Wednesday, 14 December 2016

China : Xi'an - Great Tang All Day Mall

Assalamualaikum...

Dari Shuyuanmen, kita ke Great Tang All Day Mall - "the longest and the largest pedestrian street of tourist landscape and cultural mall in Asia". Kena gi tengok ni, perancangan dan strategi untuk kompleks perniagaan dan perlancongan...town planning session..

Nak gi sini, naik metro dari stesen Yongnimen ke Wei-1-Jie stesen. Jom menapak cari stesen metro Yongnimen Zhan....jauh juga..

 city wall- southern view

 Yongnimen zhan

Sampai di Wei-1-Jie stesen, tanya kat guard yg jaga mesin scan, tunjuk peta yang ada tulisan cina. Dalam peta cuma ada tulisan Tang Paradise garden je. Guard tu pun tulis naik bas no. 44. Great Tang All Day Mall ni on the way ke garden tu.

Tiba-tiba ada sorang lelaki datang tegur in English, dialah yang explain, keluar exit C, naik bas no. 44. Alhamdulillah, lega..

 exit C

Keluar ikut Exit C, jalan ke kiri, akan nampak hentian bas, tunggu bas no. 44. Sebenarnya tak tau nak turun kat mana, tapi bila nampak bangunan-bangunan senibina Dinasti Tang, cepat-cepat turun.

 Bangunan senibina Dinasti Tang

Great Tang All Day Mall menggabungkan beberapa bangunan senibina Dinasti Tang di sepanjang 1,500 metres central themed avenue yang ada 9 tema iaitu art, literature, religion & science.  

  The themed avenue selari dengan Big Wild Goose Pagoda di utara

permulaan tree-lined themed avenue

 Zhen Guan Square - tribute to Emperor Taizong of Tang Dynasty

selain shopping complex, ada Xi'an Concert Hall, Xi'an Grand Theatre

Great Tang All Day Mall ni lebih menarik jika pergi waktu malam, ada illuminati..

source: tour-beijing

Kawasan ni dah dekat dengan Xi'an Botanical Garden, tapi malas nak menapak. Kalau naik bas 44 tadi, boleh pergi ke Tang Paradise Garden. 

Tang Paradise Garden lagi gempak. Entrance fee: RMB 90 - 120; sekali dgn pantomine - RMB168 - 198..

Tang Paradise has created several records: It has the world's largest water show; it is the first "Five  Senses" (vision, hearing, smell, touch, taste) theme park; has the world's largest outdoor aromatization engineering; and it is the largest Tang royal buildings. On January 17, 2011, the National Tourism Administration formally approved the Big Wild Goose Pagoda-Tang Paradise scenic area as the national AAAA A tourist attraction. 

 Tang Paradise - source: topchinatravel

Nampaknya di Xi'an ni, banyak betul tribute to Dinasti Tang, mesti gilang-gemilang dinasti ni. Memang integrated perancangan tourism bagi kawasan ni dari Big Wild Goose Pagoda - Great Tang All Day Mall - Tang Paradise garden..Tang Dinasty to the heart's content..

Dah habis menyusuri themed avenue, decided untuk balik ke Zhonglou, tunggu bas untuk ke stesen metro.

apartment di Xi'an - bersih jg jalanraya di sini

jom pulang

metro sentiasa penuh sesak, ramai sungguh umat manusia...

18 comments:

  1. Walaupun bangunan2 tu telah di dirikan pada zaman Dinasti Tang, tapi ia masih nampak kukuh dan gah.

    Berapa lama nohas di China, banyak betul tempat yang di lawati... lawatan kerja ke ni... dan mmg best kalau jalan2 di negara orang gunakan pengangkutan awamnya... banyak tempat boleh survey kan. Tapi nak kena beranilah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua ni bangunan baru, Sweetie, dibina ikut senibina Dinasti Tang...

      lima hari penuh di China..semua tmpat dekat2 je, bukan lawatan kerja tapi tengok2 juga town planning di sini..subway dia ok, cuma bas je, kena riki2 dgn local..Alhamdulillah, ada yg boleh ckp english..

      Delete
  2. hebat dinasti Tang ni...peninggalannya nampak sangat gah

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak betul tempat yg bercirikan Dinasti Tang - ada lagi Tang West Market..semuanya large scale development..

      Delete
  3. Dinasti Tang meninggalkan sejarah kegemilangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti gilang-gemilang dinasti ni..sampaikan byk betul development bercirikan dinasti tang ni..

      Delete
  4. diorg suka simpan warisan diorg, and yet its still beautiful

    ReplyDelete
    Replies
    1. memelihara khazanah lama utk generasi akan datang...susah nak cari ganti..

      Delete
  5. Baca juga sebab nak tahu walau dah tertinggal:)

    ReplyDelete
  6. Nice exposure of Tang Dynasty... selama ni ingat yang glamernya ialah Ming Dynasty :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Xi'an, Tang Dynasty lagi femes..banyak betul tribute..

      Delete
  7. susah juga kalau tak tahu nk turun kt mana.. lama2 mesti byk org china communicate in english.. mesti dinasty tang ni gemilang, bangga org2 zaman dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm bas asyik terjengok-jengok kat luar..hihi...mereka bangga dgn dinasti tang, byk betul tribute utk dinasti ni...

      masih ramai yg tk leh communicate in english, budak2 sekolah pun tk pandai jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!