Monday, 13 April 2009

Racun

Dahulu kala di negeri China, ada seorang gadis bernama Li Li. Dia baru berkahwin dan tinggal di rumah mertuanya yang indah. Dalam waktu yang singkat, dia sudah mengetahui bahawa dia tidak sesuai tinggal bersama ibu mertuanya. Karakter mereka sangat jauh berbeza dan Li Li sangat tidak menyukai kebiasaan ibu mertuanya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Li Li dan ibu mertuanya tidak pernah berhenti berdebat dan bertengkar. Dan yang membuat Li Li kesal adalah adat kuno Cina yang menghendaki dia selalu menundukkan kepala untuk menghormati mertuanya dan menuruti kemahuannya. Semua kemarahan dan ketidakbahagiaan di dalam rumah menumbuhkan rasa sedih yang mendalam di hati suami Li Li yang berjiwa sederhana. Akhirnya Li Li tidak tahan dengan sifat buruk dan kelakuan ibu mertuanya dan dia benar-benar bertekad untuk berbuat sesuatu.

Li Li pergi berjumpa dengan teman ayahnya, Sinshe Wang yang mempunyai Toko Ubat Cina. Dia menceritakan situasinya dan meminta Sinshe Wang membuat ramuan racun yang kuat untuk membunuh ibu mertuanya. Shinshe Wang berfikir keras sejenak dan berkata “Li Li, saya mahu membantu kamu tetapi kamu mesti mendengar dan menuruti segala arahan saya”

“Baik, Pak Cik Wang, saya akan menuruti segala yang pakcik suruh” kata Li Li.

Shinshe Wang masuk ke dalam dan kemudian keluar membawa sebungkus ramuan lalu berkata “Kamu tidak boleh memberi racun yang kuat untuk membunuh ibu mertuamu secara serta-merta kerana itu akan menimbulkan rasa curiga. Saya telah membancuh ramuan beberapa jenis tanaman yang secara perlahan-lahan akan menjadi racun dalam tubuhnya” Shinse Wang berkata selanjut. “ Setiap hari sediakan makanan yang enak-enak dan masukkan sedikt ramuan ini kedalamnya. Kamu harus berhati-hati dan supaya tiada yang curiga sehingga saat kematiannya. Bersahabatlah dengannya, tunjukkan sikap yang baik, jangan berdebat dan melayannya seperti ratu”

Li Li sangat senang hati dan terburu-buru pulang bagi merencana untuk membunuh ibu mertuanya. Minggu demi minggu, bulan demi bulan, setiap hari, ibu mertuanya dijamu dengan makanan yang enak-enak yang sudah dibubuh dengan ramuan Sinshe Wang. Dia teringat tentang pesanan Sinshe Wang untuk mencegah rasa curiga lantas dia mengawal kemarahannya, menuruti segala perintah ibu mertuanya dengan baik dan memperlakukannya seperti ibunya sendiri.

Setelah enam bulan, suasana di rumah ibu mertuanya bertukar secara drastik. Li Li sudah mampu mengawal amarahnya sehingga menemukan dirinya yang sudah tidak pernah marah atau kesal. Dia sudah tidak berdebat dengan ibu mertuanya di dalam masa enam bulan yang terakhir. Dia juga merasakan sikap ibu mertuanya juga sudah berubah, semakin ramah dengannya dan melayan Li Li seperti puterinya sendiri. Malah, ibu mertuanya memberitahu jiran-jiran dan sanak-saudara yang Li Li adalah menantunya yang paling paik.

Li Li dan ibu mertuanya saling bersikap seperti ibu dan anak dan situasi ini menimbulkan rasa bahagia di hati suami Li Li. Sekali lagi Li Li pergi berjumpa Sinshe Wang meminta bantuan. “Sinshe Wang, saya mahu ubat yang menawar racun di dalam tubuh ibu mertuaku. Dia telah berubah menjadi wanita yang baik kepada saya dan saya sangat mencintainya. Saya tidak mahu dia mati kerana racun yang saya berikan.”

Sinshe Wang tersenyum sambil berkata “Li Li, tiada apa yang perlu kamu khuatirkan. Saya tidak pernah memberi kamu racun. Ramuan itu adalah ramuan penguat badan untuk menjaga kesihatan beliau”.

“Satu-satunya racun yang ada, adalah yang terdapat di dalam fikiranmu sendiri dan juga dalam sikapmu terhadapnya dan semuanya telah disapu bersih dengan cinta yang kau berikan kepadanya..”

8 comments:

  1. btul akk..kt stuju..racun memg ada dlm bdn kt tp dpt diubati dgn rasa cinta..

    ReplyDelete
  2. Tiba-tiba sahaja saya rasa terharu :)

    ReplyDelete
  3. Fatahiyyah,
    Fikiran negatif tu ibarat racun..

    nazirul mubin,
    jika lambat diubati, boleh membawa maut.

    Pok Li,
    Alamak,sedih pulak saya..

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Jemput ke blog baru saya..2 kali bertukar wajah dalam masa sebulan..

    http://www.faridrashidi.com/

    ReplyDelete
  5. FaridRashidi,
    Akan pi melawat..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Perg cerita... drmatik sungguh... Happiness ending...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni ada dibuat drama..Fasha Sanda berlakon..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!