Wednesday 25 March 2009

Dyera costulata

Masuk hari ni, sudah tiga kali saya ke Bukit Jelutong, Shah Alam atas urusan kerja dalam bulan ni. Bukit Jelutong dibangunkan oleh Kumpulan Guthrie Bhd (sekarang Sime Darby Property Bhd) terbahagi kepada dua iaitu Bukit Jelutong Barat dan Timur, terbahagi oleh Guthrie Corridor Expressway. Jelutong atau nama saintifiknya 'Dyera Costulata' adalah sejenis pokok kayu, mahal dan berkualiti seperti juga rumah-rumah yang terdapat di sini.

Bukit Jelutong bagi saya adalah sebuah township yang nyaman, relax, jauh dari kesibukan. Mungkin sudah terbiasa dengan keadaan yang ramai orang and suasana sibuk, township ni bagi saya sangat boring. Pernah pergi masa hari minggu, sunyi sepi macam dilanggar garuda. Mungkin yang happening sikit dekat 'neighbourhood shops' yang dipanggil D'Pangkin Jelutong.



D'Pangkin Jelutong


Tapi yang paling saya suka di Bukit Jelutong ialah rekabentuk rumah-rumahnya yang unik dan lain dari yang lain. Workmanship pun kemas dan berkualiti. Konsep 'concealed drains' dan 'cobblestoned streets' menambah keunikan township ni.

Rumah teres di Bukit Jelutong. Siap ada menara tinjau lagi..


Landmark yang paling gempak di Bukit Jelutong ialah bangunan ni..... Guthrie Pavillion

Guthrie Pavillion

Kami gelarkannya bangunan kapal layar kerana bentuknya yang seperti kapal tu. HQ building for the developer. Direka oleh arkitek TR Hamzah & Yeang menggunakan konsep 'blend with the nature' dan energy efficient building.

Berdekatan dengan bangunan kapal layar tu ialah Guthrie Golf Academy. Tension kerja boleh main golf jap...


OK, yang mana satu nak pilih ni?? 18-hole pitch & putt atau 9-hole mini golf?? Main kat driving range je lahh...berangan jerr, lebih baik ambik sabit masuk dusun kat kampung buat site clearing.. Golf kan ke Golongan Orang Lemah Fikiran..just joking..

12 comments:

  1. Salam...

    Nama jelutong menarik, persis nama bunga. Setahu saya, Kumpulan Guthrie Bhd ini pada asalnya adalah syarikat orang putih British sewaktu jajah tanah melayu dulu. Dengar kata, status tu masih kekal hingga ke harini. Betulke?

    Apa yang pasti, rumah di sana cantik belaka. Dan saya sukakan suasana kampung nyaman dan tenteram..

    ReplyDelete
  2. main sabitttt..!!!!harharhar...itu kalau time balik kuale..bila deroghyan dah bebunge....

    Sesuai dengan bentuk muka bumi yg berbukit dan beralun, tiupan angin begitu mendamaikan...mahei weh rega rumah kat sini....

    ReplyDelete
  3. To: Ibnurashidi,

    Kumpulan Guthrie memang asalnya syarikat orang putih British & ditubuhkan pada tahun 1821. Cuma pada tahun 1981, ia jadi syarikat M'sia bila PNB beli semua saham orang putih di London Stock Exchange.

    Rumah2 di Bukit Jelutong memang cantik2 belaka, design pun unik sesuai dgn harganya. Kawasannya besar juga, sebab tu sunyi.

    ReplyDelete
  4. To: fzy fuzzy,

    Kalau balik kpg, mesti kena sabit rumput kat kebun, kekadang takut juga, takut species yg menjalar tuu..

    Mcm Shah Alam & BBBangi juga, byk roundabout..

    ReplyDelete
  5. To Aidura Sofiee,

    Thank you for visiting. Lama menyepi, semoga kembali berblog..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sorry, ter miss akak punya komen ni..ya, sila-sila..

      Delete
  7. marah peminat tegar GOLF tu nanti klu baca maknanya ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..just joking...golf adalah salah satu games yg orang2 veteran pun still boleh main..

      Delete
  8. Harga rumah kat Bukit Jelutung nie pun tak boleh tahan beb... bergegau di buatnya... Teman memang selalu lepak kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kt sini mmg mahal gak tapi cantik...kwsn mcm sunyi sikit kt sini..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!