar park yang luas yang dipenuhi dengan pokok-pokok besar.
|
kawasan taman |
|
the Office |
Sedang duduk-duduk depan pejabat ni, datang dua orang perempuan, muka Nusantara, dari negara seberang, Indonesia. Mereka sudah register secara online dan dah dapat pun permission confirmation.
Menghampiri pukul 1.00 petang, semakin ramai pelancong asing datang berkumpul depan pejabat. Kami pun siap-siap beratur depan pintu. Risau juga kalau quota dah penuh..huhu..masa check dalam website, macam ada quota untuk guided tour ni....harap-harap dapat masuklah..
|
kena isi borang ni. masa di kaunter mereka akan minta nak tengok passport |
|
Alhamdulillah, dah dapat..pastikan ada cop mohor |
Dah dapat permission, jom bergerak ke istana, kita tunggu depan pintu gate pula...
|
Seishomon Gate - the main entrance |
|
di luar istana
|
Seperti biasa, keadaan tanah yang berpasir dan berbatu kerikil. Sakit kaki mau jalan, pakai pula kasut nipis..
Tepat pukul 1.45, kami dibenarkan masuk. Security memang ketat, masa nak masuk guard tu tanya berapa orang dan siap kira guna stop-watch. Sebelum tour dimulakan, semua kena berkumpul di waiting room, menonton dokumentari mengenai Imperial Palace dan ada sikit taklimat dari tour guide.
Ramai juga ahli tour kali ni, tak cukup seat dalam waiting room. Mereka inform hari ni mereka terima je pelancong-pelancong yang datang register, no quota..dalam ramai-ramai tu, kami berdua dan tiga orang lagi perempuan Melayu, satu keluarga Chinese dari Penang, dua orang perempuan Indonesia tadi, yang lain semua pelancong mat Salleh dan yang iras-iras Amerika Latin..
Jom ikut tour guide ni, lupa pulak nama dia ni..
|
tour guide |
Inilah first time ikut guided tour...best rupanya, very informative, interesting and fun..menambah pengetahuan am tentang old Edo arkiteksur..
Kalau di Nijo Castle boleh masuk dalam bangunan, tapi di sini cuma lihat bangunan dari luar saja..
|
tour path |
|
Okurumayose - pintu masuk utk urusan rasmi di istana |
|
Shodaibunoma - balai menunggu utk tetamu |
Setiap kali bergerak dari satu bangunan ke bangunan yang lain, akan ada dua tiga guard pengiring yang berpakaian biasa, mengetik stop-watch, kira jumlah ahli tour, cukup ke tak, kot-kot ada yang menyorok belakang bangunan...hehe....sebenarnya dalam bangunan tertentu, ada disimpan barang-barang diraja seperti pedang, cop mohor, etc. sebab tu kawalan keselamatan sangat ketat..
Jom, bergerak..seperti biasa, dalam kawasan istana, ada outer gate, ada inner gate lagi..ini ialah Jomeimon Gate..inner gate yang paling penting..sebabnya dari gate ni terus ke Shishinden..
|
Jomeimon Gate |
|
Shishinden - simbol Kyoto Imperial Palace |
Shishinden ialah bangunan yang paling penting di sini, dibina semula pada tahun 1855. Tempat pertabalan beberapa Maharaja Jepun seperti Maharaja Taisho dan Showa. Dalam bangunan ni ada disimpan Takamikura dan Michodai...apakah bendanya itu? the 'Imperial thrones'..tempat duduk (takhta) yang digunakan semasa pertabalan Maharaja Jepun..
Yang tak bestnya tak boleh masuk dalam kawasan Shishinden, cuma boleh snap photo dari Jomeimon Gate, di wikipedia pun gambar macam ni juga..
