Dari Great Tang All Day Mall, balik hotel, berehat, solat, kemudian keluar untuk cari makan. Tak tau nak makan di mana, ikut langkah kaki..akhirnya makan di satu restoran kecik di Guangji Street sebelah atas.
Seperti biasa, tak reti nak order. Sib baik depa ada menu in English. Di meja sebelah, ada satu couple Negro tengah makan, nampak mcm sedap je. Tunjuk kat waitress, nak order macam tu juga. Waitress tu pun tunjuk nama makanan tu dalam menu..
aoo..Xinjiang chicken nama makanan tu. Ada 'big portion' dan 'small portion'..kami pun order, tunjuk kat tulisan 'small portion'...settled...
Tetiba yang datang...
besar giler..hahaha..communication breakdown..
harga - 90 yuan
hihihi..ambik kau, selambak nak dimakan..seekor ayam kot, dibawahnya ada 'belt mee' lagi. Makan sikit..hmm..memang tak lalu sebab ada cuka yang menyebabkan lidah dan seluruh mulut berangin je...kali kedua terkena macam ni. Cuba juga..memang tak leh nak gi..
Dah tak habis, tapau bawa balik. Masalah lain pulak, nak bagi sapa...nak buang, rasa sayang sebab banyak. Bawa jugalah, kalau-kalau terjumpa peminta sedekah, bagi kat depa je..
My sister ajak pegi kedai di sebelah Masjid Daxuexixiang, nak beli souvenir untuk bonda tercinta..
My sister ajak pegi kedai di sebelah Masjid Daxuexixiang, nak beli souvenir untuk bonda tercinta..
Guangji Street sesak dgn pelbagai jenis kenderaan
bas mini yg cute
kecik benor
apa jenis haiwan - musang kot
first time tengok haiwan berbulu macam ni
kedai muslimah jual jubah
pintu masuk yang ada tiang warna merah
Dari Guangji Street, masuk ke Miaohou Street untuk ke Daxuexixiang. Jumpa gerai jual bulu-bulu binatang yang digantung di pokok. Kalau waktu malam nampak macam ni, mau lari laju-laju..
apa jenis haiwan - musang kot
first time tengok haiwan berbulu macam ni
kedai muslimah jual jubah
Dah sampai di Masjid Daxuexixiang, my sister pegi kedai jual tudung di sebelah masjid.
Saya pula masuk kawasan masjid, riki-riki untuk serah bekas isi Xinjiang Chicken. Tinjau-tinjau kot ada sapa-sapa yang daif. Masa ni dah selesai solat Asar, para jemaah dah mula bergerak keluar. Terperasan sorang pakcik ni, kelihatan daif sangat, mula-mula nampak dia kira duit kertas, kemudian pi minum air paip. Bila nampak dia seorang diri, cepat-cepat bagi beg plastik berisi Xinjiang Chicken.
Dari jauh, saya menyorok-nyorok sambil mengintai pakcik tu buat apa. Rupanya dia pi duduk dekat bangunan sebelah paip air tu, buka bekas dan makan. Sayu tengok pakcik ni, Alhamdulillah, berkongsi rezeki dengan saudara seMuslim di Xi'an..
Dah selesai urusan di Daxuexixiang, berjalan pulang. On the way, singgah gerai jual kuih macam kuih putu ni..
sedap - kuih pulut dgn jem & kacang tanah
harga - 2 yuan
my sis beli buah epal besar yang sedap & rangup, murah je
OK, sesi jalan-jalan cari masjid belum berakhir lagi. Kali ni di Guangji Street. Dekat dengan Great Mosque, ada satu lagi masjid lama..
signage bulat tu menandakan ada masjid di sini
menara azan
Jom masuk lorong ke masjid dalam kawasan perumahan
dewan solat utama
Alhamdulillah, masjid ke lapan dijejaki di Muslim Quarter. Bergerak balik ke hotel, tak larat nak bersesak-sesak di Xiyang Shi, memilih untuk ikut Huajue Alley, lorong ke Great Mosque...melihat suasana kehidupan di lorong belakang..
industri kecil membuat roti keras
membuat mantou (pau)
Huajue Alley yang bersih
para jemaah sudah mula memasuki Great Mosque melalui pintu kecik
masa ni dah nak hampir waktu Maghrib
port untuk mengopi depan masjid
Beli dinner siap-siap, malam dah tak keluar, sesi kemas beg, malam esok dah nak pulang ke Malaya..
