Thursday, 26 February 2009

Hijrahku, Hijrahmu

Bercuti, mengembara, berehlah ke luar negara memanglah menyeronokkan. Tetapi, berhijrah dan menukar kewarganegaraan ke negara lain, adakah ada dalam agenda hidup anda? Tak pernah terfikir pun, rasanya Malaysia ni dah OK… Tugasan kali ini ialah menilai harta-harta kepunyaan seorang professional ini yang memohon untuk berhijrah dan menukar kewarganegaraan. Hartanya yang hendak dinilai termasuklah tiga kondominium and satu rumah kedai. Bukan sahaja hartanah, nilai kekayaan individu (personal net worth) merangkumi wang ringgit, simpanan, saham,dll. Yelah, mana ada negara nak orang luar yang miskin jadi rakyatnya, kan...melainkan pendatang haram & pelarian sahaja.. Dan di satu pagi, saya ke kondominiumnya untuk sesi lawatperiksa. Dia sedang bersenam di atas ‘treadmill’ sambil menonton siaran Astro movie. Alangkah, seronoknya hidup… Sambil-sambil melihat-lihat dalam rumah, saya ber`small talk’ dengan klien ni: s: u nak migrate ke mana? j: Australia s: kenapa nak migrate? j: I’m tired with this country, the politics, the mismanagement, many things happened lately in this country, I’m fed up lah. Furthermore, my children are studying there.. s: will you apply for the citizenship? j: yup. I have been thinking of this many, many years ago and now is the right time to realize it. s: don’t you feel sad leaving this country? j: hmmm…I can always come here, my relatives are still here..life has to go on..opportunity doesn’t know twice on your door..remember that.. s: ok, good luck to u j: thanks. pray for me.. Begitulah, alasannya. Sedang Malaysia berkempen MM2H (Malaysia My Second Home) program kepada warga asing, ada juga rakyatnya yang nak migrate. Brain drain. Malaysia ni tak cukup baguskah?? Mungkin rumput di seberang lautan lebih hijau, lebih mekar, lebih rimbun, lebat…. Kita juga semua mesti berhijrah, akhirnya ..dari alam fana’ ke alam akhirat, transit di alam barzakh (alam kubur)… 1) Bilakah masanya? Telah ditetapkan, tidak akan tercepat atau terlambat walau sesaat. 2) Maklumat tempat berhijrah? Tercatat di dalam Al-Quran and Al-Hadis 3) Bekalan & persiapan? Amal soleh, kebajikan & taqwa 4) Destinasi mendarat? Tanah perkuburan 5) Pakaiannya? Minyak wanginya? Kain kapan, kapur barus, cendana 6) Siapakah pegawai imigresennya? Malaikat Munkar & Naqir 7) Kapal terbangnya? Keranda Bersediakah kita??? [89.27] Hai jiwa yang tenang. [89.28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. [89.29] Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, [89.30] dan masuklah ke dalam surga-Ku.

5 comments:

  1. Salam...

    Terkadang kita perlukan untuk berhijrah..tetapi jenis hijrah bagaimana perlu kita lakukan?itu bergantung kepada diri yang berhijrah..pilihlah hijrah yang betul-betul lurus jalannya. Cerah sinarnya.

    ReplyDelete
  2. Berapa ramai diantara mereka yang menjadi pelarian dan dalam negara kita puluhan ribu yang tidak punyai warganegara. Ada yang begitu mudah untuk menukar warga negara kerana alasan-alasan tadi. Apa pun bersyukur lah kita masih menghirup udara yang segar dan nyaman dan bukan nya asap bom dar bau hanyir darah.

    ReplyDelete
  3. To Ibnurashidi:
    Berhijrah ke arah yang lebih baik dgn berkat usaha & tawakkal kepadaNya

    To Pok Li:
    Bersyukur kita diatas kurniaanNya, di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..

    ReplyDelete
  4. Hijrah untuk menjadi lebih baik ada laa... tapi, kalau nak berhijrah ke negara lain tu... Idok le... Teman lebih sayangkan Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan emas di negara orang, lbh baik negara sendiri kan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!