Friday, December 16, 2016

China : Xi'an - Rezeki di Pagi Hari

Assalamualaikum...salam Jumaat..

Hari terakhir di Xi''an...Sabtu, 12 November 2016..

Pagi-pagi dah keluar...Alhamdulillah, cuaca sangat baik, ada mentari pagi.. 

 pekerja sedang mengemas pokok-pokok bunga di taman depan hotel
lelaki sebelah tu sedang main badminton

 suka tengok depa berdua ni main badminton

Pagi ni takde itinerary khusus, berjalan je ikut langkah kaki..nak cari sarapan.. 

 menuju ke Beiyuanmen - suasana lengang

 Beiyuanmen di pagi hari - masa ni pukul 8 pagi

 gerai baru dibuka - spicy beancurd skin

 baru nampak hostel ni di Beiyuanmen
Silk Road Youth Hostel

 bangunan restoran yang cantik, lunch di sini hari ni

Masuk ke Xiyang Shi, baru meriah sikit, ramai yang dah mula berniaga 

nampak sedap..nyum, nyum..

 dodol china

 baru ternampak gegantung (bunting) ni

Tetiba ternampak ramai sungguh orang perempuan tengah menggoreng roti di tepi jalan..majlis apakah ini..

 inilah dewan kecik yang ada kematian malam Rabu hari tu
ini kenduri arwah kot

 gotong-royong menggoreng

yang diluar menggoreng, di dalam dewan menguli tepung 

 mercik minyak di atas jalan

 roti yang dah siap digoreng diletak ditepi jalan mcm ni je

 siap untuk diberikan kpd orang ramai yang lalu lalang
termasuklah kami berdua

Alhamdulillah, dapat sebijik sorang, rezeki jangan ditolak
sedap juga rotinya, ada rasa masin-masin, lemak-lemak sikit

Jom berjalan lagi, cari restoran untuk sarapan..dah sampai simpang empat Xiyang Shi dan Guangji Street, corner kanan masuk Guangji Street..

 kedai dekat simpang empat
macam sedap je, ramai yang beli - kuih bingka kot

Ingatkan nak sarapan di restoran kecik yang jual makanan celup-celup ala-ala yong tau fu, tapi tengok pagi-pagi, dia jual makanan lain...tak jadi, jalan terus..

tengah buat roti keras kaler putih

maju sungguh gerai ni, masa pergi tengok penuh sup sebesen besar
masa balik dah surut

Berjalan lagi ke utara, sambil kunyah roti percuma tadi, sampai di simpang tiga, corner kanan, masuk ke Dapiyuan Street..tengok banyak gerai-gerai di tepi jalan..

Dapiyuan Street

bas mini - macam-macam aktiviti di pagi hari

 Di simpang tadi, ternampak signage ni..

ada masjid di sini

- bersambung -

20 comments:

  1. memang yakin halal ye kak makan kat street ni? seronok betul makan street food macam ni.kalau saya habis la duit kat makan je..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang berniaga mostly Muslim...mcm2 streetfood, macam nak rasa semua je..hihi..

      Delete
  2. Roti tu dia display utk sesiapa tak kira non-muslim juga ke No.
    Kakak ingat nak tengok dia kenduri makan roti tu tapi dia agih org lalu-lalang aje. Cara mereka bersedekahlah agaknya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk org Islam je, sbb masa bagi, depa tanya muslim ke..dewan ni tempat depa buat kerja je rasanya, sbb masa balik, lebih kurang pukul 10 lebih, tengok dah takde semua org ramai-ramai tu..

      Delete
  3. Dodol cina tu akak rasa tak? Sama dak dengan dodol kita? 😊

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kwsn ni dipanggil Muslim Quarter, tempat ramai org Islam..

      Delete
  5. jln pagi cari sarapan mesti bnyk pilihan didapati

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak pilihan tapi satu pun tk menarik minat..makan roti percuma je..

      Delete
  6. Wahh... Cerita Xi'an yang sentiasa saya suka nak melihat keadaan di sana. Tengok roti, lapar plak. =D

    ReplyDelete
  7. Ooh Muslims sini ada buat kenduri arwah (kot?) juga rupanya, dan cara mereka ialah sedekah roti goreng pada Muslims lain di situ. Interesting info... nampak sedap roti tu :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn kenduri arwah rasanya..teka saja..roti tu sedap, rasa lemak & masin2 sikit..makan begitu saja pun sedap..

      Delete
  8. rezeki roti di pagi hari...best jln2 tengok khidupan local,roti memang makanan asasi breakfast kt sana agaknya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat roti percuma..hihi..roti dan sup pedas yg femes tuk breakfast kt sana..

      Delete
  9. wowo macam2 makanan eh entri ni.. hehehe. alhamdulillah dpt roti free. fresh2 dr kuali pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. snap gambar2 makanan je..ntah, tak terasa nk beli..hihi..roti tu sedap jg..fresh, baru digoreng..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...