Friday 13 July 2012

Jom Bekam

Assalamu'alaikum, salam Jumaat..

Pernah berbekam? Rawatan alternatif ini menjadi pilihan saya sebagai salah satu cara menjaga kesihatan. Selalunya saya berbekam di Taman Melawati, di rumah kedai depan Medan Selera Taman Melawati, di sebelah Pusat Rawatan Kohilal.   

Tuanpunya pusat bekam ini ialah Tuan Haji Ibrahim Mokhsen (seperti gambar dibawah)Jika lalu di Jalan Negara Dua, mesti nampak gambar ini depan kedai.  Tuan Haji ini memang dah lama menjalankan rawatan bekam, kali pertama saya pergi ke sini ialah dalam tahun 1998.  Untuk wanita, isterinya yang dipanggil Ummu yang akan membuat bekam.
Sila ke sini untuk berbekam - orang lama, banyak pengalaman, banyak nasihat
Update
Pusat Bekam Haji Ibrahim Mohsen telah berpindah ke Blok D-G-7, Residensi Bistaria, Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang, Ampang, Selangor (ikut jalan ke Ukay Perdana). Tel: 013 3758087 / 017 2980952 / 012 2105563

Kali ni bertukar angin pula, nak cuba bekam di sini, di AKUBEKAM. Lokasinya di Taman Tun Dr Ismail.



Ada sedikit perbezaan, jika di Taman Melawati, kulit ditoreh menggunakan 'razor blade' tapi disini menggunakan alat cucuk seperti pen yang selalu doktor guna untuk cucuk jari semasa test kencing manis.  

Jika di Melawati, kulit ditoreh sekali sahaja untuk tiga kali sedutan, tapi di sini, tiga kali sedutan, tiga kali kena cucuk (banyak pulak tu), memang pedih, tahan je lah.  Nak buat rawatan mana ada yang seronok-seronok, best-best, kanns..

Ubat untuk dimakan selepas bekam
Rawatan di sini mengikut jam, bergantung kepada penyakit and pesakitBoleh negotiate dengan tukang bekam. Bayarannya pula mengikut minit, satu minit RM2.33, kalau sejam..hmm..seperti resit dibawah *gulp - telan air liur dulu* dah terbiasa dekat Melawati, cuma bayar RM35 sahaja, tiba-tiba kena bayar ratusan ringgit..terkedu seketika..nak sihat, no pain no gain..health is wealth..*ayat-ayat penenang hati*

Bayarannya *gulp - telan air liur dulu*


Ubat-ubat itu bukanlah compulsory kena beli, dicadangkan beli mengikut penyakit bagi memudahkan proses pembekaman selanjutnya..semua ubat-ubat dari herba-herba terpilih, local dan overseas..ubat halau angin dalam badan, ubat melancarkan perjalanan darah (deep circulation) dan ubat bagi tenaga selepas bekam...

So, siapa-siapa yang nak try bekam, bolehlah try di kedua-dua tempat ini..disyorkan sebab sudah lama berada di pasaran..

Yayasan Ta'lim dan pusat reflexology
Disebelah AKUBEKAM ini, ada pusat reflexology dari China, yang ini belum try lagi. Mungkin nanti..InsyaAllah..Diatasnya ada kelas pengajian Darul Ta'lim. Setiap hari ada kelas pengajian percuma untuk orang-orang dewasa..

Animal Hotel
Satu baris dengan AKUBEKAM, ada ini the Puppy Cottage, gambar selingan sebab cute.  Tempat grooming dan juga hotel untuk haiwan-haiwan peliharaan. Mana-mana tuan-tuan haiwan ini nak bercuti lama, takde di rumah, disini tempat transit untuk haiwan-haiwan peliharaan mereka. Yelah, kalau tinggal dirumah, nanti mati kelaparan pulak haiwan-haiwan ni.

15 comments:

  1. Dah lama teringin nak mencuba, namun belum pernah dibuat. Baca di sini, kembali rasa nak cuba, tapi yang jarum haluslah. Pisau...tak berani!

    ReplyDelete
  2. biar berhabis asal sihat...
    yg penting jaga makan....

    ReplyDelete
  3. Adilla Harun,

    Jarum halus, parutnya cepat baik..Selamat Mencuba

    fzy fuzzy,
    Mencegah lebih baik dari mengubati, jaga makan..trying my best

    ReplyDelete
  4. bekam satu cara rawatan yg dianjurkan rasulullah kan kalau x silap sy?

    tp bab nk kena toreh dan cucuk terus cancel hehe

    ReplyDelete
  5. Rina,

    Ya, mengikut riwayat ada hadis mengenai bekam ni dan Rasulullah pun pernah berbekam, Wallahu'alam.

    Cucuk sikit2 shj, mcm kena gigit semut..tapi pedih jugalah..

    ReplyDelete
  6. Kat melawati tu harga rawatan masih RM35? Dah 5 bulan saya cuba nak buat bekam tapi belum sempat. Kena ajak mak ni supaya mak dapat pinjamkan kekuatan dia kat kita sikit bila masuk bab toreh menoreh ni huhuhu. Selama 5 bulan ni kita dok buat akupunktur je.

    ReplyDelete
  7. eL,
    Dah lama tak pergi bekam di Melawati, takde maklumat mengenai bayaran terkini.

    Cubalah bekam, InsyaAllah, diberi kekuatan, toreh-menoreh tak terasa sebab kulit dah dikebaskan.

    ReplyDelete
  8. syor utk umur after 40an..bekam darah..lama xmblogging..moga ini jadi langkah kembali semula ke alam blog

    ReplyDelete
  9. Ladybird,
    Salam Ramadhan to you too.

    Park Chick,
    Selamat berblogging kembali..
    Ya, betul, umur 40an, mcm2 penyakit akan timbul. Lebih baik mencegah dari merawat..

    ReplyDelete
  10. salam.. pernah berbekam dulu.. tkt.. menggigil2.. tp sbnrnye x sakit pun.. gigil je lebih.. sebab mindset tu dh mmg penakut..

    ReplyDelete
  11. LadyBird,
    Salam, pedih sikit shj. First time tu rasa takut jg, lama2 OK..

    ReplyDelete
  12. anak pernah berbekam tp mak anak penakut sangat. nohas rajin jg berbekam yer...

    ReplyDelete
  13. paridah,
    adalah pegi bekam dua tiga kali setahun..badan rasa ringan..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!