Tuesday 18 February 2014

Baru dan Lama

Assalamualaikum..

Sambungan kisah perjalanan secara ad-hoc ke Taiping. Tidur semalam di Kuala Kangsar, pagi Ahad bergerak balik KL. Selepas tol Jalan Duta, akan ternampaklah nun diatas bukit, tersergam indah Istana Negara yang baru..terus melencong naik flyover yg bersimpang-siur itu. Dah banyak kali lalu Jalan Duta ni sejak istana tu siap, tapi entah tak terfikir nak gi naik atas. Bila Supemeng Malaya buat entri ke sini, baru terfikir nak check it out..the viral effect..Kesetiaan pada Raja dan Negara..

Tapi ambik gambar ala-kadar je sebab cuaca panas sangat, nak buka mata pun payah, dah pukul 12.00 tengahari..ramai juga pelancong..mostly dari Indonesia..bapak2, ibu2..








Ada pengawal berkuda..tapi macam geli je nak gi dekat, sebab bau busuk, kuda tu kencing kat situ juga..yelah mana tahan kan..

Istana baru ni boleh tengok dari jauh sajalah. Nak zoom dekat2 pun, kamera compact sajo. Tapi istana yang lama, pernah masuk. Pada hari pertabalan Agong dlm tahun 2012, adalah pegi ambik gambar di luar Istana Negara lama dalam entri ini. Nampak 'bunting' pameran Raja Kita, minggu depannya pergi terjah masuk istana, tapi cuma boleh masuk balai rongseri ni saja. Rasanya pameran ni masih lagi on sampai sekarang..


at the compound
Untuk kenangan..kena naik bukit juga. Kebanyakan istana dibina atas bukit kan..

21 comments:

  1. kesetiaan kepada raja dan ....melaka.. ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. havoc semalaya kisah keturunan sultan melaka...

      Delete
  2. Cantiknya istana...awat gambar nohas kecik sgt...teringin nk tgk gmbr dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni pemalu orangnya...ahaks..
      dua2 istana ni mmg cantik..

      Delete
  3. Assalamualaikum, idea bagus gak melawat sini, istana baru ni nampak dari jauh selalu. Best gak bole masuk berposing, good capture.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...melawat diluar pagar..kat istana lama, bolehlah posing2 sakan..

      Delete
  4. Sayangnya kata tak boleh ambik gambar dlm istana tu kan. Tapi ada juga yg curi-cuti ambil.

    ps: Sarah kalau nak tengok jelas klik ajelah gambar tu nanti penuh satu monitor pc pun boleh:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi, boleh dikatakan semua yg dtg, tangkap gmbr dlm dewan rongseri ni, trutama depan singgahsana tu, siap ada yg buat group photo lg..byk jg ambik gmbr dlm dewan ni..mngkin peraturan sekrg tk boleh kot..

      Delete
    2. Betul tu kakzakie...tgk dlm hpone nmpk kecik la...tq kakzakie.
      Saya ni lama x updeta blog...x reti nk update pakai hp...kesian

      Delete
  5. cantik istana negara yg baru ni...dpt tengok dari jauh saja...nk dekat takut juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling dekat dipintu pagar je lah..melainkn kalau dpt pingat dr YDA, barulah dpt masuk..

      Delete
    2. mai singgah ambik kad visa beli barang ikea....

      Delete
    3. Sila2, kena beli banyak tu sbb dah ada kredit kad..hehe

      Delete
  6. saya tak pernah lagi pegi melawat istana baru ni...yg lama pernah pergi..macam lagi lawa je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua yg sama, dua yg brbeza..yg lama neo-classical design..yg baru more Islamic n Malay architecture..

      Delete
  7. Idah pun pernah sampai sini juga... tapi biasa laa depan pintu tu jerr... :D
    Istana Negara Lama & Istana Melawati Putrajaya idah dah pernah masuk dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi jg ni Istana Melawati..nmpak atas bkt jg..

      Delete
  8. Dengar cerita jer...belum pernah sampai lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istana negara lama tu masih lagi dibuka utk public.InsyaAllah, boleh pergi lagi..

      Delete
  9. wow menariknya...saya sendiri x pnah sampai sini sis...tringin nak p..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua-dua boleh pergi, yang lama boleh masuk, yang baru kat pagar ni je lahh..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!