Dah check out hotel, simpan beg di luggage room, masa untuk shopping saat-saat terakhir. Masuk ke Huajue Alley, nak shopping souvenirs.
kedai souvenirs di Huajue Alley
kedai yang selalu gi beli purse sutera cina
beli berus lukisan ni, adik kirim..kat gerai makcik Muslim
kat sini yang lama, tawar-menawar, tanya bulu jenis apa
ada bulu tupai, bulu serigala..'no pig, no pig'..marah makcik tu..
Tengok jam dah nak hampir pukul 1.00, bergegas ke Great Mosque..tanya kat pekerja, nak ambik wuduk kat mana. Dia ajak ikut dia, tunjuk satu pintu..dia cakap kat orang dalam, ada pompuan Malaysia nak ambik wuduk, lebih kurang macam tu la kot..
Bila masuk je, tengok ada banyak skrin cctv, rupa-rupanya bilik sekuriti, bilik jaga. Jaga tu suruh ambik wuduk kat tingkat atas...memang ancient sungguh bilik airnya..tak sempat nak snap gambar..
Masa tengah ambik wuduk, terdengar azan Zohor....syahdunya..lain sungguh dari kat Malaysia..
Terkocoh-kocoh kami bersiap, sarung tudung, sarung kasut, takut kena tinggal dengan jaga, dia kan nak gi solat berjemaah. Bila turun je, nampak jaga tu tengah mundar-mandir tunggu kami. Kami pun terus keluar, cepat-cepat dia tutup pintu dan bagi isyarat ikut dia sebab nak tunjuk tempat solat pompuan kat mana..
Orang lelaki dah semakin ramai memasuki masjid...jaga tadi tu tunjuk kami tempat solat..huhu..kat tepi pintu masuk, di dinding sebelah kanan sekali, ada pentas kecik, dia suruh solat kat situ..jaga dan seorang lagi pekerja tolong tarik kain tirai..sekadar di pinggiran..solatlah kami di situ..
Masa tengah bercakap, datang sorang peminta sedekah, mintak satu roujimo..sambil tunjuk nak makan..kesian pulok, bagilah satu kat dia..hati gembira nak makan nasi..
Bersambung..
snap dari pentas tempat solat, dah selesai solat Zohor berjemaah
tapi imam belum habis baca doa, depa ni berdoa sambil berdiri di luar masjid
dah habis doa dibaca, ramai sungguh yg solat berjemaah
imam Great Mosque yang berserban hijau
pompuan bertudung dibelakang tu orang Xinjiang
tengah tunggu suami dia solat jemaah
Dah selesai solat, ronda-ronda lagi di sekitar masjid, sesi lawatan dalaman di 'south & north exhibition hall'. Suami-isteri dari Xinjiang tu pun sama-sama buat lawatan dalaman..
Sundial - jam matahari
lost in translation - ada ke masjid ditranslate jd church
bahaya betul ni...kalau kt M'sia dah lama kena komplain
lost in translation - ada ke masjid ditranslate jd church
bahaya betul ni...kalau kt M'sia dah lama kena komplain
Qing Guan Stone
kaligrafi & batu-batu bersurat
Kemudian ke South Exhibition Hall
pameran perabut zaman Dinasti Qing
Dah habis ronda-ronda Great Mosque, masa untuk melangkah pergi, rasa sayu di dalam hati, entah bila bertemu lagi..have to bid farewell...ilal liqa'..bi iznillah..
Bergerak semula ke Beiyuanmen, masa untuk MAKAN...hihi...order sate kambing untuk kali terakhir. Duduk atas bangku batu depan Drum Tower, menikmati sate kambing..
Terakhir - Beiyuanmen di petang Sabtu
kuih macam kat Korea
menggiling cili kering
Masa ni saya sorang je masuk ke Beiyuanmen, my sister duduk depan Drum Tower, jaga backpack. Beli cili flakes (ada orang kirim) dan dua keping roujimo (roti daging) untuk bekal ke airport, untuk dinner.
