Friday 15 May 2009

Warung Kita

Setelah bekerja selama satu tahun lima bulan, barulah adik sorang kat ofis tu membuka rahsia. Kampung Baru's best kept secret dan bermulalah 'gastronomical adventure' bagi beberapa perempuan pelanggan tetap di ofis. Sudah masuk dua minggu memesan kuih-muih yang come nan lote dan sedap lagi murah. Tiga seringgit, kira murah juga mengikut standard bandaraya metropolis KL ni. Perniagaan kuih-muih dan makanan ini diusahakan oleh kedua ibubapanya dan juga sepupunya. Kira famili businesslah ni. Sudah lama, dah established di Kampung Baru.

Ini dia warungnya: Warung Mak Ipah

  Kuih-muih yang dijual disini ialah: karipap, keria, cucur badak dan kuih bom (ondeh-ondeh). Ada juga makanan sampingan iaitu mihun goreng, laksa, soto ayam, bihun sup, rojak buah dan bakso. Minuman panas dan sejuk juga ada dijual. Penjualan kuih-muih cuma beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Kuih-muih yang dijual. Now u see more, now u see less. First come, first serve basis.

Bahan-bahan untuk bihun sup, soto, laksa & bakso siap sedia untuk pelanggan. Disebelahnya, dua orang pekerja import dari seberang, ada permit ke, buk?

Jom, jalan-jalan cari makan di sini, di lorong ini, Lorong Raja Muda Musa 5

- Bon Appetite - 

8 comments:

  1. Dan salah seorang perempuan-perempuan itu adalah Aku...
    Sedap bangat karipap dia...isinya padat...Pheh! makan satu nak dua, makan dua nak tiga...tu la sebabnya kuihnya 3 sehinggit...

    ReplyDelete
  2. fzy fuzzy,
    Kenyataan anda disokong 100%. Sedap bangat..walaupun kuih kerianya out of shape, tapi sgt sedap gitu..mau hari2 order..nanti body pun out of shape jg..hahahaha

    ReplyDelete
  3. nak oder juge la...karipap 2 ringgit...! hehe

    ReplyDelete
  4. a.t.u.l.a.s.c.a.,

    Takde delivery services, guna courier boleh kot...hehe..

    ReplyDelete
  5. kg baru memang best esp nak makan2.

    ReplyDelete
  6. Emblem of Purity,
    Kg Baru..'syurga makanan' kat KL ni, macam-macam ada..

    ReplyDelete
  7. Mesti best makanan kat warung tu... title entry warung kita... tapi itu bukan warung kita... nie teman kongsikan kisah warung kita yang sebenar... Warung Kita Nanti tuan admin terjah la ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..sebenarnya title entry ni ambik dari satu program tv..ok nanti nk pi terjah Warung Kita..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!