Friday, 17 April 2009

Blogger Terhebat

Semasa merayau-rayau di alam maya, saya terjumpa satu artikel yang mengatakan hamba Allah ini adalah BLOGGER TERHEBAT.

Mula berblog pada tahun 2004 dan satu setengah tahun kemudian, blognya menjana pendapatan sebanyak USD30K sebulan dan artikel-artikelnya telah diterjemah ke lebih 12 bahasa dan dapat dimanfaatkan di 150 negara di dunia. Pengunjung blognya sekarang mencecah 2 juta sebulan..

Dengan keterujaan yang tinggi, saya terus klik ke laman blog beliau. Beliau menulis mengenai ‘personal development’, ‘self-help’ dan juga pelbagai tips motivasi. Memang diakui bahawa bidang motivasi, pembangunan diri, keyword ‘how-to’, etc, etc. sangat digemari ramai, all-times favourite, di alam maya dan juga di alam realiti.

Apabila membaca biodata beliau, saya rasakan sememangnya dia paling layak bercakap mengenai motivasi dan kecemerlangan diri. Pernah dipenjarakan pada usia 19 tahun kerana kes jenayah berat dan kemudian dibuang sekolah, beliau telah berusaha sendiri untuk bangkit dari kegagalan, membina kecemerlangan diri dan mencapai kejayaan di dalam hidupnya.

Beliau telah berusaha mengawal diri dari habit ‘kleptomania’ iaitu sikap suka mengambil barang-barang kecil di rumah orang (lebih kurang mencuri). Berjaya menggenggam ijazah dalam bidang komputer sains dan matematik dalam tempoh tiga semester sahaja, membuka syarikat perisian komputer, mencipta ‘award-winning’ permainan komputer, memasuki Los Angeles marathon dan seorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri.

Memang hebat blogger ini dan artikel-artikelnya pun memang hebat. Namun, darjah kekaguman saya seakan surut sedikit apabila membaca satu artikel beliau yang bertajuk ’10 sebab kenapa anda tidak perlukan agama’ atau dalam Bahasa Inggerisnya ’10reasons you should never have a religion’…merujuk kepada semua agama di dunia.

Membaca artikel ini, logik akal mengiakannya. Minda berperang, hati resah menyebabkan saya beristighfar & mengucap kalimah syahadah berulang kali, lantas saya membacanya hanya untuk fakta ilmiah sahaja.

“Your intellect is a better instrument of spiritual growth than any religious teachings.”


Begitulah, pemikiran seorang atheis mengenai kehidupan beragama. Terlampau mengagungkan pemikiran intelek. Merasakan segala apa yang dicapai dalam hidupnya kerana usahanya/kepandaian diri sendiri. Semoga, hidayah Allah hadir dalam dirinya. Di dalam Al-Quran banyak ayat yang menyuruh umat sentiasa berfikir..



"Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir" (Surah Al-Baqorah, ayat 219)



"Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal" (Surah Ali-Imran, ayat 7)



Jauh di sudut hati, saya bersyukur kerana dilahirkan seorang Muslim dan nikmat iman dan Islam masih lagi Allah kurniakan. Diri sentiasa berdoa agar nikmat ini terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan memohon daripadaNya agar diberi kekuatan menjaganya serta meningkatkan tahapnya, menggunakan akal fikiran untuk mendekatkan diri padaNya.

Mungkin banyak lagi artikel-artikelnya yang lain yang bagus-bagus untuk dibaca lalu akur dengan ungkapan kata ini
“jangan melihat pada siapa yang bercakap tetapi dengarlah apa yang diperkatakan”

Dan untuk pertama kalinya, saya mengetahui adanya ‘polyamorous marriage’, perkahwinan terbuka..hish pelik benar dia ni, ingatkan cuma ada poligami sahaja dalam perkahwinan. M
ungkin kerana sudah terlampau pandai, pelbagai alasan dicipta untuk mewajarkan tindakan...the power of mind..

Hmmm..with that, I rest my case..

Klik
di sini untuk ke laman blog beliau (enter at your own risk)…

7 comments:

  1. hmm..mcm best artikel yg akk ckp tp bl masuk bab atheis..ohh..tdk..

    ReplyDelete
  2. Itulah, bila manusia tidak berpegang pada agama dan tak percayakan kewujudan tuhan maka aqal menjadi neraca. Syaitan pula menyucuk jiwa supaya terus tersesat dan menyesatkan. Nauzubillah.

    Biarlah berjaya itu pada dunia dan akhirat bukan pada dunia semata.

    ReplyDelete
  3. Fatahiyyah,
    Artikelnya yg lain OK juga, buat motivasi diri..

    Farid Rashidi,
    Ya, ukuran kejayaan seorang Muslim, berjaya didunia & akhirat..

    ReplyDelete
  4. ARTIKEL YG SGT MENARIK...TAHNIAH

    ReplyDelete
  5. paridah,

    Thanks..ada pro dan contra blog dia ni..tapi articles dia on self-development memang terbaik.

    ReplyDelete
  6. Bila dah terlampau bijak sangat itu la jadinya... "Lupa Diri"... Tak perlu tengok jauh-jauh... Di Malaysia nie pun ada... Melayu... Beragama Islam... Tapi mempersendakan agama sendiri... Teman doa sangat semoga hidayah Allah menjadi miliknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muslim yg x percaya pd agama akan persenda agama sendiri..semoga dia mndapat hidayah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!