Wednesday, 7 December 2016

China : Xi'an - Daming Palace (Part 1)

Assalamualaikum..

Sambung kisah travel di Xi'an, fast track travelogue ni, nak habiskan sebelum year end....ok, bear with me for a few more entries.
  
Hari ke-empat di Xi'an..hari ni nak pi melawat istana..Daming Palace.  

Daming Palace (Palace of Great Brilliance) ialah istana yang dibina oleh Emperor Taizong, maharaja zaman Dinasti Tang (618 - 907). Lokasinya di sebelah utara kota Xi'an.

Keseluruhan kawasan istana ni terbakar semasa perang di akhir zaman Dinasti Tang, termasuklah Daming Palace. Yang tinggal hanyalah bekas-bekas bangunan yang tertimbus dalam tanah dan baru dijumpai pada tahun 1957. Kawasan ni dibuka kepada orang ramai pada 1 Oktober 2010.

Kawasan Daming Palace ni luas yakamat, 2/3 daripada kawasannya free of charge, takyah bayar, ada taman rekreasi, tasik, tempat orang ramai beriadah, 1/3 lagi berbayar, mostly yang 'central axis', kawasan preservation dan exhibition.
---------------------------------

Ok, nak pi Daming Palace naik metro. First time naik metro di Xi'an.

On the way ke Zhonglou metro station, jumpa gerai yang berasap ni, ramai yang berkerumun. Kami pun menjenguk juga, ooa...gerai jual pau. Mula-mula tak sure pau tu halal ke idok, tetiba ternampak kalimah 'Lailahaillah'..mamat tu bagi salam, tanya, Malaysia?

 
 
Bila dah tahu halal, mula le nak membeli. Breakfast tadi, cuma makan separuh sandwich semalam yang tak habis dan air milo. Beli pau ni 2 biji, sebiji 1.50 yuan.



pau inti sup daging kambing
memang sedap dimakan di pagi yg dingin


 arca dari rumput

basikal untuk disewa

 stesen Zhonglou

Di Xi'an, cuma ada tiga line metro..hmm..kacang je..hihi. Line 3 baru saja beroperasi.  

 Beli tiket di mesin, ada dalam English, prosedur biasa

tiga line metro, pilih stesen

  Tambang metro dah naik ke 2 yuan

cantik kadnya 

Sebenarnya tak berapa studi sangat Daming Palace ni. Ingatkan nak refer entry dalam blog SS, tapi wi-fi slow sangat macam siput, takleh bukak blog SS

Cuma ingat sikit-sikit, turun kat Daminggongxi stesen, keluar ikut exit 2C, ambik tuk-tuk ke Daming Palace. Senarai stesen metro dah di print, so senang nak refer. 

Jom redah..

 canggih juga, teknologi cina

Dah sampai Dominggongxi stesen, takde exit 2C. Exit semua dalam abjad - A, B, C & D..keluar exit C. Dah keluar, tak nampak sebijik tuk-tuk pun, tanya orang arah ke Daming Palace. Depa suruh corner kanan, jalan terus, corner kanan lagi..

ikut jalan ni sampai simpang empat, ambik kanan

masuk jalan ni pula

Perghh..jauh giler berjalan, nama je stesen Daminggongxi, tapi jarak lebih kurang 2 kilometres ke kawasan Daming Palace. Jalan di atas tu di sebelah barat kawasan Daming Palace, ingatkan ke 'North Gate'..silap orientation..menyusuri jalan ni, nampak ramainya orang tengah beriadah..

 jejak kaki

Jalan lagi, sampai jumpa entrance masuk ke kawasan taman yang sangat luas, tengok peta, tak berapa faham sangat..redah je, ikut kaki..

 cantik juga park ni

jumpa banyak penerangan mengenai tapak-tapak bangunan di kawasan Daming Palace, bersekali dengan model bangunan

adik-adik, abang-abang SWAT sedang training

Check peta sekali lagi, baru dapat kesan lokasi, rupa-rupanya kami berjalan ke arah 'North Gate'. Masuk ikut barat, berjalan menuju ke utara.

 north gate di kejauhan

 jejak kaki 

Singgah toilet awam, Alhamdulillah, bersih. Ada orang berlatih tarian pedang..

fong sai yuk

 permulaan musim luruh

Berjalan ke arah 'north gate' tadi, takde orang..buggy pun takde...isk, isk..

sempat posing kat sini

Masa ni my sister dah give up, ajak tunggu teksi, nak balik hotel. Tunggu teksi di tepi jalan besar, tapi sebijik teksi pun tak berenti, asyik penuh je, tuk-tuk pun sama, asyik penuh je..

Bila rasa macam takde teksi nak berenti, saya ajak masuk balik park ni, jalan je perlahan-lahan ke selatan, anggaplah ini satu exercise mengelilingi taman tasik..hihi....kat gate selatan nanti, banyak teksi, banyak tuk-tuk...konfiden...

 masuk ikut sini, di sebelah timur pula

Menapaklah ikut sebelah timur pula. Dah hampir separuh jalan, baru nampak buggy panjang, yang ada lagu2 budak tadika. Tahan buggy ni, tambang 30yuan, bawak pusing-pusing seluruh taman. Entah, rasa macam mahal tambangnya, lagipun dah ronda hampir seluruh taman, dari barat ke utara, sekarang di sebelah timur pulak, tak jadi naik..teruskan menapak.. 

Akhirnya..sampai juga di entrance untuk masuk ke laluan tengah (central axis) untuk ke 'South Gate' - Danfeng Gate. Tapi sebelum tu, kena beli tiket dulu. Tapi kaunter tiket bukanlah di sebelah entrance gate. 

Mula2 tu tak faham apa yang guard pompuan tu cakap, lepas dia tunjuk2 arah ke bangunan ni..barulah faham, kena patah balik untuk beli tiket masuk..

Adehh, berpatah balik ke kaunter tiket..nasib baik, tak jauh, lebih kurang 50 meter je dari entrance..

   kaunter tiket

 entrance fee - 60 yuan. gambar Danfeng Gate

Dah ada tiket, jom kita masuk, adakah kena berjalan jauh lagi??..huhu..

Bersambung  

6 comments:

  1. Mak aihhh... ah kak membetis ke? Siannya... suppose ada tuk tuk... bersepah... pelik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. membetis ler, dah mcm bangla...hihi..waktu pagi takde tuk-tuk kot..

      Delete
  2. Tmpt ni suppose byk photography spot yg menarik... tapi luas sgt... kalu naik buggy dia just ikut jln beso tu jek... nak ke spot menarik tu mmg kena jalan... atau sewa basikal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. park ni cantik tapi tu lah, luas yakamat..ada mcm2 garden, tulip garden pun ada..tapi tak pi, dah tk larat nak jalan..

      Delete
  3. long morning walk...pening juga mencari arah,mesti sengal urat kaki,mujur cuaca sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. luas sangat kwsn palace ni, dari utara ke selatan, jenuh berjalan..mmg sengal urat saraf kaki..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!