Outer Gate utama yang direct dengan Shishinden ialah Kenreimon Gate. Menarik ukiran-ukiran di gate ni..ada lambang bunga crysantheum..the Imperial crest..
|
Kenshunmon Gate |
Bila boring dengar tour guide tu cakap, mulalah tak fokus..snap sana-sini, trying hard ambil gambar takde gambar ahli-ahli jemaah yang ramai-ramai tu..
|
Seiryoden |
Seiryoden ni senibinanya lebih kurang sama dengan Shishinden. Tempat tinggal Maharaja sebelum Otsunegoten dibina.
|
Ogakumonjo |
|
Kogosho |
Di antara Kogosho dan Ogakumonjo tu yang kawasan lapang, tempat putera-putera raja bermain 'kemarinoniwa' - sejenis permainan menimang bola dengan kaki, jangan sampai jatuh ke tanah.
|
ahli tour bergerak ke Ogakumonjo |
OK, dah penat tengok bangunan, jom kita layan taman-taman pula, Japanese garden, ada dua taman - Oikeniwa Garden dan Gonaitei Garden. Dua-dua cantik..
|
Oikeniwa Garden - ada Jambatan Keyakibashi |
|
anak sungai |
|
Gonaitei Garden |
Disebelah Gonaitei Garden ni, terletaknya Otsunegoten, tempat tinggal Maharaja sebelum ibunegara Jepun dipindahkan ke Tokyo pada tahun 1869. Bangunan ni paling besar, mempunyai 15 bilik dan dibina mengikut 'shoin' style.
|
Otsunegoten |
|
wall painting |
|
binaan atap - tidak menggunakan paku untuk survive dalam gempa bumi |
|
Otsunegoten |
Tamat sudah guided tour selama sejam..interesting. Highly-recommended - sejarah, arkitekur dan view yang menarik...lagipun percuma, takde bayaran masuk.
|
landskap yang menarik..dengan pokok Japanese cypress yang macam bonsai |
Hari dah pukul 3.00 petang, perut dah lama berkeroncong..breakfast pagi tadi pun ala kadar saja..mari cari makan dulu..sudah tentu di Rose Cafe, sebelah istana ni je tapi nak jalan dah tak larat, nak merentasi kawasan taman yang luas, last-last naik teksi. Bersambung..
Huh... yg baca pun macam terasa sama penatnya.. tapi mestilah seronok sebab ada tur guide yg buat semua explanation. Jelas. Jalan pun ramai-ramai taklah rasa penat sangat. Cuma bila dah selesai baru terasa betis dah tak larat ye hihi...
ReplyDeleteGambar pemandangan yg ada tasik, batu-batu dan bridge sebelah kiri tu kalau enlarge dan framekan pun cantiklah. Kakak tertarik!
ya, betul..dah habis tour, baru terasa kejang urat, duduk dulu, urut kaki..hehe..
Deletegarden yg ada di istana ni memang antara yg tercantik di Kyoto, maklumlah kat istana..
Wah menarik nya. Kena masuk wishlist ni. Menarik part atap tanpa paku.
ReplyDeletehighly-recommended..semua bangunan kayu di sini menggunakan sistem 'tebuk-tembus' dan pasak macam kat Malaysia juga..
Deleteistana lama ni kayu kot...taman jepun memang cantik tersusun...banyak pula bonsai..
ReplyDeletesemua bangunan kayu, guna sistem 'tebuk-tembus' dan pasak, utk tahan gegaran gempa bumi...Japanese garden tu memang cantik..pokok Japanese cypress macam pokok bonsai..
Deletemmg cantik sungguh tamannya dgn air yg jernih . klu dpt masuk lagi penat kot sbb luas kawasannya .
ReplyDeletetaman-taman ni dijaga rapi..memang cantik...tak bagi masuk utk preserve bangunan2 ni..mungkin tak selamat nak masuk.
DeleteSuka tengok semua "mon" (gate) yang ada kat Japan, ukiran pada Kenrei gate tu ohsem~
ReplyDeleteMemang identiti nihon terserlah pada design gates/entrance dorang ^^
Gate yang ada di istana ni memang penuh dgn ukiran-ukiran..ada jg influence dari Chinese culture mcm Kenshun-mon..
Deleteruginya waktu ke Kyoto dulu tak singgah sini...cantik view kat tasik tu
ReplyDeletemasa spring, kawasan garden di sini dibuka utk orang ramai utk view cherry blossom...
Deletebrg yg lepas jgn dikenang, plan for the future..
Deretan office tu nampak macam sempoi je dari pemandangan luar....tapi kat dalamnyer belum tahu lagi...tentu hebat kan...
ReplyDeleteImperial office...kat bhg kaunter sempoi juga..
Delete