Masa tengah beli roujimo, tetiba ternampak gambar nasi goreng di pintu restoran, gembira rasa di hati. Sebenarnya dah rasa sedikit nanar sebab tak makan nasi. Last makan nasi masa hari Rabu kat terracotta. Saya pun cepat-cepat mengorak langkah nak beritahu my sister..
Bersambung..
Wow!! Jumpa nasi..
ReplyDeleteOrg Malaysia dan nasi berpisah tiada.. hehehe
gambar nasi je..nasinya enggak ada..huhu..
DeleteMereka kurang sensetif berbanding kita bab mosque dgn church jgn salah guna mahu kena pecah signbord itu. Tapi yg solat berjemaah itu yg lebih membanggakan kan.
ReplyDeleteSiap ada kerusi buat perempuan yg tunggu lelaki yg solat jumaat kakak nampak bersusun tu kerusinya.
mula2 baca confuse jg...lost in translation..ramai sungguh yg bersolat jemaah, mmg bangga dgn Muslim di sini..
Deletekerusi2 tu utk tourist kot..
ni hao ma mkcik tuu., salam
ReplyDeletesonoknyer jalan2 smpi ke China., bestnyerr ;p
hao, hao..wsalam..sonok, first time gi China..
DeleteMasuk kedai souviner tu yang paling best bila pergi melancung. Ralit di buatnya.
ReplyDeletemmg ralit, macam2 dibelek..dari taknak beli, langsung terbeli..hehe..
DeleteSS x abis pusing Great mosque tu...
ReplyDeleteakk pun first time ke sini, tak gi exhibition hall..
DeleteBrushes tu menarikkk... ada bulu tupai dan serigala hohoo... kalau saya ada kat situ mesti nak beli brushes juga, nak yang bulu tupai hehehe XP
ReplyDeleteAda peluang sis bersedekah kat sana juga, bagus sis *thumbs up*
mula2 tu was-was jg nak beli, tapi penjual tu Muslim, dia yg beritau bukan bulu khinzir, oklah..mmg menarik, buat souvenir pun cantik, bekas dia menarik..
Deletekesian tgk peminta sedekah tu, asyik tunjuk2 kt roti daging..
Allah ... teringinnya nak pergi juga yang ini.
ReplyDeleteakak - jom lah teman g lagi sekali jom
alamak..tk tau nk cakap..huhu..ada satu lg trip ke China tahun ni..in shaa Allah..
Deletemasjid tu memang orang perempuan tak ada ea?
ReplyDeletetak nampak orang perempuan bersolat jemaah..baca kt blog2 lain, tempat solat perempuan ada kt bhg belakang..mungkin masa ni dh suntuk sgt, tk sempat nk tunjuk tmpat perempuan..
Deleterasanya, pompuan tk leh solat kt bahagian dewan solat utama, sbb byk cctv..
teringat pak cik makcik yang ditemui masa g haji.
ReplyDeletebaik baik dan comel2 sangat.
berdisiplin semuanya.
mereka ni baik-baik belaka...cuba tgk dokumentari 'A road to Hajj', kt youtube ada, best jg..
Deletebagusnya waktu zuhur pun penuh masjid,dah ditranslate jd church pulak ya,ptutnya mosque,hihi...diorang ni mmg tak makan nasi sgt eh mcm rakyat korea n japan
ReplyDeletelost in translation...depa bnyk makan mee, nasi kurang kot..
Deleteteringin nak pergi sini.. in shaa Allah kalau ada rezeki. tngok org2 solat ramai tak macam masjid di mesia, kecuali jumaat. lawa beg sutera tu, kalau dpt mesti borong.
ReplyDeleteramai muslimin yg solat berjemaah di masjid2..beg sutera murah2 je..bargain habiss..
DeleteAdei bestnya...nak pegi xian!!! Nk mkn sate kambing
ReplyDeletesate kambing kt china, mmg marvellous..
DeleteI found your blog the usage of msn. This is a very neatly written article. I will make sure to bookmark it and come back to read more of your helpful information. Thank you for the post. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest places.
ReplyDelete