Hari ketiga di Bandung, Alhamdulillah, cuaca cerah, tiada tanda-tanda mau hujan. Selesai sarapan, dalam pukul 7.30 pagi, terus memulakan city tour hari Sabtu. Sebelum ke Pasar Baru, jalan-jalan dulu di Jalan Asia-Afrika dan Jalan Braga sambil snap-snap gambar bangunan lama.
|
Gedung Merdeka |
|
Bangunan Dutch colonial |
Kemudian terus ke Pasar Baru, ketika itu kedai-kedai baru dibuka. Terlupa nak snap gambar di sini. Tak berlama-lama di sini, menurut supir sebelum pukul 12.00 tengahari, kena keluar disebabkan trafik akan menjadi macet. Lantas kami ke bangunan Kartika Sari cawangan Jalan Kebon Jukut untuk membeli kerepek-kerepek, kek kukus Amanda dan barangan Kartika Sari.
Perjalanan diteruskan ke Institut Teknologi Bandung (ITB), saja melawat pusat pengajian tinggi tertua di Indonesia. Sebenarnya, nak ambik gambar bangunan Dutch colonial ni, terjumpa dalam internet.
|
Bangunan Aula Barat |
|
Ceremonial Hall |
On the way to factory outlets di Jalan Riau, singgah mengambil gambar Gedung Sate. Famous building di Bandung, pejabat kerajaan untuk Gabenor Jawa Barat.
|
Gedung Sate |
Selesai shopping ala-kadar di Jalan Riau, singgah di Baso Malang Karapitan (BMK) untuk lunch. Mengelak dari makan berat, try something soupy pulak. Order baso malang super komplit, memang complete, ada mee, ada mihun, bakso, tahu, kerepek..rasanya OK.
|
BMK - paling populer di Bandung gitu |
|
Baso Malang Super Komplit |
Selesai lunch, bergerak ke shopping complex yang trendy di Bandung - Paris Van Java. Hari Sabtu memang ramai yang keluar bershopping di sini, parking penuh. Memang trendy dengan international boutiques, cafes, stores.
|
Paris Van Java |
|
The open concept |
Tidak berlama-lama di sini kerana ingin ke satu tempat yang lebih menarik yang menampilkan pertunjukan kebudayaan Sunda - where nature & culture in harmony..
Rindukan ole-ole bandung???
ReplyDeletePre order bagelen @ brownies kartika sari atau brownies amanda
Whatsapp ina 0192633431
thanks..
ReplyDelete