End of Day 5.
Not bad No kalau sampai 8 masjid dpt dijejaki
ReplyDeleteBukan calang-calang sebab bukan duduk sebulan/dua.
misi mencari masjid di Xi'an..dah locate awal2 dlm peta..lokasi masjid dekat2 je..
DeletePuas berjalan dan merayau di Xian ya nohas. Saya ke China/Beijing tahun 2000. Lima hari di sana seingat saya cuma hari pertama dan kedua saja saya boleh makan masakan depa, lepas tu tak boleh masuk... dan selebihnya saya cuma makan mee segera yang di bawa dari M'sia. Penghujungnya hari ke lima saya demam teruk, nasib baik lepas pemeriksaan imigresen dan sampai KL saya warded di Hospital Kg Baru.
ReplyDeleteDi Beijing saya sempat singgah sembahyang di masjid Niujie.
puas merayau di Xi'an..hihi..makanan kt sini bolehlah dimakan, tapi ada jg yg tekak tk leh terima..teruk jg condition Sweetie..
DeleteBeijing my next trip, in shaa Allah..
Puas hati jalan merata ceruk xian ya nohas...elok sgt bermurah hati bersedekah kpd yg perlu dimana saja kita berada nescaya Allah permudahkan semua urusan kita.
ReplyDeleteselagi ada masa, selagi tu dok merayau segenap ceruk Muslim Quarter ni..kesian tengok pakcik tu, masa saya bg makanan tu, tengok muka dia sayu je..
Deletehahaha... yang saya nampak - semuanya pasal makanan...
ReplyDeletehihihi...
tapi ayam tu mmg "small portion" ke? ke dia salah bagi?
ke small tu = big?
big = small?
ke?
silap bagi ni..small portion harganya 45yuan je..
Deletentahlah waitress tu silap tengok kot masa tunjuk kt dia...ke dia ingat kami nak yg sama mcm couple meja sebelah..couple tu mkn big portion..hihi..
hurm..tak kena dengan selera ni payah jugak ye..huhu.tapi tulah, rezeki pakcik tu
ReplyDeletetiga kali terkena mcm ni..tapi takpe, rezeki pakcik tu..
DeleteAdoi.. Masalah juga ye bila komunikasi breakdown.. lain yg diorder, lain pula yg sampai..
ReplyDeleteTapi xpela rezeki pakcik tu..
mmg susah, ingatkan dah tunjuk, dia faham...hihi..
DeleteCommunication breakdown lagi huhuhu... takpelah jadi rezeki pakcik tu, rezeki sis bersedekah lagi :')
ReplyDeleterezeki pakcik tu, kesian betul tengok dia, minum air paip..
DeleteAlhamdulillah murah rezeki pakcik,comel sgt bas tu...mmg sesuai jd public transport kt tempat yg sesak
ReplyDeleteAlhamdulillah, pakcik tu mkn dgn berselera *intai dari jauh*..
Deletesenang je bas tu susup-sasap, selit menyelit di kwsn sesak..
berjaya juga nohas jejak kaki kt masjid2 xian ni.. alhamdulillah rezeki pakcik tu. moga murah rezeki nohas ya. ohh tak boleh terima makanan ada cuka ke. semua makanan nampak sedap kt sna.
ReplyDeleteAlhamdulillah, masjid2 di sini, semuanya within walking distance..ada makanan yg bubuh cuka, bila makan, dalam mulut jd kebas..pakcik tu kesian nengoknya..
Delete