Tuesday, 5 February 2013

Di Bandung - Part 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki di kota Bandung, Jawa Barat pada 17 Januari 2013. Flight pukul 3.25 petang dari LCCT, mendarat di Bandung pada pukul 4.20 petang, waktu Jawa Barat.

Airport Bandung - kecik je


Sebaik tiba di airport, ambil teksi biru, Bluebird ke hotel penginapan, tambangnya cuma Rp40,000. Kami menetap di Hotel Kenangan di Jalan Kebon Sirih.  Booking via Agoda, murah sahaja, RM75 semalam.

Beginilah hotelnya, simple sahaja, no frills 
Dengan bayaran sebegitu, sarapannya cuma ada dua pilihan sahaja: nasi goreng dengan telur dadar atau roti bakar. Minuman : kopi atau teh..
 
Tiga hari bersarapan nasi goreng yang sama rasanya..tapi Alhamdulillah, mengenangkan di luar sana, ramai yang bergelandangan, berjualan macam2 untuk mencari sesuap nasi..begitulah suasana di Bandung..


 Jalan Kebon Klawung

Selepas selesai urusan check-in hotel, kami keluar ke Jalan Kebon Klawung untuk dinner.  Jalan Kebon Klawung ini adalah salah satu jalan utama di kota Bandung. Stasiun keretapi Bandung dan HQ bakery Kartika Sari terletak di jalan ini. 

Dinner malam itu di Rumah Makan Ampera yang menyediakan makanan Sunda..nasi timbel, ayam kampung goreng, tahu goreng, pais ikan, tempe goreng tepung dan jus alpukat..

Kediaman rasmi Gabenor Jawa Barat

Pagi esoknya, Jumaat, hujan renyai-renyai. Morning walk sekitar hotel sambil snap gambar.
Lambang Provinsi Jawa Barat

Motto Jawa Barat dalam Bahasa Sunda : Gemah Ripah Repeh Rapih
Google-google dapatlah tahu maknanya: Gemah Ripah - subur makmur, Repeh Rapih - aman sentosa

Siapakah Gabenor yang mendiami kediaman diatas? Ya, ini dia, Bapak Ahmad Heryawan.  Masa ini adalah masa kempen pemilihan gabenor yang baru (Pegujabar - pemilihan gubernor jawa barat). Di sekitar Bandung terdapat banyak poster-poster, sepanduk-sepanduk kempen calon.



Kenalkah anda dengan calon wakil gabenor ini? Ya, pelakon veteran Indonesia, Deddy Mizwar. Bertanding untuk wakil gabenor.  Wakil gabenor ni kiranya macam timbalan gabenor.  Suka tengok dia berlakon dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 1. Vote for Deddy Mizwar, semoga menjadi pemimpin yang adil dan bersih dari korupsi (jika terpilih)..
 
Walaupun hari hujan, tour diteruskan juga. Kami booking supir merangkap tour guide dengan harga Rp450,000 selama 8 jam.  Kami memilih ke utara Bandung iaitu ke Gunung Tangkuban Parahu dan sekitarnya 

On the way, singgah di Universitas Pendidikan Indonesia untuk bergambar di Villa Isola, bangunan Dutch colonial, sekarang dijadikan pejabat pentadbiran universiti ini.  Bangunan ini terletak di atas bukit dan boleh melihat pemandangan kota Bandung.

Villa Isola
Kami juga singgah di Pusat Orang Makan Tahu ketika sampai di Lembang. Specialty disini ialah tahu susu. Tahu ini macam tahu yang buat mee kari tapi lebih lembut dan enak.

Pusat Orang Makan Tahu
 Di pusat ini, ada pelbagai gerai menjual tahu susu dan juga makanan lain serta kerepek-kerepek dari tahu dan jajan lain. Seperti biasa, harganya lebih mahal.

Pelbagai jenis tauhu dijual
Kilang tauhu susu
Kilang memproses tahu susu berada di sebelah kawasan gerai.  OKlah, bersih juga. Mungkin bila dah melihat kilangnya, keinginan nak makan tahu susu itu semakin berkurang atau langsung tiada..hehe..tapi bila dah makan tahu susu, lupa pada kilang ini..lebih baik jangan menjenguk kilangnya. 

Di sini kami cuma beli tahu susu goreng..10 ketul = Rp10,000, lebih kurang 30 sen seketul. Sempat menjenguk minyak gorengnya, kira OKlah, takdelah warna hitam macam diluar sana (di gerai makan tepi jalan)..nanti kita cerita..hihi..

No comments:

Post a Comment

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!